More

    Jujur Dengan Pasangan Menjamin Kerukunan Rumahtangga

    Jadikan rumah kita sebagai kawasan wajib jujur
    Jadikan rumah kita sebagai kawasan wajib jujur

    Jujur. Sifat yang amat dituntut dalam Islam. Peniaga yang jujur dalam timbangan dijanjikan syurga oleh Allah. Ada hadith yang menyebut tentang itu. Jujur dengan rakan kongsi perniagaan akan menjamin keutuhan perniagaan. jujur dengan rakan menjamin keakraban berpanjangan.

    Apatah lagi jujur dengan pasangan. Antara sifat utama yang perlu ada dalam rumahtangga untuk menjamin kerukunan. Sifat ini akan menjadi kebiasaan jika kita cuba amalkan daripada awal perkahwinan. Cuba sedaya upaya untuk jujur. Jika sedari awal perkahwinan kita mengajar erti jujur kepada pasangan, insyaAllah apa-apa pun yang berlaku pasangan kita akan boleh menerima penjelasan kita.

    Dengan sifat jujur kepada pasangan, hati pasangan akan menjadi tenteram. Tiada cemburu dan dengki. Ini adalah kerana kita telah tahu yang pasangan kita seorang yang jujur. Pasangan juga akan mudah menerima apa jua yang berlaku diluar penglihatannya.

    Dengan sifat jujur, pasangan terutama suami akan bebas bergerak kemana sahaja untuk urusan perniagaan bersama rakan-rakan perniagaan dan pelanggan tanpa merisaukan pasangan. Ia pasti akan memudahkan hidup masing-masing. Inilah yang berjaya diterapkan oleh Tuan Denaihati apabila bebas melancong kemana sahaja tanpa kongkongan isteri. Ini beliau ceritakan di dalam entri terbaru beliau, “Suami Isteri Bukan Untuk Dimiliki“.

    kelebihan bersifat jujur
    kelebihan bersifat jujur

    Aku sendiri kadang-kadang susah juga nak jujur seratus peratus dengan isteri aku. Terutama tentang perkara yang melibatkan cara berkerja. Ini disebabkan kerjaya aku sebagai Perunding Kewangan yang banyak berjumpa klien dan prospek amat berbeza dengan kerjaya isteri yang berkerja sebagai Pegawai Bank. Cara berkerja kami amat berlainan. Kerja aku banyak menuntut kerja luar berjumpa klien. Manakala kerja isteri pula adalah kerja pejabat yang banyak terlibat dengan dokumen, kertas cadangan dan mesyuarat.

    Ini yang menyebabkan aku sedikit susah untuk menerangkan keadaan kerja aku. Jadi kadang-kadang aku hanya memberitahu apa yang perlu sahaja. Sebabnya jika bagitau yang sebenar, aku terpaksa menjawab puluhan soalan yang lain yang berkaitan. Bukan aku tidak jujur, cuma aku tidak bagitau semua.

    Bukan aku salahkan isteri tentang hal ini. Jika aku di tempat beliau pun aku pun macam beliau. Dah memang nature kerja berlainan. Dan aku amat menyanjungi isteri aku atas tolak ansur dan kepercayaan beliau membenarkan aku berjumpa klien yang kadang-kadang di luar waktu kerja normal. Malam hari yang sepatutnya digunakan untuk berehat dan bersama anak isteri kadang-kadang terpaksa aku korbankan lantaran kerna tuntutan kerja. Hari minggu yang sepatutnya dihabiskan bersama keluarga kadang aku lepaskan demi mencari rezeki. Terima kasih Sayang atas tolak ansur da kebenaran itu.

    Lama juga isteri aku mengambil masa untuk memahami cara kerja aku. Kadang-kadang berulangkali terpaksa diulangi penerangan tentang cara kerja yang melibatkan jualan dan pemasaran ini. Namun kini perkara tersebut aku rasa sudah menjadi sebati dalam hidup kami.

    Antara yang isteri aku susah untuk faham apabila aku menghabiskan masa setengah hari hanya duduk di kedai kopi. Pagi semasa beliau telefon bertanyakan khabar, aku memberitahu aku di kedai kopi bersarapan bersama pelanggan. Tengahari beliau telefon lagi dan mendapati aku masih di kedai yang sama bersama pelanggan. Yang ini isteri aku seperti sukar untuk faham. “Apa tak kerja ke suami aku ni, asyik kat kedai kopi saja”, mungkin itu yang terlintas difikiran beliau.

    Yang sebetulnya aku di sana bersama dua orang pelanggan yang berlainan. Sudah menjadi cara aku berkerja, aku akan cuba membuat appointment dengan pelanggan di kawasan yang berdekatan. Kalau di tempat yang sama lagi baik. Ini untuk mengurangkan kos minyak, parking dan masa.

    Namun setelah 12 tahun kami melayari bahtera perkahwinan, beliau sedikit sebanyak sudah faham akan nature kerja aku. Alhamdulillah. Sekarang kalau bagitau apa-apa berkenaan kerja senang beliau nak faham.

    Cuma kini aku sudah ada satu lagi kerjaya iaitu sebagai blogger. Kerjaya baru ini ku lihat beliau masih kurang faham. Ini terbukti apabila timbul soalan mengapa harus pergi event. Kenapa harus tidur lewat untuk siapkan entri. Kenapa harus pergi kelas blog di hari minggu.

    Namun semuanya secara beransur-ansur beliau akan faham. Kerjaya baru ini pun sudah mula membuahkan hasil. Entri berbayar sudah kerap aku dapat sejak beberapa bulan yang lepas. Alhamdulillah.

    Secara amnya, jujur adalah salah satu sifat yang amat penting dalam sesuatu perkahwinan untuk menjamin keharmonian rumahtangga. Sifat ini patut disemai dan diajar kepada diri sendiri dan pasangan sedari awal perkahwinan. Amalkan sifat ini supaya ia menjadi sebati di dalam diri kita dan pasangan. Seterusnya budaya mulia ini akan terus terserap ke jiwa anak-anak. Nescaya rumahtangga akan aman harmoni.

    Wallahua’lam

     

    Nota:
    segala contoh di dalam entri ini hanya sebagai jalan cerita untuk memberi warna kepada tajuk jujur ini. Ia tiada langsung niat untuk untuk membangga diri dan merendahkan sesiapa termasuk isteri tersayang.

    Latest articles

    Related articles

    32 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge