45

Jadual Catu Air Selangor

gambar tong air banyak

bergaya bersama tong air

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini dan besok adalah giliran kawasan perumahan aku tiada bekalan air. Memang dah 2 minggu catuan air kat kawasan Shah Alam ni bermula.

Pada saat entri ini ditulis pun air yang ada kat rumah aku ni hanyalah 3 tong yang aku tadahkan sebagai persediaan di kala terdesak. Satu tong untuk urusan berwudhuk. 2 tong lagi adalah untuk mandian kami sekeluarga. Semat lah berjimat cermat untuk 2 hari disamping air tangki rumah. 2 hari yang ada air nanti aku penuhkan balk tong air tersebut.

Oh ya, sebut pasal tong aku teringat masa aku membeli tong-tong yang ada kat bilik air rumah aku sekarang ini. Betullah bagai dikata. Setiap kesusahan orang pasti ada peluang orang lain membuat keuntungan.

gambar tong air

tong air yang menjadi barang panas semenjak catuan air negeri Selangor diperkenalkan

Bila dah diumumkan program catuan air tu 2 minggu lepas, aku sekeluarga mulalah mencari kedai yang ada menjual tong besar untuk aku menakung air di waktu catuan air nanti. Buntu jugak untuk mencari kedai macam tu.

Sehinggalah isteri aku singgah di group FB Shah Alam Resident. Di sana ada maklumat bahawa sebuah hardware di section 19 ada menjual tong untuk kegunaan menakung air.

gambar hardware diy

Petang itu selepas asar kami bergegas ke sana. Kedai hardware MR DIY. Terletak di belakang Hotel De Palma Shah Alam Section 19.

gambar hardware diy

permandangan dalam kedai hardware

Memang banyak stok kat sana. Waktu kami sampai dah ada beberapa orang membeli secara pukal. Telahan aku mereka adalah pengusaha hardware ataupun kedai runcit. Pembelian secara pukal tersebut adalah untuk dijual semula di kawasan kediaman mereka.

customer and tong air

pelanggan sedang memilih tong air

gambar orang kuat

pikul tong air

Harga untuk satu tong bersaiz sederhana besar semasa aku beli ialah RM40. Selesai memilih dan membayar harga 3 tong air tersebut aku dapati stok dah semakin berkurangan. Dan kelihatan beberapa orang lagi yang baru sampai dan bergegas masuk ke dalam kedai untuk memilih tong air.

Aku bertanya kepada taukey hardware kalau stok habis macamana. Beliau memberitahu stok baru telah pun dipesan. Hanya menunggu ianya sampai ke situ sahaja. Untuk stok baru ini katanya, harga akan dinaikkan ke RM50 iaitu RM10 lebih tinggi daripada harga biasa. Itu 2 minggu yang lalu. Sekarang aku rasa harganya lebih lagi.

gambar stok habis

stok yang masih tinggal dan semakin berkurangan

Benarlah kata orang setiap apa yang berlaku ianya akan memberi satu musibah kepada satu pihak dan akan menjadi satu peluang kepada pihak yang lain.

gambar budak kuat

tong air yang berjaya di bawa pulang

keluasan belakang jereta honda civic

muat-muat je kereta Honda Civic aku

Oh ya, kepada yang belum ada jadual catuan air negeri Selangor, boleh lihat gambar di bawah:

bahagi zon

jadual catun air selangor – pembahagian zon 1 dan 2

tarikh tiada air

Tarikh catuan air bagi negeri Selangor

gambar selfie

Selfie bersama tong air

Show Comments

8 Comments

  1. Denaihati March 24, 2014
    • sohoque March 24, 2014
  2. cik lisa March 24, 2014
    • sohoque March 24, 2014
  3. Hazman Fadzil March 25, 2014
    • sohoque March 25, 2014
  4. Hafiz Rahim March 28, 2014
    • sohoque March 28, 2014

Leave a Reply

%d bloggers like this: