Gambar di atas adalah gambar mata sebenar aku ya. Merah dan bengkak. Tak tau apa puncanya. Tapi yang pasti salah satu puncanya ialah En Titan dan blog-blog nya. Ya. Ini semua angkara En Titan!.
Pagi tadi ok je. Tengahari tu aku rasa macam tak sedap je kat mata aku. Petang tu dalam pukul 1.30 petang aku sampai awal ke tempat appoinment yang dah aku tetapkan pagi tadi dengan klien jerung aku.
Sampai saja di sana aku rasa amat mengantuk. Oleh kerana masa ada setengah jam lagi sebelum aku berjumpa klien jerung, aku telah ambil keputusan untuk tidur sekejap. Lantas aku kunci jam penggera dalam hp aku, rebahkan seat kereta dan aku mulakan operasi tidur.
Tidur aku memang tidak menentu semenjak dua menjak ini. Sibuk sangat. Sibuk dengan keluarga, sibuk dengan blog dan sibuk dengan tugasan sebagai financial consultant. Kadang-kadang aku tidur hanya 2-3 jam sahaja pada malam hari.
Alamak, dah mengantuk. Aku habiskan sikit lagi.
Kenapa aku kata ini semua angkara En Titan? Sebabnya 2-3 menjak ni memang aku wajib singgah ke blognya. Contest pun tinggal beberapa hari je lagi. Jadi dek kerana bersengkang mata untuk mengarang entri (belum submit pun lagi.. heheheh) dan mengomen di blog En Titan, mata ku dah jadi macam tu.
Ok, aku dah nak tidur. Malam ni pukul 12 malam, malam paling awal aku tidur pada bulan ni. Yang pasti ini semua angkara En Titan.
Nasihat aku pada pembaca semua, hati-hati dengan blog Titan. Hehehe. Selamat malam semua.
Backlink dan lain-lain elemen SEO aku touch up besok pagi la. Ni pun tulis pakai hp je.
Zzzzzz.
Posted from WordPress for Android
titan jugak yang dipersalahkan.kikiki… 🙂
wandisini recently posted..Bahaya Bawa Anak Kecil Tengok Bola
Hehehehe. Tp memang ada la sikit sebab dia kaaaan?
Ishh bahaya ni..jangan amalkan ngadap lappy lama sangat..dulu saya macam tu kalau buat keja boleh satu hari suntuk mengadap lappy..effect sakit kepala..doc cakap akibat mengadap lappy tu yang buat mata saya jadi makin kabur dan urat mata tegang boleh akibatkan migrain…hati2 ya dan jaga kesihatan 🙂
AkmaOmar recently posted..Tips Buat Duit dengan Blog dari Seminar Denaihati
Alamak. Mmg itu yg sy alami. Smlm sakit kepala dan terasa di awang-awangan. Rasa cam terbang jer bila berjalan. Kadang-kadang rasa mcm nak collapse pun ada.
Thanks for the advice AO
fenomena titan lah
onlajer recently posted..Merokok Di Dalam Tandas
tsunami titan
haish memang kene ikut nasihat sis akma tu..saya pun selalu gak mengadap blog lama2 ni..tapi betul la kalau lepak blog2 bro titan tu ..memang tak sah kalau tak lepak lelama..haha
afif recently posted..Kursus Affiliate Buang Duit?
jaga kesihatan anda. nasihat AO terbaik…
la..kan da kena macam nie..dah macam orang 2-3 hari tak tido..isk..iskk
Kisah Si Dairy recently posted..KISAH PENGAJARAN DARI SEBIJI TEMBIKAI
huhuhu.. kan dah cakap. ini semua salah titan.. hahahaha
Jaga kesihatan bro. Jangan asyik sangat. Nanti jatuh sakit susah hati nanti keluarga bro
Ladfe Amir recently posted..Kepalsuan Kisah Hindun Memamah Hati Hamzah Bin Abdul Mutalib r.a
tq atas nasihat my fren. bulan ni mmg aku sibuk sgt. bukan sbb blog sgt pun.. buat gempak jer tajuk tu. hahahah.. banyak benda aku kena setelkan bulan ni..
apa lagi, claim cendol lah dgn dia.. hehe..
moga mata tu cepat sembuh..
fiezaradzi recently posted..Kaitan Penyu Dengan Labah-labah & Pesawat Dengan Kereta Kebal
hahaha. saya plan mcm tu gak. dpt cendol semangkuk dua pun dah cukup. hehehe
tq
oit. oit..sesuka jantung lu je kata angkara gua..
titan recently posted..Kenapa mesti 5 artikel?
hehehehe.. alamak tuan tanah dah marah.. wat lek wat peace bro!!!
[…] ← Previous […]
Ini menyeramkan nie… Hahaha… Anyway, jangan tenung lappy lama sangat… Teruk dah mata tu… Macam kome first time main welding jer…
Izzuddin Fauzi recently posted..Suatu Perjalanan Satu Hari 500KM (Bhg. 1)
Hahahah. Skrg dah ok sikit