Ini Semua Angkara En Titan

19
49
Angkara En Titan
Apakah ini angkara En Titan?

Gambar di atas adalah gambar mata sebenar aku ya. Merah dan bengkak. Tak tau apa puncanya. Tapi yang pasti salah satu puncanya ialah En Titan dan blog-blog nya.  Ya. Ini semua angkara En Titan!.

Pagi tadi ok je. Tengahari tu aku rasa macam tak sedap je kat mata aku. Petang tu dalam pukul 1.30 petang aku sampai awal ke tempat appoinment yang dah aku tetapkan pagi tadi dengan klien jerung aku.

Sampai saja di sana aku rasa amat mengantuk. Oleh kerana masa ada setengah jam lagi sebelum aku berjumpa klien jerung, aku telah ambil keputusan untuk tidur sekejap. Lantas aku kunci jam penggera dalam hp aku, rebahkan seat kereta dan aku mulakan operasi tidur.

Tidur aku memang tidak menentu semenjak dua menjak ini. Sibuk sangat. Sibuk dengan keluarga, sibuk dengan blog dan sibuk dengan tugasan sebagai financial consultant. Kadang-kadang aku tidur hanya 2-3 jam sahaja pada malam hari.

Alamak, dah mengantuk. Aku habiskan sikit lagi.

Kenapa aku kata ini semua angkara En Titan? Sebabnya 2-3 menjak ni memang aku wajib singgah ke blognya. Contest pun tinggal beberapa hari je lagi. Jadi dek kerana bersengkang mata untuk mengarang entri (belum submit pun lagi.. heheheh) dan mengomen di blog En Titan, mata ku dah jadi macam tu.

Ok, aku dah nak tidur. Malam ni pukul 12 malam, malam paling awal aku tidur pada bulan ni. Yang pasti ini semua angkara En Titan.

Nasihat aku pada pembaca semua, hati-hati dengan blog Titan. Hehehe. Selamat malam semua.

Backlink dan lain-lain elemen SEO aku touch up besok pagi la. Ni pun tulis pakai hp je.

Zzzzzz.

Posted from WordPress for Android

19 COMMENTS

  1. Ishh bahaya ni..jangan amalkan ngadap lappy lama sangat..dulu saya macam tu kalau buat keja boleh satu hari suntuk mengadap lappy..effect sakit kepala..doc cakap akibat mengadap lappy tu yang buat mata saya jadi makin kabur dan urat mata tegang boleh akibatkan migrain…hati2 ya dan jaga kesihatan 🙂

    • Alamak. Mmg itu yg sy alami. Smlm sakit kepala dan terasa di awang-awangan. Rasa cam terbang jer bila berjalan. Kadang-kadang rasa mcm nak collapse pun ada.

      Thanks for the advice AO

  2. haish memang kene ikut nasihat sis akma tu..saya pun selalu gak mengadap blog lama2 ni..tapi betul la kalau lepak blog2 bro titan tu ..memang tak sah kalau tak lepak lelama..haha

    • tq atas nasihat my fren. bulan ni mmg aku sibuk sgt. bukan sbb blog sgt pun.. buat gempak jer tajuk tu. hahahah.. banyak benda aku kena setelkan bulan ni..

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here