Juruterbang Wanita Di Malaysian Flying Academy

143
22715
gambar pesawat terbang malaysia flying academy
Salah sebuah pesawat yang digunakan dalam latihan

Apabila anakku Iqbal menyatakan bahawa cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang ataupun pilot, aku mula mencari info tentang kerjaya tersebut. Antara tanda tanya yang bermain di fikiran ialah di mana dia harus belajar. Ada ke kolej khas untuk melahirkan juruterbang kat Malaysia ni. Apakah syarat-syarat untuk belajar menjadi juruterbang. Syarat dari segi pendidikan, syarat dari segi fizikal dan sebagainya. Berapa kos untuk belajar untuk mendapat lesen juruterbang. Semuanya aku inginkan jawapan.

Bagai si mengantuk disorongkan bantal, aku terus bersetuju apabila ditawarkan tugasan untuk membuat liputan ke Malaysian Flying Academy (MFA)yang terletak di Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka.

Rupa-rupanya sudah lama MFA ini ditubuhkan. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1983 dan sejak itu ia menjadi institusi utama dalam mengeluarkan juruterbang-juruterbang muda yang berkebolehan dan berkelayakan sebagai seorang juruterbang yang cekap. MFA adalah akademi utama yang mengeluarkan juruterbang berlesen di Malaysia. Selain daripada MFA terdapat 2 lagi akademi penerbangan di Malaysia. Masing-masing terletak di Kota Baharu dan Langkawi.

gambar bilik mesyuarat
Blogger dan wartawan diberi taklimat oleh Pengetua MFA

Walaupun juruterbang wanita mula menerbangkan pesawat pada 40 tahun yang lalu, juruterbang wanita masih lagi tidak ramai jumlahnya di dunia. Daripada 130,000 orang juruterbang di dunia, hanya 4,000 orang adalah juruterbang wanita.

Angka tersebutlah yang mahu diubah oelh MFA. Ia mahu menempa kejayaan dalam melahirkan lebih ramai juruterbang wanita.

Inilah masanya untuk gadis-gadis remaja menyedari bahawa tanggungjawab menerbangkan pesawat tidak bergantung kepada jantina malah mereka juga boleh mencapai apa yang mereka cita-citakan,

Ramai gadis tidak sedar bahawa menjadi seorang juruterbang wanita adalah satu pilihan pekerjaan buat mereka dan kita (MFA) mahu mengubah persepsi tersebut dan menolong mereka dalam menceburi banyak peluang pekerjaan di dalam industri ini,

ujar Pengetua MFA, Kapten Stephen Michael Terry.

gambar pengetua Malaysia Flying Academy
Kapten Stephen Michael Terry

Dalam 3 dekad yang lepas, MFA telah berjaya melatih dan terus melatih juruterbang-juruterbang untuk syarikat penerbangan utama seperti Malaysia Airlines, singapore Airlines, AirAsia, Silk Air, Jetstar Airways dan Air Mauritius serta Rejimen Udara daripada Polis DiRaja Malaysia.

gambar pelajar malaysia flying academy
bakal-bakal juruterbang

Alumni juruterbang MFA datang daripada pelusuk dunia seperti daripada Australia, Porugal, Perancis, Hungary, Maldives, Mauritius, Myanmar, Iraq, Iran, Libya, Emirates Arab Bersatu, India, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Thailang, Hong Kong, Finland, japan, Oman, Yemen, singapore dan negara Malaysia sendiri.

Sehingga kini seramai 47 juruterbang wanita telah menamatkan latihan daripada MFA. 3 orang lagi bakal menamatkan latihan pada bulan Mac 2014 yang akan menambahkan angka bilangan kepada 50 orang juruterbang wanita.

gambar pilot wanita
3 bakal juruterbang yang bakal menamatkan pembelajaran pada bulan Mac 2014. (dari kiri) Sima Ghanouni Moghaddam, Lim Ju lian dan Nuzhat Tabassum Islam

3 orang bakal juruterbang bertauliah ini ialah Lim Ju Lian, Nuzhat Tabassum Islam, dan Sima Ghanouni Moghaddam.

Lim Ju Lian, berasal daripada Kuala Lumpur berpendapat bahawa menrbangkan pesawat memberikan beliau suatu kepuasan dalam diri. Beliau yang berusia 24 tahun adalah pemegang ijazah dalam Grapic Design mahu membina keberanian dan kekuatan dalam diri dan beliau menemuinya di dalam kerjaya ini yang mencabar dan penuh persaingan.

Nuzhat Tabassum Islam, 20 tahun, gadis yang berasal daripada Bangladesh telah bercita-cita menjadi seorang juruterbang semenjak di bangku persekolahan lagi. Beliau mula meminati kerjaya ini apabila sering mendengar cerita tentang juruterbang yang begitu mengujakan daripada guru sekolah menengahnya yang berpengalaman menjadi juruterbang tentera.

Seorang lagi bakal menjadi juruterbang wanita dalam masa terdekat ialah Kadet Sima Ghanouni Moghaddam. beliau yang berasal daripada Tehran adalah pemegang Diploma Sains dan pemegang ijazah dalam bidang biology dan bahasa Jerman. Gadis berusia 31 tahun ini sebelum ini berkerja sebagai Pegawai Jualan di sebuah syarikat pengeluar kenderaan eletrik, tetapi cita-citanya yang selalu ingin terbang di awan biru membuatkan beliau menjejakkan kaki di MFA ini.

Jadi kepada gadis di luar sana yang sukakan cabaran dan mempunyai keberanian, kerjaya anda mungkin di sini. Untuk memasuki MFA ada kelayakan akademi minima yang diperlukan. Calon juruterbang mestilah belajar di dalam aliran sains dan mendapat 5 kredit dalam 3 mata pelajaran pilihan iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik.

gambar pesawat terbang malaysia flying academy
Salah sebuah pesawat yang digunakan dalam latihan

Satu lagi perkara yang harus dirancang dengan rapi untuk memasuki MFA ini ialah tentang kos pendidikan. Kos pembelajaran untuk menjadi seorang juruterbang yang bertauliah ialah sebanyak lebih kurang RM270 ribu untuk sesi selama 18 bulan. Ini termasuk semua perkara seperti penginapan hostel yang berhawa dingin, makanan dan bantuan pembelajaran. Kos menjadi agak tinggi adalah disebabkan kos minyak pesawat yang berkualiti tinggi dengan berharga tinggi.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi:

Ms. Chua Airin
Malaysia Flying Academy Sdn Bhd
Email: enquiries@mfa.edu.my
Tel: 06-3174026

Anda bioleh juga melawat laman web MFA di www.mfa.edu.my ataupun boleh ke page Facebook MFA: https://www.facebook.com/malaysianflyingacademy untuk info lanjut.

143 COMMENTS

  1. nak tanya..kalau aliran sastera still bole apply course ni tak? sye umur 18 thun plus..syarat ketinggian minimum brape ye?

    • aliran sastera rasanya tak boleh dik.. sbbnya kat sini nnti akan belajar Fizik. jika adik nak tahu dgn lbh lanjut adik boleh la menghubungi nombor telefon yang tertera dalam entri tu

      • saya 17 tahun, dlm aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subject add science, add math & science biasa.. agak2 dua subjek science tu membantu x utk saya masuk MFA?

  2. umur saya skarang 17 tahun.. cita2 nk jadi pilot mmg ada sjk azali lagi.. Tp, saya skarang ni dlm aliran perakaunan, tp ada subjek add science dan add math.. try mintak aliran sains, Tp skolah kejam sgt x bagi tukar.. agak2 dgn subjek add science tu membantu x?

  3. saya skarang ni 17 tahun. cita2 nk jadi pilot tu mmg wujud sjk azali lagi.. Tapi, saya dlm aliran perakaunan.. Plus, saya juga ada subjek add science & science biasa.. mintak tukar ke aliran sains ekstrem, skolah kejam Sgt x bagi tukar.. so agak2, dua subjek science biasa & add science tu membantu x?

  4. saya 17 tahun, aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subjek add science, add math, science biasa.. agak2 subjek add science dan science tu membantu x untuk saya masuk MFA?

  5. saya 17 tahun, dlm aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subjek add science, add math, science biasa.. agak2 subjek add science dan science tu membantu x untuk saya masuk MFA?

  6. Kalau aliran sastera, boleh tak apply jadi pilot? Saya 17 baru nak ambik spm tahun ni. Sbb saya tak ambik add math & sains tulen. Saya cuma ada sains je, boleh ke?