Lagi filem yang ditunggu-tunggu akan tiba. Iron Man 3. Filem sequel daripada Iron Man dan Iron Man 2.

Jika dilihat daripada sequel pertama dan kedua, kostum Iron Man melalui proses penambahbaikan.


Dengar ceritanya Iron Man 3 ini pun kostum Iron Man 3 akan mengalami perubahan dengan penambahbaikan untuk menjadi hero yang lebih baik.

Apa penambahbaikan tersebut? Sama-samalah kita tonton di pawagam pada 26 April ini di pawagam seluruh Malaysia.
Pada pandangan aku Iron Man sekarang mempunyai kemahiran di udara sahaja. Tony Stark sepatutnya mencipta kostum yang boleh menyesuaikan diri dalam 3 keadaan iaitu udara, darat dan air.
Jadi kostum yang hebat sepatutnya dilengkapi dengan ketiga-tiga keadaan ini. Biarlah ianya kelihatan seperti Mospeada sedikit, janji ianya hebat dan tidak terkalah.

Dengan kostum yang baru ini Iron Man lebih berupaya untuk mengadaptasikan diri di saat kecemasan. Ingat tak dalam filem pertama (Iron Man) dulu. Iron Man terkandas dan jatuh dari udara akibat kostum gagal berfungsi?
Dengan kebolehan baru ini kedaan seperti itu akan dapat ditangani. Jika ia terjatuh dari udara ke daratan, ia akan berupaya menanganinya dengan mengeluarkan payung terjun dan bersedia dengan tayar motosikal berkuasa tinggi untuk bergerak di daratan.
Jika terjatuh di dalam air ia berupaya menyediakan ciri-ciri kenderaan air seperti kipas putaran untuk membantunya bergerak di air.
Jika idea ini diguna pakai oleh jutawan playboy Tony Stark, pasti Iron Man sukar untuk di kalahkan.
Dah macam robot gundam pulak custom iron man yang tu. Hehe
hahahah. itu robot mospeada bro. aku letak jer. ni nuffnang punya karangan. main bantai jer. heheheh
yang ditunggu hampir muncul 🙂
ya betuuulll… untung la kalau dpt cap iron man drp nuffnang..
hoho..tak sabar nak tengokkk..
betul la itu.. aku pon tak sabar
semakin membuat penasaran saja nih film!!
sudah dapat jemputan utk ke preview filem tersebut drp nuffnang.