More

    Pengalaman Mendapat Rawatan di iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Center, Subang Jaya

    Abam Hoq dah lama rasa sakit belakang dan lutut ni. Sejak terlibat dalam kemalangan yang nyaris meragut nyawa Abam 16 tahun yang lalu, badan ni memang dah tak betul. Sakit sana sini tu dah jadi lumrah. Tapi selagi ia tak mengganggu aktiviti seharian, Abam masih boleh bertahan.

    Kadang-kadang terfikir juga adakah Abam mengalami ‘Slip Disk’? Tapi fikir hanya sekadar fikir. Sebab ianya tidak melarat maka tiada usaha Abam untuk nak periksa betul-betul apa sakit yang sebenarnya.

    Minggu lepas ada lawatan oleh beberapa geng blogger daripada Kelab Blogger Ben Ashaari ke satu pusat Rehabilitasi ni. Syukur Abam terpilih untuk turut serta.

    Pada mulanya Abam ‘kosong’ tentang pusat Rehab ni. Memang tak tau apa sebenar dia orang buat untuk yang ada sakit macam Abam ni. Yang Abam tau kalau pusat rehabilitasi ni, dia orang akan buat fisioterapi je lah.

    Tapi pengalaman berjumpa dengan dia orang pada hari Khamis yang lalu benar-benar membuka mata Abam apa sebenarnya kemampuan dan kepentingan pusat rehab ni.

    Pengalaman di iRehab Subang Jaya

    Sesampai di sini Abam agak janggal pada mulanya. Premis bercermin ini kelihatan agak sibuk dengan orang-orang yang dah berumur sedang melakukan aktiviti fisioterapi dengan bantuan mesin.

    “Hurmmm tempat orang-orang tua ke ni?” Getus hati Abam dengan penuh tandatanya.

    Kemudian masa nak masuk tu, kasut kena tinggal kat luar. Risau jugak. Abam pakai Adidas hari tu. Bukan harganya nak dibanggakan, murah jer pun beli. Tapi kasut tu kenangan Abam beli kat Pandorf Austria temphari. Itu yang nilainya menjadi tinggi di mata Abam.

    Rupanya setelah dijemput masuk, ada tempat penyimpanan kasut kat dalam. Satu almari yang besar dan cantik lagi. Teruslah Abam ambil kasut kat luar tu dan simpan ke tempat yang sepatutnya.

    Puan Atikah, salah seorang pakar kat situ sedang sibuk melayani pesakit lain. Beliau yang sepatutnya melayan kami. Jadi sementara menunggu tu Abam sempatlah menjenguk dan mengambil gambar beberapa mesin fisioterpi yang canggih yang terdapat dalam tu. Puluhan ribu juga harga sesatu mesin tu Abam agak.

    Tak lama pun tunggu sebelum Puan Atikah datang menjemput kami untuk penerangan sekaligus mengesan sakit kami dan mencadangkan rawatan.

    Assessment

    Masuk ke bilik ‘Assessment’, bermulalah episod yang sangat menarik pada Abam. Abam bagi peluang blogger Ika yang dijadualkan datang bersama Abam dahulu untuk buat assessment. Bahagian dia ni, kau orang boleh baca kat blog dia. Abam tak nak cerita. Hehehe

    Lepas sesi assessment blogger Ika, tibalah giliran Abam. Abam buat jer apa yang dia orang suruh. Suruh tunduk Abam tunduk. Suruh baring Abam baring. Suruh meniarap Abam meniarap. Rupanya aktiviti yang dia orang suruh buat ni (sambil dibantu dia orang yang pakar kat sini) adalah untuk mengesan sakit kita tu.

    Sebab sebelum tu Abam ada bagitau kat dia orang Abam ada sakit belakang dan lutut. Jadi aktiviti yang diorang suruh tadi adalah untuk mengesan penyakit tersebut. Ia dapat menentukan adakah sakit yang kita rasa tu berpunca daripada tulang yang tidak betul kedudukannya ataupun ianya disebabkan otot-otot yang ‘stress’.

    Syukur.. Selepas pemeriksaan (assessment) tersebut, Abam didapati tidak mengalami ‘Slip Disk’. Sakit belakang Abam tu mungkin disebabkan otot-otot yang stress dan keletihan.

    Namun ada sesuatu penemuan yang menarik pada lutut Abam yang sentiasa sakit ni! Tempurung lutut sebelah kiri Abam ni dah hampir tak boleh bergerak langsung dah. Maksudnya, ruang tempat dua tulang lutut bergeser tu dah hampir tak ada. Kalau merujuk kepada gambar yang Puan Atikah tunjukkan tu, lutut Abam ni dah berada di tahap ke 3. Tahap paling teruk adalah tahap 4.

    No wonderlah lutut ni sakit semacam jer selama ni. Kalau lipat mesti ada bunyi macam tulang berlaga.

    Dan hari tu juga musnahlah segala harapan Abam untuk kembali bermain futsal dan hiking. Abam baru jer nak menjadikan 2 aktiviti ini untuk kembali fit. Memang mereka nasihatkan Abam supaya jauhkan segala aktiviti berat macam tu. Abam disarankan untuk berjalan jer banyak-banyak. Berenang juga amat disyorkan.

    Untuk kes Abam ni, mereka nasihatkan Abam untuk membuat MRI Scanning terlebih dulu untuk mengetahui keadaan sebenar lutut Abam. Kemudian datang balik untuk mereka buat keputusan proses rehabilitasi yang mana patut Abam jalani untuk memperelokkan keadaan lutut Abam.

    Oh ya. Satu lagi penemuan ini pun sangat mengejutkan. Kaki kiri Abam ni sebenarnya lebih pendek daripada kaki sebelah kanan. Ya. 2 cm bezanya. Adehhhh..! Ini mesti kesan Abam kemalangan dulu tu.

    So, untuk ini Abam disarankan membeli pelapik kaki yang boleh dimasukkan dalam kasut tu. Abam kena pakai pelapik yang mempunyai ketebalan 1.5 cm. Ini boleh didapati di farmasi-farmasi tertentu..!

    Kemudian sesi seterusnya Abam sempat diberikan rawatan Physiotherapy dan Traction sebelum pulang.

    iRehab Physiotherapy & Stroke Rehabilitation Center, Subang Jaya

    Untuk yang belum mengetahui tentang iRehab ni, pusat rawatan rehabilitasi ini terletak di No 147, Jalan SS 17/1A Subang Jaya. Tak susah untuk cari premis ini. Malah ianya lebih susah untuk Abam terangkan kat mana lokasinya daripada kau orang taip sendiri kat Google Maps atau Waze. Kau orang akan dibawa sampai ke muka pintu jika follow aplikasi navigasi ini.

    iRehab menawarkan rawatan kepada pesakit untuk menjalani proses pemulihan daripada penyakit seperti minor / major stroke ( lumpuh ) dan lain-lain penyakit yang melibatkan saraf, otot dan tulang. Di sini di tawarkan juga rawatan fisioterapi, jurupulih carakerja (occupational therapy) dan terapi pertuturan (speech therapy) yang membantu pesakit makan dan menelan semula. Rawatan yang ditawarkan adalah untuk membantu mencegah, mengenal pasti, membetulkan, dan melegakan ketidakfungsian pergerakan akut atau berpanjangan dengan penekanan diberikan kepada kemudahan pergerakan.

    Program dan rawatan di iRehab

    Ini adalah proses yang sepatutnya dilalui oleh pesakit yang datang ke sini. Mula-mula, yang datang ke sini mestilah melalui proses yang Abam lalui tadi iaitu proses ‘Asessment’.

    Ini perlu supaya mereka dapat mengetahui apa sakit sebenar yang pesakit hadapi. Selepas mengenal pasti sakit barulah mereka boleh cadangkan apa program yang perlu pesakit ikuti serta proses rawatan secara physiotherapy kepada pesakit.

    Antara program rawatan yang bakal dicadangkan kepada pesakit ialah:

    • Lokomat Therapy
    • Return To Work Programme
    • Driving Programme
    • Stroke Programme
    • Spinal Cord Injury Programme
    • Traumatic Brain Injury Programme
    • Multiple Sclerosis Programme
    • Paediatric Programme
    • Vestibular Programme
    • Musculoskeletal Programme
    • Sports Injury Programme
    • Cardiopulmonary Programme
    • Women’s Health Programme
    • Weight Loss Programme
    • Geriatrics Programme

    Rawatan ini hanya akan dicadangkan setelah pesakit melalui proses assessment. Setiap rawatan tersebut berlainan cajnya dan berbeza lama masa rawatannya.

    Traction – rawatan yang sempat Abam Hoq jalani

    iRehab ni ada 3 premis sebenarnya. Selain daripada iRehab yang Abam pergi tempohari ada 2 lagi premis iRehab iaitu iHome dan iKids.

    iHome

    iHome adalah sebuah rumah untuk menempatkan pesakit yang memerlukan rawatan intensif. Maksudnya pesakit tinggal bermalam di rumah tersebut yang lengkap dengan fasiliti canggih seperti set bilik tidur ( katil hospital yang boleh laras ), jadual diet yang sesuai dengan pesakit, khidmat jururawat dan physiotherapist yang berpengalaman bagi memastikan pesakit dijaga dengan baik dan cepat sembuh seperti sedia kala.

    Di iHome pesakit berpotensi lebih cepat pulih kerana di sini ia hanya focus kepada rawatan secara menyeluruh kepada pemulihan pesakit. Contoh kes-kes yang diterima di iHOME adalah kes-kes kemalangan, stroke dan pesakit yang telah menjalani pembedahan seperti tukar tulang pinggul dan lutut.

    iKids

    iKids ialah pusat rehabilitasi kanak-kanak dan juga pusat latihan kemahiran bagi kanak-kanak. Pusat ini menyediakan guru-guru berdedikasi untuk mengajar kursus-kursus dan latihan-latihan yang dipilih sesuai dengan keperluan individu kanak-kanak yang unik.

    Antara perkhimatan pusat ini ialah: Life Skill Classes, Cognitive Skill Training, Gross/Fine Motor Skills, Sensory and Motor Training, Social/Emotional Training, Physiotherapy, Occupational Therapy, Speech Therapy

    Untuk info lanjut kau orang boleh follow dia orang kat pautan-pautan di bawah:

    LAMAN WEB : http://www.irehab.com.my

    FACEBOOK : https://www.facebook.com/IRehab

    INSTAGRAM : https://www.instagram.com/irehab_stroke_neuro

    Komen Abam Hoq

    Jika kau orang ada masalah sakit-sakit badan yang melibatkan saraf, kau orang patut datang ke sini. Kau orang boleh dapatkan khidmat nasihat kat sini dulu sebelum bersetuju untuk menjalani pembedahan dan sebagianya. Selain daripada kos yang mahal, pembedahan ni juga akan membawa kesan sampingan yang lain.

    Cuba datang sini dan dengar nasihat dan cadangan di sini dahulu. Jika sakit kau orang tub oleh diubati dengan proses rawatan Physiotherapy, kenapa nak pilih pembedahan.

    Lagi satu, iRehab ni Abam tengok sangat bagus untuk pesakit yang mengalami stroke. Sebab kat sini dia orang akan mengajar semula pesakit stroke bagaimana untuk menggerakkan semula anggota tubuh badan mereka.

    Mereka akan dibantu oleh mesin yang canggih yang mana ianya sangat menolong pesakit tersebut. Contohnya masa Abam ke sana bebaru ni, Abam berpeluang melihat sendiri seorang pakcik yang sudah terkena stroke dan tak dapat berjalan dilatih dengan mesin tersebut.

    Pakcik ni dipegang oleh mesin dengan menampung berat sebahagian badannya dan mengajar bagaimana berjalan dengan betul semula. Pakcik yang dah tak mampu menggerakkan kaki untuk berjalan digerakkan kakinya oleh mesin.

    Proses ini lama kelamaan akan menjadikan pakcik tadi pandai berjalan semula.

    Secara keseluruhan Abam Hoq amat kagum dengan iRehab ini. Tambah-tambah lagi ia kepunyaan Bumiputra yang amat jarang ‘berani’ membuka pusat sebegini.

    Abam akan datang lagi selepas membuat MRI Scanning nanti. Dan Abam rancang nak bawak isteri sekali untuk dibuat assessment terhadap badannya yang sering sakit-sakit tu.

    Syabas iRehab…!

    Latest articles

    Related articles

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge