More

    Inginkan Kelainan Di Hari Raya? Jubah Lelaki Moden Mungkin Sesuai Untuk Anda…!

    jubah-lelaki-moden-group

    Ramadhan hampir tiba

    Bulan puasa dah dekat dah. Buktinya aku dah banyak terima jemputan review buffet Ramadhan daripada hotel-hotel dan restoran-restoran yang ternama melalui blog makan dan travel aku, eXplorasa.

    Apabila aku terima jemputan review buffet Ramadhan ni, yang bagusnya ia mengingatkan aku kepada bulan penuh keberkatan, bulan Ramadhan. Ia sangat membantu aku dalam proses peralihan jiwa di bulan biasa kepada jiwa si bulan yang penuh kemuliaan ini. Banyak yang perlu dibuat dari segi penyediaan diri.

    Itu satu hal. Satu perkara lagi ialah persiapan hari raya. Ini juga dah kena ambil kira. Lambat membuat perancangan, tukang jahit dah tutup buku untuk ambil tempahan nanti.

    Baju Melayu vs Jubah lelaki untuk hari raya

    Tahun ni aku decide dah tak nak buat baju melayu dah. Baju melayu aku yang 3 tahun lepas pun masih dalam keadaan baru lagi. Memang jarang aku pakai baju melayu ni. Rasa macam membazir pulak buat setiap tahun. Tempah baju melayu ini bukannya murah. Sekali, tak selalu pulak aku pakai.

    Jadi tahun ni aku dah buat keputusan. Tak nak buat baju melayu lagi. Aku nak pakai jubah pulak masa solat Hari Raya dan di Hari Raya pertama. Warna je aku akan cari yang sedondon dengan warna baju kurung anak dan isteri aku.

    Tak sabar pulak nak bergambar bersama keluarga dengan jubah yang dibeli khas untuk hari raya ni nanti.

    Majlis lepak santai bersama pengasas RizQ Design (RD)

    Macam tau-tau je perancangan aku. Tiba-tiba aku dijemput ke Majlis Lepak Santai bersama pengasas butik RD yang berlangsung di Starbucks Desa Sri Hartamas bersama geng blogger yang lain daripada Kelab Blogger Ben Ashaari.

    antara bloggers yang hadir
    antara bloggers yang hadir

    Kalau anda salah seorang rakan aku di Instagram, Facebook dan juga Twitter, anda mungkin perasan beberapa gambar jubah yang aku telah muat naik baru-baru ini.

    jubah-lelaki-moden-dan-kurta
    salah satu foto yang aku share di Instagram tempohari

    Di majlis tersebut, kami diberi penerangan tentang Jubah Lelaki Moden hasil rekaan butik RD dan juga perancangan mereka sempena musim raya yang bakal menjelang tiba.

    Fazren Rafi, pengasas RizQ Design
    Fazren Rafi, pengasas RizQ Design sedang memberi penerangan

    Di majlis tersebut juga kami diperlihatkan dengan rekaan jubah ini yang diilham dan dikeluarkan oleh butiknya. Kami dapat mencuba sendiri jubah ini untuk merasa kelembutan fabriknya dan keunikan rekaannya.

    fabriknya lembut manakala rekaannya unik
    fabriknya lembut manakala rekaannya unik

    jubah-lelaki-moden-fazren

    jubah-lelaki-moden-fazrenrafi

    Open Day / Hari Terbuka

    Untuk anda yang berminat untuk menjadi ejen / dropship Jubah ini dan ingin melihat dan mencuba sendiri koleksi jubah ini serta kurta sempena Raya 2016 ini, anda boleh datang beramai-ramai ke hari terbuka seperti butiran di bawah:

    Tarikh: 30 April & 1 Mei 2016
    Masa: 10 pagi – 8 malam
    Lokasi: Alam Avenue 2, Seksyen 16 Shah Alam

    Kurta ni pun menarik
    Kurta ni pun menarik

    Kadar keuntungan yang menarik menanti ejen, bermula dari 20% sehingga 50%.Β Ejen boleh mula membuat PRE-ORDER bermula 30 April 2016 dan stok dijangka tiba pada 1 Jun 2016.

    Projek istimewa

    Di sana nanti anda juga akan dapat melihat sendiri kolaborasi butik RD dengan Hafidz Roshdi

    kolaborasi jubah bersama Hafidz Roshdi
    kolaborasi jubah bersama Hafidz Roshdi

    Harga Jualan

    Harga jualan bagi koleksi jubah ini dan juga kurta moden ini bermula dari RM109++ sehingga RM229++.

    Untuk jubah ini, terdapat 3 koleksi jubah dengan 10 pilihan warna setiap koleksi. Manakala untuk Kurta pula ada 1 koleksi kurta moden dengan 10 pilihan warna.

    Saiz pula bermula dari saiz S sehingga XXL.

    Jualan akan bermula pada 1 June 2016. Jadi anda bolehlah bersiap sedia dengan bajet dan sebagainya mulai sekarang.

    Info lanjut:

    Instagram: JubahLelakiModen
    Facebook: JubahLelakiRizq

    Komen Sohoque dot com

    Secara personal, aku suka dengan reka bentuk jubah ini. Simple tetapi unik. Koleksi warna pun menarik.

    Kepada yang punya sama niat dengan aku untuk beraya dengan jubah tahun ni, anda boleh la datang sendiri ke Hari Terbuka butik ini untuk merasai sendiri keselesaan kain dan keunikan rekaannya.

    Moga Jubah Lelaki Moden menjadi penyelesaian dalam pencarian baju raya anda.

    p/s: macamana la perjalanan balik kampung untuk hari raya tahun ni agaknya? Jalan jem macam tahun dulu ke tak ek…

    Latest articles

    Related articles

    19 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge