Jangan pernah ada perasaan hebat ataupun terasa diri berilmu tinggi…
Kadang-kadang kalau kita berada di kelompok rakan yang rata-rata tidak tau ilmu yang kita tau, kita akan terasa sedikit poyo.. Ya la.. semua orang tanya kita kot. Terasa kita ni begitu penting apabila menjadi tempat rujukan.
Awas…! Perasaan ni syaitan yang masukkan. Ia boleh menjadikan kita ego, sombong dan takabbur kalau tidak ditepis dengan segera. Segeralah beristighfar jika kita mula terasa macam tu.

Ketahuilah.. Sehebat mana pun kita, ada lagi insan yang lebih hebat. Setinggi mana pun kita, akan ada manusia yang dijadikan Allah lebih hebat daripada itu.
Teringat aku sesi kuliah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah pada minggu lepas. Pesan inilah yang ustaz penceramah pesan. “Jangan tinggi diri dan merasakan diri hebat..!”, kata ustaz.
Beliau lantas membawakan 2 buah kisah untuk diteladani. Satu kisah Imam Abu Hanifah, pengasas Mazhab Hanafi. Satu lagi adalah kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir.
Kisah Imam Abu Hanifah
Imam Abu Hanifah memang terkenal dengan waraknya dan tinggi ilmu agamanya. Imam Abu Hanifah ni sewaktu hayatnya, suka kepada majlis ilmu.
Ada satu majlis ilmu yang diajar oleh seorang ulama’ yang selalu beliau hadiri. Beliau akan turut serta di dalam majlis ilmu tersebut tanpa memperkenalkan siapa dirinya.
Pada suatu hari, semasa ulama’ tersebut sedang mengajar, beliau terpaksa meninggalkan majlis ilmu tersebut untuk menyelesaikan hal yang penting yang perlu beliau selesaikan dengan segera.
Lantas beliu meminta Imam Abu Hanifah menggantikan tempatnya sebagai guru dimajlis ilmu tersebut. Abu Hanifah telah bersetuju dan pergilah beliau ke hadapan hadirin yang ramai itu untuk berkongsi ilmu.
Pada hari tersebut Imam Abu Hanifah mendengar masalah orang ramai. Beliau ditanya oleh orang ramai akan masalah yang mereka musykil dan beliau cuba menjawab semua soalan tersebut.
Sebanyak 50 soalan telah ditanya. Kesemua soalan tersebut berjaya dijawab oleh beliau. Soalan dan jawapan ini ditulis satu persatu oleh beliau di dalam nota beliau.
Seketika kemudian, pulanglah ulama’ yang mengajar tadi. Lantas ditanya kepada Abu Hanifah tentang majlis ilkmu tadi. Maka diceritakan oleh Imam Abu Hanifah seraya beliau menyerahkan nota soalan serta jawapan yang telah ditulis tadi.
Ulama’ tersebut memeriksa satu persatu soalan dan jawapan yang teag diberi. Ulama’ tersebut hanya berpuashati dengan jawapan Imam Abu Hanifah untuk 20 soalan sahaja daripada 50 soalan tersebut. 30 lagi beliau membetulkan semula jawapan Imam Abu Hanifah.
Selepas itu Imam abu Hanifah telah berguru kepada ulama’ tersebut selama 25 tahun. Lama beliau berguru untuk memantapkan ilmu beliau.
Nah…! Imam Abu Hanifah, seorang pengasas Mazhab yang empat.. Pada kita Imam Abu Hanifah ni memang terbaiklah ilmunya. Pengasas Mazhab Hanafi kot. Tapi seperti mana aku katakan tadi, sehebat dan setinggi mana pun ilmu kita, pasti Allah hadirkan seseorang yang lebih tinggi ilmunya daripada kita.
Kisah Nabi Musa dan Nabi Khaidir
Kisah ini banyak diceritakan dalam Al-Quran. Tentang ilmu Nabi Khaidir yang berupaya melihat masa depan atas peristiwa yang dilalui sepanjang pengembaraan bersama Nabi Musa. Perbuatan Nabi Khaidir yang kurang logik pada pandangan Nabi Musa membuatkan Nabi Musa tidak sabar dan tersalah anggap.
Ini pulak Nabi Musa yang digelar Kalamullah. Orang yang diberikan keistimewaan untuk bercakap dengan Allah secara terus tanpa perantaraan Malaikat Jibril. Hebat sangat dah Nabi Musa ni…!
Tapi dalam pada itu, Allah hadirkan orang yang lebih hebat dalam ilmu yang Nabi Allah Musa tidak tahu.
Sentiasalah merendah diri
Jadi sentiasalah merendah diri. Siapalah kita ni. Ilmu kita cetek jer walaupun mungkin pada sesuatu tempat itu kitalah yang menjadi rujukan. Tepislah perasaan ego, riak dan takabbur yang kadangkala ditiup syaitan durjana untuk melalaikan kita.
Sesungguhnya perasaan sombong, ego dan takabbur itu boleh membinasakan kita. Ia boleh menjadi punca kita dihumbankan ke dalam api neraka.
Dari ibnu mas’ud R.A berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Tidak akan masuk ke dalam syurga orang yang dihatinya ada kesombongan meskipun seberat biji sawi. Lalu ada yang bertanya : sesungguhnya seseorang itu sangat senang kepada baju dan sandal yang bagus? Maka beliau berkata : sesungguhnya Allah Maha Indah dan mencintai keindahan. Sombong itu adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia“. HR Muslim.
Wanaudzubillahi minzaalik…!
Alhamdulillah atas nasihat ini. Inshaa Allah akan keep on humble. Tak pernah lagi rs hebat dengan ilmu yang ada. sentiasa rasa low ada la.. huhuu
Alhamdulillah.. luv this..!
inshaAllah bamhoq.. peringatan untuk semua
Alhamdulillah..
Di atas langit, masih ada Langit.
Semoga kita semua dijaga agar terhindar dari sifat sombong
Regards,
Nasi Kotak
aameen.. ya rabbal alameen
Alhamdulillah … Makaseh BamHoq di atas ingatan tulus ikhlas. Kita memang tak tinggi, pendek orangnya. Huhuu
Ilmu yang ada pun sama. InsyaAllah, tak pernah rasa hebat dengan ilmu yang tak seberapa ni. Lagi banyak lagi kena belajar adalah … Mohon tunjuk ajar tanpa jemu yaa
Hehehe itulah yang thorrbaek..
Terima kasih atas perkongsian ini dan semoga dijauhkan dari sifat ego dan seumpamanya buat diri ini juga… aamiin.
Aameen
Alhamdulillah atas nasihat dan perkongsian ni abg hoq.. insya-Allah
InsyaAllah ameen
Terima kasih untuk entri nasihat ni bamhoq… Betul sangat.. ilmu tu luas. Ibarat sepohon pokok, ilmu yang kita ada baru kat akar umbi. Banyak lagi yang tak tahu…
yup… hidup ini biar lelah mengejar ilmu