842

Jangan Gunakan Kad Pengenalan Sebagai Touch n GO Card… Bahaya!!!

Korang dah tau kan yang Kad Pengenalan ataupun IC kita tu boleh digunakan sebagai card Touch n Go jugak? Ke ada lagi yang tak tau?

Malah kat belakang IC tu sendiri ada logo Touch n Go. Maknanya kita boleh pergi kat Touch n Go kaunter untuk tambah nilai ke dalam IC kita. Dan kita boleh gunakan IC ni macam kad Touch n Go biasa.

banyak kelebihan yang ada pada kad pengenalan baru ni.. macam-macam boleh buat

Hebat tak IC kita? Hehehehe.. Sebab dalam IC kita tu dah dilengkapi dengan chip yang dah diprogramkan untuk benda-benda macam ni. In fact banyak lagi fungsi IC kita ni sebenarnya.

Yang tu aku kena buat entri lain untuk senaraikan kelebihan-kelebihan Kad Pengenalan baru.

Tapi di sebalik kelebihan-kelebihan tu ada bahayanya…! Haaa ni la yang aku nak cerita ni. Daripada semalam lagi aku nak cerita tapi disebabkan moral down maka entri ni tak terkeluar. Tambahan pula semalam aku gigih siapkan entri MAHA 2016.

Habis tu apa bahayanya? Ok meh aku cerita. Aku sepatutnya berada di Pulau Langkawi sejak petang semalam. Flight aku pukul 4.45 petang semalam. Aku kena cover event Swim Fest, program kejohanan renang antarabangsa anjuran Langkawi Eco Tourism LADA.

Aku pun semalam seperti biasalah. Sampai awal. Pukul 3 aku dah ada kat KLIA2. Orang lain belum sampai. Blogger yang pergi bersama-sama aku adalah Jean dan Kechik. Kami kira macam wakil KBBA9 lah untuk buat coverage kat sana.

dah sampai awal. siap update dalam instagram lagi

sempat lunch menu baru baru Burger King lagi

Disebabkan tiket flight yang terhad (mungkin sebab cuti sekolah) kami yang seramai 7 orang (4 orang lagi terdiri daripada seorang Chinese blogger, wartawan majalah dan PR), kami terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama 3 orang iaitu aku, jean dan wartawan Malay Mail dijadualkan terbang pada pukul 4.45 petang. Manakala kumpulan kedua akan terbang pada pukul 5.40 petang.

So bila semua orang daripada kumpulan pertama dah sampai, kami lepak-lepak la dulu kat Starbucks sementara tunggu masa berlepas. 15 minit lagi nak berlepas kami pun beratur untuk masuk.

kumpulan pertama yang tiba di Langkawi. Aku tiada dalam gambar.. Huwaaa!

Seperti biasa ada staf yang akan memeriksa tiket atau boarding pass. Dan perkara yang wajib diorang akan mintak ialah IC. Aku seperti biasa keluarkanlah wallet untuk ambik IC.

Tiba-tiba peluh dingin aku mula merenik di dahi. IC aku tak ada dalam wallet. 5 kali jugak aku selongkar wallet aku. Memang sah tak ada dalam wallet aku.

Oooo baru aku teringat hari Khamis tu aku pergi MAHA 2016, aku gunakan IC aku sebagai kad Touch n Go. Sebabnya kad Touch n Go sebenar wife aku bawak untuk pergi kerja naik LRT. Demmmm!.

Terlepas lah aku flight tu. Nasib PR ada sekali dengan aku pada masa tu. Kemudian aku dan PR pergi ke kaunter servis Air Asia untuk tanyakan jalan penyelesaian. Aku nak mohon tukar flight. Cadangan aku dipersetujui oleh PR.

Di kaunter, staf tu cakap memang tak ada cara lain untuk selesaikan masalah ni. Memang kena tunjuk IC jugak. Kalau tak der IC passport pun boleh. Aku memang tak bawak la passport sebab ni Domestic Flight.

So aku tanyakan untuk flight seterusnya. Ada sedikit kekosongan untuk flight pukul 7.20 malam. Kalau aku tukar flight sempat jer aku balik untuk ambik IC. Tapi bila tanya kos… Perrgghhh!!! Harganya lebih mahal daripada return tiket yang dibeli sebelumnya.

Aku mula berfikir diluar kotak. Naik bas ke Kuala Perlis. Lepas tu aku naik ferri ke sana. So sempat aku sampai malam. Event tu pada besok pagi (pagi ni).

Aku tengok tiket bas online. Tiket ke Kuala Perlis pun fullhouse.. Adoi…! Lemah lutut den..! Hahaha. Lagipun kalau ada tiket bas pun sampai Kuala Perlis dah lewat. Masa tu ntah ada ke tidak lagi Feri ke Pulau Mutiara tu.

So aku dah give up. Aku mintak maaf kat PR sebab ni memang kecuaian aku. PR ok. Sebab diorang memang dah ada back up plan untuk perkara-perkara macam ni. Cuma aku la tak sedap hati.

PR ni baru pertama kali aku berkolaborasi. Tetiba aku dah buat hal macam ni. Mana professionalisme aku sebagai seorang blogger. Aku mewakili KBBA9 pulak tu. Hadoi…! Down giller aku petang semalam!

Tapi aku memang respek la PR ni. Dia memang tak der hal langsung. Malah siap janji akan ajak aku ke event yang seterusnya. Tahun depan banyak event kat oversea wooo. Kalau dapat ikut mantap jugak..!

Haaa sebab tu pagi ni aku ada kat KL. Pagi dah ada yang tanya group whatsapp kenapa aku ada kat KL. Bukan ke sepatutnya aku ada kat Langkawi ke…

tetiba pagi ni aku update tengah makan Nasi Berlauk Ikan Tongkol kat Hayaki

Haaa inilah jawapannya. Jadi di sebalik kelebihan – kelebihan serta ciri-ciri yang mantap pada kad pengenalan baru kita tu, ada bahayanya…! Ni lah bahayanya…! Hahaha..

So daripada malam tadi aku tahankan saja tengok gambar diorang kat sana. Malam tadi Jean dah post gambar hotel. Duduk sorang sebilik. Hotel mengadap sunset view pulak. Cisss…! Hahaha.

bilik Hotel Langkawi Seaview

Aku pasrah.. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Sebaik-baik perancangan kita, Allah lebih bijak dalam perancanganNya. So cool..!

Show Comments

23 Comments

  1. Lan Careno December 10, 2016
  2. Anarm December 10, 2016
    • sohoque December 10, 2016
  3. Fazrol December 10, 2016
    • sohoque December 10, 2016
  4. Alias December 10, 2016
    • sohoque December 10, 2016
  5. muhammad nizam December 10, 2016
    • sohoque December 10, 2016
  6. Bahrain December 10, 2016
    • sohoque December 10, 2016
  7. Amin Hakim December 13, 2016
    • sohoque December 13, 2016
  8. rozita December 14, 2016
    • sohoque December 14, 2016
  9. nor hazmira December 27, 2016
    • sohoque December 27, 2016
  10. sabree hussin January 13, 2017
    • sohoque January 13, 2017
  11. azrai February 21, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: