
Semalam Apple, sebuah syarikat pengeluar produk telefon pintar dan komputer telah mengumumkan 2 produk terbarunya iaitu iPhone 5S dan iPhone 5C.
Kali ini Apple membuat sedikit kelainan iaitu memperkenalkan dan mengumumkan dua produk telefon pintarnya sekaligus. Jika sebelum ini Apple memegang prinsip mengeluarkan satu demi satu produknya, tetapi kali ini tradisi tersebut sudah dipecahkan.
Bukan itu sahaja, Apple juga memecahkan tradisi memperkenalkan telefon pintar iPhone 5C dalam 5 warna. Agak meriah pilihan warna kali ini. Manakala untuk iPhone 5S, ia dikeluarkan dalam 3 warna iaitu warna asal putih dan hitam dengan tambahan warna emas.
Pasti menarik kali ini kan? Cuma aku sangkakan jika iPhone 5S sudah keluar, pasti iPhone 5 sekarang akan jatuh harga. Boleh lah aku sambar satu. Tapi mengikut info daripada soya cincau, iPhone 5 sekarang ini akan dihentikan pengeluarannya. Ia digantikan dengan produk yang mempunyai spec yang setara iaitu iPhone 5C. Jadi maknanya harga tak turun jugak la. Padan muka aku.
Aku bersetuju dengan pendapat Denaihati bahawa iPhone 5C dikeluarkan untuk memenuhi permintaan daripada pengguna yang mempunyai bajet yang agak terhad. Jadi niche pelanggan sebegini yang ramai terutama di negara yang mempunyai kuasa membeli yang lebih rendah tetapi mempunyai ramai rakyat seperti negara China, India dan Indonesia.
iPhone 5C mempunyai spesifikasi yang lebih kurang sama dengan iPhone 5 iaitu 4″ Retina Display, A6 processor, dan 8MP camera. Antara ciri-ciri yang kurang menarik pada iPhone 5C ini ialah ia didatangkan dengan binaan luaran daripada plastik. Namun ia boleh menarik anak-muda dengan 5 warna yang ditawarkan.

iPhone 5S ialah produk premium iPhone. Datang dengan 3 warna, telefon pintar ini adalah telefon pintar yang pertama telefon pintar pertama yang menggunakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit melalui cip A7 daripada Apple. Menurut Amanz.my, cip A7 ini berupaya memberikan kuasa pemprosesan 2 kali lebih pantas berbanding cip sebelumnya, termasuk sokongan grafik 2 kali lebih laju.

Tapi aku rasa yang paling menariknya pada iPhone 5S ini ialah fungsi sokongan pengimbas cap jari yang dipanggil TouchID.

Dengan TouchID pengguna boleh unlock telefon mereka dengan hanya menyentuhnya. Sensor TouchID ini akan terbina pada butang Home apabila pengguna menyentuhnya. Fungsi ini juga membolehkan pengguna melakukan pembelian melalui iTunes tanpa perlu memasukkan kata laluan seperti biasa.
Aku sebenarnya sedang mencarikan pengganti telefon pintar aku yang dah tak berapa pintar ni. Sering sangat tersekat secara tiba-tiba. Kena pulak aku baru sahaja selesai menggunakan telefon pintar Ninetology X1 dan Samsung Galaxy S4 untuk projek review telefon pintar yang sedang dianjurkan oleh Ninetology.
Memang terasalah keperluan untuk aku menukar telefon pintar aku dengan segera. Jika tidak aku akan ketinggalan dalam mempromosikan event-event ataupun produk-produk syarikat yang membayar aku untuk advertorial.
tugasan yang dapat tersebut bukan sekadar tugasan. Ia juga merupakan tanggungjawab sebenarnya. Jadi telefon pintar yang pintar seperti iPhone 5S dan iPhone 5C ini adalah jawapannya.
Jadi kita tunggu ketibaannya di Malaysia. iPhone 5S dan iPhone 5C ini akan berada di pasaran Amerika Syarikat, Kanada, China, Perancis, Jerman, Jepun, Singapura dan England pada 20 September ini. Untuk negara-negara selain itu , pihak Apple berkata, ianya akan tiba di 100 buah negara pada akhir tahun 2013.
Alang2 keluar 5c baik buat terus iphone 6
nurmisnan recently posted..Wordless Wednesday #79
hehehehe. mmg strategy apple. x kan keluarkan model baru dgn cpt
teringin sgt nak memiliki telefon iPhone ni..tp belum ada kemampuan lagi la
blogger lelaki recently posted..Tips Membuatkan Otak Blogger Berfikir Lebih Pantas
insyaAllah nnnti tercapailah hasrat tuuu
iPhone C nampak menarik dan harap harga mampu milik.
akubiomed recently posted..Shaheizy Sam tunjuk bakat menyanyi di kempen Nescafe Cans On The Life
ya lorr.. sgt ranggi dgn banyak pilihan warna
Sapalah nak beli untuk den nie…
Izzuddin Fauzi recently posted..Malaysia Lawan Thailand: Merdeka Tournament 2013 Dari Stadium
ekau mau? ingatkan ekau tak mau.. den dah belikan utk org lain dah
terasa macam nak pakai iPhone plak tetapi macam better dapatkan iPhone 6, nama pun sedap didengar dan tentulah spec pon lagi best, kamera pon kompem start dengan 12MP kan
Juan recently posted..Yamaha Lagenda 115Z Fuel Injection Malaysia
iphone 6? lambat lg ar bro.. hahahah
sama-sama kita tunggu nanti bro. “awesome” lah warna kuning tu.
Denaihati recently posted..Mari belajar buat blog dengan WordPress
tu la. x sabar nak nunggu akhir tahun ni
menunggu dengan penuh sabar..
Harap harganya mampu milik
hafiz recently posted..Apa itu saji.my
mampu milik tu subjektif tuuu, hik hik hik
tunggu hp skang rosak buleh la pakai baru…heheheh
daddydee recently posted..My Dream Honeymoon Destination : Bali Honeymoon Package
masalahnya hp skrg tak nak gak rosak.. hahaha
aku tak tau mcm mana nak buat kalau orang yg baru beli iphone putus jari lepas ni. tak terbuka2 la iphone tu.hehe
pahan recently posted..[Solve]How to get Nuffnang Glitterati Status in less 24 hours
hahahaha.. ye jugak tu bro..
warna-warni iphone sekarang ek..
titan recently posted..Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com
ya lorrr. lu mau warna apa?