
Sejak berkecimpung di dalam arena penulisan blog ini aku sudah beberapa kali dijemput oleh Nuffnang untuk menghadiri event seperti event Samsung, Resort World Genting dan Digi. Semuanya berlaku pada tahun 2012.
Namun belum ada satu event pun yang aku mampu hadiri. Ini adalah kerana jadual harianku yang agak sesak. Tambahan pula isteriku baru melahirkan baby kami yang ke 3. Jadi aku sebagai bapa mithali perlu sentiasa menjaga kebajikan dan keperluan keluargaku terutama isteri dan anak kecil ku itu. Jadi banyak juga jemputan yang terpaksa aku tolak.
Pada hari Khamis yang lepas (17 Januari 2013) aku dijemput lagi ke event pengiklan. Kali ini jemputan datang secara terus daripada Resort World Genting. Aku dijemput ke Majlis Pelancaran Genting Mobile Apps.
Memandangkan perjalanan aku masih jauh lagi di arena penulisan blog ini, apa yang aku mahukan ialah menimba pengalaman ke majlis-majlis sebegini. Jadi insyaAllah selepas ini aku akan cuba hadiri jemputan-jemputan ke event-event sebegini.
Jadual di tahun 2013 ini aku rasa tidak sesesak tahun 2012. Ini adalah kerana anak kecilku Ifza dah besar sedikit dan aku dah berani dan yakin untuk meninggalkannya di taska berhampiran rumah sewaktu aku dan isteri berkerja.
Majlis Pelancaran Genting Mobile Apps telah diadakan di Wisma Genting. Majlis yang agak meriah ini turut disertai oleh ramai wartawan-wartawan dan blogger tempatan dan luar negara seperti dari Singapura dan Thailand.

Dalam majlis pelancaran Genting mobile apps ini pihak pengurusan Genting menerangkan dengan lebih lanjut lagi berkenaan dengan evolusi applikasi Genting mobile apps dan hala tujunya di masa hadapan.

Cerita selanjutnya di dalam entri selepas ini.
best lah dapat jemputan macam ni. blogger sukan susah nak dapat jemputan
azwan recently posted..Kenapa Guardiola Memilih Bayern Munich?
eh blogger sukan pon ok apa. ada la pengiklan akan jemput nanti. Bebaru ni aku terperasaan broframestone cari blogger yang tulis blog psl sukan. ko try tanya dia.
mcm mna leh dpt event ni..hehe
hazwanhairy recently posted..RANDY PANGALILA | EKSKLUSIF INTERVIEW ( 7GAMBAR )
diorang email secara direct bro. maybe aku dapat sbb blogger otai byk menolak kot 😉
Tak pernah dapat invitation.. huhu.. bestnye..
fazdlie recently posted..Buffet RM9.80 | Makan Sampai Lebam @ Cafe RISDA Shah Alam
sabar.. nanti dapat la tu…
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Amalkan Solat Sunat Dhuha
InsyaAllah.. besar harapan ni sebenarnya…
fazdlie recently posted..Buffet RM9.80 | Makan Sampai Lebam @ Cafe RISDA Shah Alam
insyaAllah. jika fadzlie sabar dah istiqamah, peluang mcm ni akan sentiasa ada
Saya pun ada di genting – tapi tak dijemput hehehe… Sampai 20hb ada di sana…. 🙂
Izzuddin Fauzi recently posted..Suatu Hari, Dulu dan Dah Lama #PT1
dah lama tak layari laman web nuffnang under genting resort world..bila tak update dgn event mereka so terus sha tak tahu apa xtvt terkini mereka…. rugi3x……
anyway blog baru di WP tu masih diupdate lagi..huhuhu thanks ye sbb support =)
sha recently posted..Wordless Wednesday : Johor FC Luaskan Kuasamu Johor
yg dapat ni bkn under nuffnang sha. genting emel direct kpd blogger
sohoque recently posted..Tips Murah Rezeki: Amalkan Solat Sunat Dhuha
hebat ya dapet jemputan seperti itu..:D
sukses selalu ya kawan.
Nakusan Bali recently posted..Jalan Tol Tanjung Benoa Bali
wow….. agak sibuk skrg, x berkesempatan nk pg
Leeza dayasari recently posted..Cinta Itu Misteri Blogger Paling Santai 2012
looor. kalu leeza pegi leh kenal leeza
saya curi gambar yer *tumpang lalu 😀
Mya recently posted..Felinna Beauty Vitamin C Plus Pure Collagen
uish. mana aci main curi2!!!! 😉
best kan event-event ceni.
yang penting dapat doorgift n makan free!
yeayyy
yg kelmarin utk event reopening snow world kat genting lg best. jari siap kena frostbite tu lama sgt main snow. hehehhehe
[…] yang gemar bercuti, applikasi Resorts World Genting Mobile yang boleh didapati secara percuma di Google Play (untuk versi Android) […]
[…] Pelancaran rasmi applikasi Resorts World Genting Mobile ini telah di adakan di Wisma Genting pada tanggal 17hb Januari yang lalu. Majlis ini menampilkan Eksekutif Naib Presiden, Dato’ Kevin Sim bersama-sama dengan Naib Presiden Kanan E-Perkhidmatan, Mr Thomas Ng dan Naib Presiden Pemasaran, Mr Chow Wei Heng, untuk berkongsi perjalanan organisasi digital Resorts World Genting. […]
[…] daripada jemputan ke majlis ini, Resort World Genting sekali lagi menjemput aku bersama rakan blogger yang lain seperti Tuan […]