More

    Juruterbang Wanita Di Malaysian Flying Academy

    Apabila anakku Iqbal menyatakan bahawa cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang ataupun pilot, aku mula mencari info tentang kerjaya tersebut. Antara tanda tanya yang bermain di fikiran ialah di mana dia harus belajar. Ada ke kolej khas untuk melahirkan juruterbang kat Malaysia ni. Apakah syarat-syarat untuk belajar menjadi juruterbang. Syarat dari segi pendidikan, syarat dari segi fizikal dan sebagainya. Berapa kos untuk belajar untuk mendapat lesen juruterbang. Semuanya aku inginkan jawapan.

    Bagai si mengantuk disorongkan bantal, aku terus bersetuju apabila ditawarkan tugasan untuk membuat liputan ke Malaysian Flying Academy (MFA)yang terletak di Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka.

    Rupa-rupanya sudah lama MFA ini ditubuhkan. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1983 dan sejak itu ia menjadi institusi utama dalam mengeluarkan juruterbang-juruterbang muda yang berkebolehan dan berkelayakan sebagai seorang juruterbang yang cekap. MFA adalah akademi utama yang mengeluarkan juruterbang berlesen di Malaysia. Selain daripada MFA terdapat 2 lagi akademi penerbangan di Malaysia. Masing-masing terletak di Kota Baharu dan Langkawi.

    gambar bilik mesyuarat
    Blogger dan wartawan diberi taklimat oleh Pengetua MFA

    Walaupun juruterbang wanita mula menerbangkan pesawat pada 40 tahun yang lalu, juruterbang wanita masih lagi tidak ramai jumlahnya di dunia. Daripada 130,000 orang juruterbang di dunia, hanya 4,000 orang adalah juruterbang wanita.

    Angka tersebutlah yang mahu diubah oelh MFA. Ia mahu menempa kejayaan dalam melahirkan lebih ramai juruterbang wanita.

    Inilah masanya untuk gadis-gadis remaja menyedari bahawa tanggungjawab menerbangkan pesawat tidak bergantung kepada jantina malah mereka juga boleh mencapai apa yang mereka cita-citakan,

    Ramai gadis tidak sedar bahawa menjadi seorang juruterbang wanita adalah satu pilihan pekerjaan buat mereka dan kita (MFA) mahu mengubah persepsi tersebut dan menolong mereka dalam menceburi banyak peluang pekerjaan di dalam industri ini,

    ujar Pengetua MFA, Kapten Stephen Michael Terry.

    gambar pengetua Malaysia Flying Academy
    Kapten Stephen Michael Terry

    Dalam 3 dekad yang lepas, MFA telah berjaya melatih dan terus melatih juruterbang-juruterbang untuk syarikat penerbangan utama seperti Malaysia Airlines, singapore Airlines, AirAsia, Silk Air, Jetstar Airways dan Air Mauritius serta Rejimen Udara daripada Polis DiRaja Malaysia.

    gambar pelajar malaysia flying academy
    bakal-bakal juruterbang

    Alumni juruterbang MFA datang daripada pelusuk dunia seperti daripada Australia, Porugal, Perancis, Hungary, Maldives, Mauritius, Myanmar, Iraq, Iran, Libya, Emirates Arab Bersatu, India, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Thailang, Hong Kong, Finland, japan, Oman, Yemen, singapore dan negara Malaysia sendiri.

    Sehingga kini seramai 47 juruterbang wanita telah menamatkan latihan daripada MFA. 3 orang lagi bakal menamatkan latihan pada bulan Mac 2014 yang akan menambahkan angka bilangan kepada 50 orang juruterbang wanita.

    gambar pilot wanita
    3 bakal juruterbang yang bakal menamatkan pembelajaran pada bulan Mac 2014. (dari kiri) Sima Ghanouni Moghaddam, Lim Ju lian dan Nuzhat Tabassum Islam

    3 orang bakal juruterbang bertauliah ini ialah Lim Ju Lian, Nuzhat Tabassum Islam, dan Sima Ghanouni Moghaddam.

    Lim Ju Lian, berasal daripada Kuala Lumpur berpendapat bahawa menrbangkan pesawat memberikan beliau suatu kepuasan dalam diri. Beliau yang berusia 24 tahun adalah pemegang ijazah dalam Grapic Design mahu membina keberanian dan kekuatan dalam diri dan beliau menemuinya di dalam kerjaya ini yang mencabar dan penuh persaingan.

    Nuzhat Tabassum Islam, 20 tahun, gadis yang berasal daripada Bangladesh telah bercita-cita menjadi seorang juruterbang semenjak di bangku persekolahan lagi. Beliau mula meminati kerjaya ini apabila sering mendengar cerita tentang juruterbang yang begitu mengujakan daripada guru sekolah menengahnya yang berpengalaman menjadi juruterbang tentera.

    Seorang lagi bakal menjadi juruterbang wanita dalam masa terdekat ialah Kadet Sima Ghanouni Moghaddam. beliau yang berasal daripada Tehran adalah pemegang Diploma Sains dan pemegang ijazah dalam bidang biology dan bahasa Jerman. Gadis berusia 31 tahun ini sebelum ini berkerja sebagai Pegawai Jualan di sebuah syarikat pengeluar kenderaan eletrik, tetapi cita-citanya yang selalu ingin terbang di awan biru membuatkan beliau menjejakkan kaki di MFA ini.

    Jadi kepada gadis di luar sana yang sukakan cabaran dan mempunyai keberanian, kerjaya anda mungkin di sini. Untuk memasuki MFA ada kelayakan akademi minima yang diperlukan. Calon juruterbang mestilah belajar di dalam aliran sains dan mendapat 5 kredit dalam 3 mata pelajaran pilihan iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik.

    gambar pesawat terbang malaysia flying academy
    Salah sebuah pesawat yang digunakan dalam latihan

    Satu lagi perkara yang harus dirancang dengan rapi untuk memasuki MFA ini ialah tentang kos pendidikan. Kos pembelajaran untuk menjadi seorang juruterbang yang bertauliah ialah sebanyak lebih kurang RM270 ribu untuk sesi selama 18 bulan. Ini termasuk semua perkara seperti penginapan hostel yang berhawa dingin, makanan dan bantuan pembelajaran. Kos menjadi agak tinggi adalah disebabkan kos minyak pesawat yang berkualiti tinggi dengan berharga tinggi.

    Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi:

    Ms. Chua Airin
    Malaysia Flying Academy Sdn Bhd
    Email: enquiries@mfa.edu.my
    Tel: 06-3174026

    Anda bioleh juga melawat laman web MFA di www.mfa.edu.my ataupun boleh ke page Facebook MFA: https://www.facebook.com/malaysianflyingacademy untuk info lanjut.

    Latest articles

    Related articles

    143 Comments

    1. nak tanya..kalau aliran sastera still bole apply course ni tak? sye umur 18 thun plus..syarat ketinggian minimum brape ye?

      • aliran sastera rasanya tak boleh dik.. sbbnya kat sini nnti akan belajar Fizik. jika adik nak tahu dgn lbh lanjut adik boleh la menghubungi nombor telefon yang tertera dalam entri tu

        • saya 17 tahun, dlm aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subject add science, add math & science biasa.. agak2 dua subjek science tu membantu x utk saya masuk MFA?

    2. umur saya skarang 17 tahun.. cita2 nk jadi pilot mmg ada sjk azali lagi.. Tp, saya skarang ni dlm aliran perakaunan, tp ada subjek add science dan add math.. try mintak aliran sains, Tp skolah kejam sgt x bagi tukar.. agak2 dgn subjek add science tu membantu x?

    3. saya skarang ni 17 tahun. cita2 nk jadi pilot tu mmg wujud sjk azali lagi.. Tapi, saya dlm aliran perakaunan.. Plus, saya juga ada subjek add science & science biasa.. mintak tukar ke aliran sains ekstrem, skolah kejam Sgt x bagi tukar.. so agak2, dua subjek science biasa & add science tu membantu x?

    4. saya 17 tahun, aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subjek add science, add math, science biasa.. agak2 subjek add science dan science tu membantu x untuk saya masuk MFA?

    5. saya 17 tahun, dlm aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subjek add science, add math, science biasa.. agak2 subjek add science dan science tu membantu x untuk saya masuk MFA?

    6. Kalau aliran sastera, boleh tak apply jadi pilot? Saya 17 baru nak ambik spm tahun ni. Sbb saya tak ambik add math & sains tulen. Saya cuma ada sains je, boleh ke?

      • kalau bukan aliran sains susah dik. sbb nanti kat akademi tu diorang akan kena belajar subjek sains. kalau tak de basic susah. buat elok2 ya. saya doakan adik berjaya masuk ke aliran sains

    7. Saya skrg berumur 15, next year baru nak masuk form 4 dan sya dpd masuk kelas sains tulen. Teringin sgt nak jadi pilot tpi mslahnya sy ni pki cermin mata.. mcm mna ni? 🙁

    8. Asalaimualaikum abg nak tanya , saya minat nak jadi pilot , kalau lepas SPM bulan 3 nantii keluar, pastu nak apply MFA kan ? Apa syarat kelayakan dia ? Ada tak biasiswa untuk jadi Pilot atau kita mtak dgn MAS suruh dia tanggung dan nanti kerja dgn MAS ? Sekurang kurangnya berapa tahun total nak jadi pilot yg bawak kapal terbang yg ke luar negara? Memperoleh gelaran Captain ?

      • syarat kelayakan ada dinyatakan dlm post ni. tentang biasiswa adik kena cari. ada je MAS bg biasiswa dulu. tp tak tau la skrg mcmana. dgn masalah MAS yg sedang reshuffle skrg ni..

        apa2 pun adik blh hubungi no yg sy bg tu utk keterangan lanjut.

        moga adik berjaya dlm mengejar cita-cita adik sbg pilot

    9. Salam. Saya baru lepasan spm. Kalau rabun sikit boleh ke jadi pilot? Saya tahu pilot tak boleh rabun. Tapi sebab saya minat sangat. And syarat nak masuk MFA ape erkk?

      • wassalam afiq. kat dlm tu sy ada tinggalkan nombor untuk dihubungi. afiq blh telefon dia dan tanyakan apa2 sahaja tentang kerjaya pilot ni.

        moga afiq berjaya mengejar cita-cita afiq

    10. mcm mana kalau kat sekolah amik bidang elektik then masuk poli pun smbung elektrik ? masih ada peluang ka untuk sambung ijazah dalam bidang penerbangan nie? mohon pencerahan 😀

      • heheheh.. kalau ada ambik subjek yg dinyatakan di atas boleh jer. apa2 pun anda boleh hubungi nombor dalam post ni untuk bercakap sendiri dengan pihak MFA. terima kasih

    11. GHari tu ada gak try mohon form application ..tpi sy baru form 4 aliran sains tulen. Bila sy ckp sy masih form 4…dia respon ‘serahkan keputusan anda kepada kami apabila anda sudah memeperoleh keputusan spm anda’… agak2 boleh ke dpt?

      • kalau keputusan mengikut syarat yang mereka mahukan mesti boleh punya. cuma adi kena fikirkan tentang kos pembelajaran pula lps tu. sbb kos nya agak tinggi juga

    12. Saya teringin nk jd pilot..tp saya skolh pondok..saya spm thn ni..spm saya pon hnya math,sains,bm,bi,sejarah..yg 4 lg agama pnya subjek la..blh ka nk jd pilot???..trtanya2 jgak la

    13. Saya tringin nk jd pilot..tp sy skolh pondok..thn ni saya ambil spm..mata pelajarn spm yg saya ambil math,sains,bm,bi,sejarah..yg 4 lg subjek agama pnya la..fizik xada..agak2 blh ka nk jd pilot???..trtanya2 jgak la..

      • rasanya jika tiada subjek sains spt syarat yg dinyatakan, agak mustahil utk masuk ke akademi tu. apa2 pun untuk kepastian adik boleh berhubung dgn pihak akademi melalui no hubungan yg terdapat dalam artikel. tq

        • Huhu hahaha kau ni broo.. jgn lah takutkan dioRang

          Ni haaa pilot nak cakap..
          korang apply ja dulu tapi yang penting kena 7A ke atas untuk biasiswa..

          • hehehe.. aku tak takutkan pun bro.. aku tulis berpandukan apa yg diberi utk aku tulis sewaktu lawatan aku ke sana. dan aku pun tak tau sebetulnya apa requirement sebenar diorg. sbb tu pd komen aku aku cakap call diorg tanya yang sebetulnya…

    14. Bro nk tnye,sye nie ada diploma accountant,sye ada bsic sains sahaja tpi xdr fizik ngan chemistry…kalo sye nk apply bleh lepas x…

    15. Slm abang,sya dari aliran sains biasa,boleh x kalau sya nk masuk mfa?n subjek apa yang perlu diambil untuk menjadi pilot?

      • jika ada belajar subjek spt yg saya bgtau dalam artikel di atas, blh la… kalau tak, cuba call no contact yg diberi. tanyakan kpd pihak akademi sendiri

    16. Macam mne nak apply untk msuk academy klu dh dpt result spm.? And lulus bi,bm,fizik,sains tu bole ke klu gred b/c?

    17. Saya pelajar tingkatan 4 .belajar di kelas aliran akaun . Adakah saya masih berpeluang untuk menyertai MFA ? Dan apakah subjek yg saya wajib lulus ?

    18. Assalamualaikum..saya minat sgt bidang nih..tp saye dpt twaran bidang kjruteraan sivil..kalau saya apply boleh x?tp agak2 ade sediakan tajaan x?
      Tqq..

    19. Sy aliran sains juga. Tapi sains sukan aa. Tk ambil fizik. Just bio. Nmpknya apply jd FA jelah . Nk ckp rendah tk ckup tinggi tk juga. 167 cm je. Haha.

    20. Assalamualaikum~ saya aliya, tahun ni baru form 4..saya tak dapat ambil aliran sains tulen gara gara result pt3 saya yang amat mengecewakan..jadi, saya dimasukkan ke aliran MPV, grafik berkomputer yang ada subjek sains biasa..agak agaknya, saya layak ke masuk dengan aliran yang saya duduki sekarang? tolong bagi respon..saya minat sangat sangat..bila berpeluang melayari internet, saya selalu cari laman yang berkaitan dengan kerjaya pilot ni..hehe

      • jika mengikut syarat yg telah ditetapkan, agar sukar sedikit peluang anda. namun sudilah kiranya cuba menghubungi no telefon pengurusan utk bertanya. mana lah tau ada peluang terhidang buat anda. moga anda berjaya dlm mengejar cita-cita

    21. Kalau sy aliran ict boleh ke? Ict tu pasal komputer.tapi kelas tu ada tambahan add math,fizik,kimia n ict.boleh ke masuk?

    22. Biology tidak diperlukan kan utk menjadi pilot? Sbb cikgu sy kata hanga memerlukan mt,bi,bm,fizik,add math,sains n kimia sy x pasti

    23. Assalamualaikum abg, nk tnya saya tingkatan 4. Cita cita saya memang nk jdi pilot. Tpi saya kelas perdagangan tak ambik addmath dgn fizik. Just ambik math dgn sains biasa. Boleh ke kalau saya nk apply?

    24. Salam, saya aliran account tapi ada addmaths boleh ke nak apply ni. Agak agak lepas tak? Sebab dlm addmaths pun ada fizik.

    25. Assalam bang , cita2 sy mmg nak ssgt jd pilot.. tp kos tu yg buat sy patah smgt.. Alhmdullilah taun dpn sy f4 klu bole sy nk sgt target jd pilot.. Ade pape xyg abg bole tolg ?? Bole kew mntk biasiswa kew atau apa2 ??

    26. Hye,bang saya nak tnya saya form4 cita2 saya memang nak jadi pilot tapi aliran saya Geo,ekonomi,perdadangan..bole tak saya jadi pilot walaupun sains dgn maths dpt score A.. sebab sains dgn maths basic jer..ada peluang tak??

    27. Assalammualaikum En.. Sy Izzati, dlm aliran sains tulen, amat-amat berminat untuk menjadi Pilot.. This year SPM, n sy dh decided nk jd Pilot.. so boleh sy dptkan info, pihak Airlines mana eh yang mengambil juruterbang perempuan?

    28. Bolekah saya amik PPL sebb syarat dia 3 je “17 years old” “pass medical” Pass English”
      (mungkin) lpstu dh dpt PPL saya nak tukar ke CPL Course di sekolah Filipina (AAA Academy) sebb sayarat CPL tiga je “18 years old” “Holding PPL” “Medical Class 1”

      Adakah idea ini terbaik?

    Leave a Reply to Chanyeol Liya Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge