Jom Bantu Madrasah Tahfiz An-Nuur

6
2148
gambar sekolah agama
Bangunan Madrasah An-Nuur yang dalam pembinaan
gambar sekolah agama
Bangunan Madrasah An-Nuur yang dalam pembinaan (gambar: denaihati.com)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yng sudah tahu tentang kelebihan sedeqah yang boleh membawa kepada rahmat Allah lantas menjadi penjemput rezeki kepada kita. Ramai yang sudah mngetahui tentang kuasa sedeqah yang menjadi salah satu daripada petua murah rezeki.

Ada banyak ayat Al Quran yang menerangkan tentang suruhan dan kelebihan serta ganjaran sedeqah ini. Ini menunjukkan ianya amat penting dan digalakkan di dalam Islam. Antara ayat-ayat Al-Quran tentang sedeqah adalah:

Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 245:

“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”

Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 261:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.”

Allah Merahmati Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 265:

“Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan apa yang kamu lakukan.”

Sedekah Dijanjikan Balasan Baik, Al-Baqarah, Ayat 272:

“Tidaklah engkau diwajibkan (wahai Muhammad) menjadiKan mereka (yang kafir) mendapat petunjuk (kerana kewajipanmu hanya menyampaikan petunjuk), akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk (dengan memberi taufik) kepada sesiapa yang dikehendakinya (menurut undang-undang peraturanNya). Dan apa jua harta yang halal yang kamu belanjakan (pada jalan Allah) maka (faedahnya dan pahalanya) adalah untuk diri kamu sendiri dan kamu pula tidaklah mendermakan sesuatu melainkan kerana menuntut keredaan Allah dan apa jua yang kamu dermakan dari harta yang halal, akan disempurnakan (balasan pahalanya) kepada kamu, dan (balasan baik) kamu (itu pula) tidak dikurangkan.”

Harta Orang Bersedekah Sentiasa Diberkati, Al-Baqarah, Ayat 276:

“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.”

Tiada Kerugian Pada Orang Yang Bersedekah, An-Nisaa’, Ayat 39:

“Dan apakah (kerugian) yang akan menimpa mereka jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat, serta mereka mendermakan sebahagian dari apa yang telah dikurniakan Allah kepada mereka? Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mengetahui akan keadaan mereka.”

Banyak sekali ayat Al Quran tentang kelebihan sedeqah ini. Namun persoalannya berapa ramai di kalangan kita yang yakin dengan janji Allah ini. Kita sudah tahu tapi kita belum yakin sepenuhnya. Jika tidak, mengapa kita pandang sepi tabung-tabung derma di masjid sewaktu kita bersolat di sana. Mengapa kita lambat keluarkan duit di kala peminta bantuan yang mendakwa mereka sebagai anak yatim, orang susah ataupun wakil masjid datang kepada kita. Soal ketulinan dakwaan mereka soal yang lain.

Ya kita tak 100% yakin bahawa dengan janji Allah bahawa dengan menderma itu harta kita tidak berkurangan malah Allah akan tambahkan lagi. Dengan sebab itu berapa ramai daripada kita yang tidak bersedeqah atas alasan bahawa duit dalam poket mereka sedikit dan tidak mencukupi untuk makan pada hari itu. Alasan itu sesungguhnya benar jika sekiranya makan pada hari itu mereka sendiri yang berikan… bukan Allah.

Itu semua kerja Allah. Janganlah kita takut. Rezeki kita Allah yang sediakan. Malah telah tertulis di Luh Mahfuz lagi.

Jadi marilah kita ubah minda dan ketidakyakinan kita pada janji Allah. Berilah walaupun sedikit. Moga sedeqah kita disukai Allah seterusnya membuka peluang untuk mendapat lebih banyak rezeki serta pahala yang melimpah ruah.

Menyebut tentang sedeqah ni aku ada terbaca entri di blog denaihati tentang Saham Akhirat Wakaf Madrasah Tahfiz An-Nuur.

Madrasah ini amat memerlukan sumbangan orang ramai untuk merealisasikan perancangan mereka untuk membesarkan lagi madrasah mereka demi untuk menanmpung jumlah pelajar yang meningkat dari setahun ke setahun. Madrasah yang ada sekarang sudah tidak mampu menampung pertambahan pelajar tersebut. Bangunan baru tersebut akan dibina di tanah dalam kawasan madrasah sekarang juga.

pelan bangunan baru Madrasah An-nuur
pelan bangunan baru Madrasah An-nuur (gambar: denaihati.com)
gambar pelan lakar madrasah An-Nuur
pelan lakar (gambar: denaihati.com)

Jumlah yang diperlukan untuk mendirikan bangunan yang baru tersebut adalah lebih RM600K. Alhamdulillah setakat ini jumlah yang berjaya dikumpulkan oleh pihak madrasah ini adalah sebanyak RM200K. Masih berbaki RM400K untuk menyiapkan projek pembesaran madrasah ini.

Justeru, orang ramai khususnya pembaca blog ini dipinta jasa baik anda, jika ada kelapangan wang supaya dapat disumbangkan kepada projek akhirat ini. Moga usaha anda untuk mengembangkan agama Islam dipermudahkan lagi dengan terbinanya blok bangunan baru nanti.

Untuk urusan sumbangan bagi mencari baki jumlah yag tidak mencukupi, pihak madrasah ini telah memberi tawaran membeli saham wakaf dengan harga RM100 untuk satu lot. Saham wakaf ini membolehkan kita memberi sumbangan disamping kita mendapat bahagian daripada pembinaan bangunan baru yang akan digunakan oleh para pelajar madrasah ini untuk belajar ilmu agama dan menghafaz Al-Quran kelak.

Namun, sekiranya anda ingin menyumbang dengan sejumlah nilai yang lain, sumbangan anda tetap dialu-alukan. Bayaran sumbangan boleh dibuat melalui akaun bank Madrasah Tahfiz Al Quran Annur.

Maklumat akaun bank boleh didapati di halaman khas “Saham Bangunan Wakaf Madrasah Annuur” di halaman blog Madrasah Tahfiz An-Nuur Muar, Johor. Derma boleh dibuat secara kiriman online terus ke akaun bank Madrasah atau menggunakan Mesin ATM atau penggunaan cek serta cara-cara lain. Yang penting sila isi detail di borang yang telah disediakan secara online untuk makluman Madrasah.

kebetulan aku dan rakan-rakan #TeamWork akan ke madrasah tersebut untuk melawat dan berjumpa mudir disana iaitu Ustaz Effendi, juga bekas pelajar Akademi Denaihati yang juga seorang blogger yang berjaya di bawah jenama blog Noehas.com.

gambar ustaz noehas.com
Ustaz Effendi (gambar: denaihati.com)

InsyaAllah jika diberi kesempatan aku akan mencuba kaedah rawatan berbekam yang merupakan sunnah Rasulullah dengan Ustaz Effendi. Beliau juga adalah pakar dalam perubatan berbekam ini. Aku akan menceritakan pengalaman berbekam aku nanti selepas sesi lawatan ke sana.

Loading

6 COMMENTS

  1. Semoga ramai rakyat Malaysia yang akan membeli saham wakaf bernilai RM100 untuk membangunkan Madrasah An-Nuur… In Shaa Allah.. Pelaburan ini merupakan pelaburan akhirat…. Rebutlah peluang ini dengan sebaiknya…
    Anuar recently posted..Abang Ensem di Mata AkuMy Profile

  2. Assalamualaikum tuan ; pertama kali sy jejak di sini ..semoga ukhuwah blogger akan terjalin… sebaik-baik harta yg kita miliki adalah yg boleh memberi manfaat , seagung-agungnya ilmu adalah yg dapat meninggikan darjat, sebaik-baik rumah adalah yg memberi keselesaan dan sebaik-baik sahabat adalah yg sering menasihati yg lainnya mlakukan kpd kebaikan dunia akhirat …insyaAllah dan terima kasih.
    PCL recently posted..Kehidupan Bermasyarakat ; Mengintip Rumah Orang.. Salah ?My Profile

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge