More

    Jom Cari Pendapatan Sampingan

    banner seminar kerjaya percuma takaful malaysia 11 mei 2013

    Alhamdulillah. Agensi saya makin berkembang maju dari sehari ke sehari. Synergy Khalifs Advisor (SKA) makin dikenali.

    Sehubungan itu SKA yang aktiviti utamanya ialah memberi ilmu dan kesedaran tentang perancangan kewangan Islam melalui Takaful dan Unit Trust dengan berbesar hati akan menganjurkan Sesi Perkongsian Peluang Perniagaan dengan Takaful Malaysia. Tarikh ini adalah seminar yang terdekat yang akan dianjurkan.

    Seminar secara santai dan PERCUMA ini InsyaAllah akan diadakan pada setiap bulan untuk memberi pendedahan kepada umum tentang peluang perniagaan dengan Takaful Malaysia. Orang yang sedang berkerja (makan gaji) juga boleh menggunakan peluang ini untuk mengintai peluang untuk mengetahui bagaimana caranya membuat pendapatan sampingan secara separuh masa.

    Selain daripada informasi tentang perniagaan ini, peserta juga akan dihidangkan dengan perkongsian serba sedikit tentang bagaimana untuk berjaya di dalam bisnes ini dan juga perkongsian tentang tips murah rezeki.

    Kepada yang berminat bolehlah menghubungi saya. Sila sebarkan maklumat ini kepada saudara mara, rakan dan taulan tentang peluang ini. Mungkin ianya bukan peluang untuk kita tetapi mungkin ianya akan menjadi rezeki orang lain…

    Jom cari pendapatan sampingan!!!

    Wallahua’lam.

     

    Latest articles

    Related articles

    19 Comments

      • namun begitu masih ramai yang belum menyertai takaful.. ini adalah mengikut prangkaan, di Malaysia, market penetration takaful hanya 5-6% sahaja. Jadi ruang untuk menyampaikan maklumat tentang perancangan kewangan dengan takaful ini masih begitu besar… 😉

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge