“Yang mana satu nak pangkah? BN ke PR? Ini kali lah ke lain kali lah?!!!”
Teringat masa sembang dengan seorang kawan, Anuar (bukan nama sebenar 😉 ) masa sesi ngeteh di restoren mamak petang tadi. Anuar memang buntu nak pilih parti mana. Soalan itulah yang ditanya kepada ku.
Aku jawab, sebaik-baiknya mintalah hidayah dan petunjuk dari Allah.
Sebenarnya bukan Anuar seorang yang aku jumpa yang konfius nak pangkah parti yang mana. Ramai golongan digelar “golongan atas pagar” yang sukar untuk membuat keputusan.
Berdasarkan perbualan dengan mereka (bukan aku yang kata ya 😉 ), Ini adalah antara fakta-fakta yang membuatkan mereka berbelah bahagi:
- Orang kata sesetengah pemimpin parti kerajaan sekarang amalkan korupsi, kronisme dan lain-lain. Tapi bila nak pilih pembangkang sesetengah pemimpin mereka juga dikhabarkan mengamalkan perkara yang sama.
- Orang kata sesetengah pemimpin kerajaan sekarang tidak bermoral. Tapi bila nak pilih pembangkang, dikhabarkan pemimpin mereka juga sesetengahnya tidak bermoral.
- Kami nak ikut ulamak pembangkang yang nak menegakkan hukum Allah. Tapi ada juga ulamak yang kami ikuti pengajarannya menyokong kerajaan.
mmmpphhh.. Aku jelaskan pada mereka:
- jangan dengar orang kata. Dapatkan kesahihan dulu. Zaman sekarang zaman fitnah.
- Kita ambil keputusan nak ikut ulamak adalah keputusan yang terbaik. Kerana ulamak adalah pewaris nabi, tetapi kita tengok lah sendiri pegangan ulamak itu selaras ke tidak dengan kehendak Islam
- Yang paling penting, kita minta bantuan Allah. Minta pertunjuk supaya kita dibimbing dalam membuat keputusan yang tepat. Solat Istikharah dan berdoalah banyak-banyak supaya kita dikurniakan hidayah.
Selamat mengundi. Tunaikan hak anda sebagai rakyat Malaysia. Yang pasti undilah dengan bijak.
Parti mana pun yang akan menang kita sama-sama doakan supaya Malaysia kita tetap aman sejahtera. Ameen.
Ini kali lah ke lain kali lah? Tepuk dada tanya iman.
Wallahua’lam.
Ini Lain Kali Lahhhhh
itu demo pangkah dua2 tu. sah undi batal
kita pilih pemimpin yang terbaik di mata kita. Jika berlaku sebaliknya kita berserah pada Allah swt.
ya betul.. tp seeloknya minta juga pertolongan Allah utk memberi petunjuk sebelum kita memilih…
tak kisah pangkah mana pun. itu terpulang pada diri sendiri. bagi aku, bila kita dah pangkah mana pun, satu tangungjawab telah dilaksanakan.
ya bro. aku setuju…