Ini lah manusia. Kalau dah hilang pertimbangan akal memang jadi lebih dari binatang. Segarang-garang singa pun tak bunuh anak dia. Tapi manusia jenis ni, kalau dah marah sanggup bunuh anak.
Berita ni aku dengar kat radia Hotfm pagi tadi. Lepas tu aku terus cari suratkhabar Metro. Ni laporan dia:
IPOH: Berang apabila adik ipar menegur sikap buruknya yang kerap mengabaikan keluarga dan sering memukul anak, seorang lelaki bertindak di luar batas kemanusiaan apabila memijak bayi lelakinya yang berusia dua minggu hingga mati.
Dalam kejadian jam 9 pagi kelmarin di rumah keluarga berkenaan di Taman Bernam Jaya, Ulu Bernam, dekat sini, lelaki terbabit yang berusia 40-an sebelum itu menyerang adik iparnya dengan parang.
Sumber polis berkata, bagaimanapun, mangsa yang berusia 32 tahun bernasib baik kerana hanya cedera ringan di telinga dan jari kaki kirinya.
Menurutnya, suspek yang bekerja dengan syarikat pengumpul barang lusuh sering mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan memukul enam anaknya setiap kali bertengkar dengan isterinya yang berusia 36 tahun.
PILU…anggota keluarga menuntut mayat bayi berkenaan di HRPB, semalam.
“Perbuatan ganas suspek menyebabkan adik iparnya yang tinggal berhampiran hilang sabar lalu menegur sikap buruknya itu. Bagaimanapun, tindakan itu tidak disenangi suspek hingga mencetuskan pergaduhan,” katanya.
Komen Sohoque:
Aku rasa si bapa ni mungkin juga terpengaruh dengan bahan terlarang. Mungkin dadah ataupun alkohol. Ataupun dia ada penyakit mental. Kalau dia norml aku rasa dia tak sanggup buat anak dia yang masih bayi hingga begitu sekali.