More

    Juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014 Telah Dinobatkan

    pakar teh tarik
    Finalis pertandingan Cabaran Raja Tarik 2014 bersama Mr Khun Somsak Chayapong, CEO F&N, serta 2 hos iaitu Fara Fauzana dan Fizo Omar

    Setelah lebih kurang sebulan setengah (26 April – 12 Jun 2014) pencarian Raja Tarik F&N 2014, akhirnya tibalah acara yang ditunggu-tunggu iaitu pertandingan peringkat akhir Cabaran Raja Tarik F&N 2014. Berlangsung di ruang legar e@Curve Petaling Jaya, seramai 9 orang finalis yang datang daripada seluruh Malaysia hasil daripada pertandingan ini yang diadakan di peringkat zon (6 zon) telah mempamerkan kemahiran dan persembahan mereka.

    Finalis telah mempersembahkan kemahiran mereka menarik teh dengan penuh kemahiran dan seni. Penonton dipersonakan dengan kemahiran mereka menarik teh dengan pelbagai cara yang amat kreatif tanpa menumpahkan teh tersebut. Persembahan mereka ini yang turut diselangselikan dengan persembahan penari-penari yang lincah menjadikan penonton terhibur. Memang menyaksikan pertandingan ini semalam tiada langsung rasa bosan. Seakan tidak sedar masa berlalu sehinggalah juaranya diumumkan.

    persembahan yang membawagelaran juara
    persembahan yang membawagelaran juara

    Acara pertandingan peringkat akhir ini yang telah dihoskan oleh penyampai radio popular Fara Fauzana dan pelakon yang sedang meningkat naik Fizo Omar telah mengambil masa hampir 2 jam sebelum juara diumumkan. Keletah mereka juga banyak membantu melancarkan pertandingan peringkat akhir ini.

    Apa yang menarik pertandingan ini turut disertai oleh adik-adik yang masih dibangku sekolah. Antaranya ialah kumpulan HAWK dan Team Kungfu Rebels. Keduanya daripada Lembah Kelang. Persembahan dua wakil peringkat sekolah ini tidak menghampakan. Malah Team Kungfu Rebels telah berjaya mendapat tempat ke 3.

    aksi kungfu
    Adik-adik yang masih bersekolah, Team Kungfu Rebels berjaya mendapat tempat ketiga

    Seperti dapat diagak daripada awal persembahan, Encik Syed Khaidir telah dinobatkan sebagai Juara pertandingan akhir ini. Kemahiran dan kareografi persembahan beliau memang menarik hati juri dan penonton. Tempat kedua jatuh kepada kumpulan 2 beradik dari Kuantan yang menggelarkan diri mereka Team X-Power. Tempat ketiga pula dimenangi oleh Team Kungfu Rebels dari Lembah Kelang.

    penarik teh hebat
    Juara Cabaran Raja Tarik F&N 2014, Encik Syed Kaidir

    Dalam pertandingan akhir ini, juara membawa pulang hadiah RM10,000 serta dimahkotakan sebagai Raja Tarik F&N 2014. Naib juara pula mendapat wang tunai RM5,000 dan tempat ketiga RM3,000. Manakala 6 peserta lain pertandingan akhir ini turut mendapat hadiah saguhati setiap seorang.

    team x power
    adik beradik yang menggelarkan diri mereka Team X Power. Mereka berjaya menggondol tempat kedua

    Pertandingan akhir ini turut diserikan oleh juara Cabaran Raja Tarik 2013 iaitu En Norazlin. Ternyata persembahan beliau tetap memukau hadirin dengan aksi mantap yang bersahaja. Dengan gerak persembahan diiringi dengan alunan muzik korea Gandam Style, aksi beliau mendapat tepukan gemuruh.

    Juara Raja Tarik daripada Thailand juga turut dijemput. Beliau juga berjaya memukau mata penonton terutama dengan aksi teh tarik berapi.

    Tahniah kepada para pemenang. Tahniah juga kepada F&N, syarikat pengeluar susu sejat dan susu pekat manis yang telah sinonim dengan rakyat Malaysia. Pertandingan ini bukan sekadar pertandingan biasa. Ia juga pentas memberi ilmu, melatih dan menyemai kemahiran berniaga kepada peserta di mana mereka boleh mempraktikkan apa yang mereka pelajari daripada pertandingan ini di dalam perniagaan mereka.

    Latest articles

    Related articles

    6 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge