Apabila anakku Iqbal menyatakan bahawa cita-citanya ingin menjadi seorang juruterbang ataupun pilot, aku mula mencari info tentang kerjaya tersebut. Antara tanda tanya yang bermain di fikiran ialah di mana dia harus belajar. Ada ke kolej khas untuk melahirkan juruterbang kat Malaysia ni. Apakah syarat-syarat untuk belajar menjadi juruterbang. Syarat dari segi pendidikan, syarat dari segi fizikal dan sebagainya. Berapa kos untuk belajar untuk mendapat lesen juruterbang. Semuanya aku inginkan jawapan.
Bagai si mengantuk disorongkan bantal, aku terus bersetuju apabila ditawarkan tugasan untuk membuat liputan ke Malaysian Flying Academy (MFA)yang terletak di Lapangan Terbang Batu Berendam Melaka.
Rupa-rupanya sudah lama MFA ini ditubuhkan. Ia mula ditubuhkan pada tahun 1983 dan sejak itu ia menjadi institusi utama dalam mengeluarkan juruterbang-juruterbang muda yang berkebolehan dan berkelayakan sebagai seorang juruterbang yang cekap. MFA adalah akademi utama yang mengeluarkan juruterbang berlesen di Malaysia. Selain daripada MFA terdapat 2 lagi akademi penerbangan di Malaysia. Masing-masing terletak di Kota Baharu dan Langkawi.



Walaupun juruterbang wanita mula menerbangkan pesawat pada 40 tahun yang lalu, juruterbang wanita masih lagi tidak ramai jumlahnya di dunia. Daripada 130,000 orang juruterbang di dunia, hanya 4,000 orang adalah juruterbang wanita.
Angka tersebutlah yang mahu diubah oelh MFA. Ia mahu menempa kejayaan dalam melahirkan lebih ramai juruterbang wanita.
Inilah masanya untuk gadis-gadis remaja menyedari bahawa tanggungjawab menerbangkan pesawat tidak bergantung kepada jantina malah mereka juga boleh mencapai apa yang mereka cita-citakan,
Ramai gadis tidak sedar bahawa menjadi seorang juruterbang wanita adalah satu pilihan pekerjaan buat mereka dan kita (MFA) mahu mengubah persepsi tersebut dan menolong mereka dalam menceburi banyak peluang pekerjaan di dalam industri ini,
ujar Pengetua MFA, Kapten Stephen Michael Terry.



Dalam 3 dekad yang lepas, MFA telah berjaya melatih dan terus melatih juruterbang-juruterbang untuk syarikat penerbangan utama seperti Malaysia Airlines, singapore Airlines, AirAsia, Silk Air, Jetstar Airways dan Air Mauritius serta Rejimen Udara daripada Polis DiRaja Malaysia.



Alumni juruterbang MFA datang daripada pelusuk dunia seperti daripada Australia, Porugal, Perancis, Hungary, Maldives, Mauritius, Myanmar, Iraq, Iran, Libya, Emirates Arab Bersatu, India, Indonesia, Sri Lanka, Taiwan, Thailang, Hong Kong, Finland, japan, Oman, Yemen, singapore dan negara Malaysia sendiri.
Sehingga kini seramai 47 juruterbang wanita telah menamatkan latihan daripada MFA. 3 orang lagi bakal menamatkan latihan pada bulan Mac 2014 yang akan menambahkan angka bilangan kepada 50 orang juruterbang wanita.



3 orang bakal juruterbang bertauliah ini ialah Lim Ju Lian, Nuzhat Tabassum Islam, dan Sima Ghanouni Moghaddam.
Lim Ju Lian, berasal daripada Kuala Lumpur berpendapat bahawa menrbangkan pesawat memberikan beliau suatu kepuasan dalam diri. Beliau yang berusia 24 tahun adalah pemegang ijazah dalam Grapic Design mahu membina keberanian dan kekuatan dalam diri dan beliau menemuinya di dalam kerjaya ini yang mencabar dan penuh persaingan.
Nuzhat Tabassum Islam, 20 tahun, gadis yang berasal daripada Bangladesh telah bercita-cita menjadi seorang juruterbang semenjak di bangku persekolahan lagi. Beliau mula meminati kerjaya ini apabila sering mendengar cerita tentang juruterbang yang begitu mengujakan daripada guru sekolah menengahnya yang berpengalaman menjadi juruterbang tentera.
Seorang lagi bakal menjadi juruterbang wanita dalam masa terdekat ialah Kadet Sima Ghanouni Moghaddam. beliau yang berasal daripada Tehran adalah pemegang Diploma Sains dan pemegang ijazah dalam bidang biology dan bahasa Jerman. Gadis berusia 31 tahun ini sebelum ini berkerja sebagai Pegawai Jualan di sebuah syarikat pengeluar kenderaan eletrik, tetapi cita-citanya yang selalu ingin terbang di awan biru membuatkan beliau menjejakkan kaki di MFA ini.
Jadi kepada gadis di luar sana yang sukakan cabaran dan mempunyai keberanian, kerjaya anda mungkin di sini. Untuk memasuki MFA ada kelayakan akademi minima yang diperlukan. Calon juruterbang mestilah belajar di dalam aliran sains dan mendapat 5 kredit dalam 3 mata pelajaran pilihan iaitu Bahasa Inggeris, Matematik dan Fizik.



Satu lagi perkara yang harus dirancang dengan rapi untuk memasuki MFA ini ialah tentang kos pendidikan. Kos pembelajaran untuk menjadi seorang juruterbang yang bertauliah ialah sebanyak lebih kurang RM270 ribu untuk sesi selama 18 bulan. Ini termasuk semua perkara seperti penginapan hostel yang berhawa dingin, makanan dan bantuan pembelajaran. Kos menjadi agak tinggi adalah disebabkan kos minyak pesawat yang berkualiti tinggi dengan berharga tinggi.
Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi:
Ms. Chua Airin
Malaysia Flying Academy Sdn Bhd
Email: enquiries@mfa.edu.my
Tel: 06-3174026
Anda bioleh juga melawat laman web MFA di www.mfa.edu.my ataupun boleh ke page Facebook MFA: https://www.facebook.com/malaysianflyingacademy untuk info lanjut.
Dulu lepas habis SPM ada bercita-cita dan siap mohon MFA di Melaka. Dah dapat tawaran tapi terpaksa tolak, minat masih ada, dok tengok video dekat YouTube je hehe

Afiq Aimannaaim recently posted..Plugin Wajib Untuk WordPress
boleh lg tu nak teruskan niat… heheheh
Kalau belajar aliran akaun boleh jadi pilot tak? Sebab aliran akaun tak ada subj fizik 🙁
Rasanya x boleh. Tapi adik boleh double check dengan diorg
kalau aliran sastera boleh ke nak jadi pilot
rasanya susah sikit kalau aliran sastera. sbb nnti kat sana dia akan belajar sains
ohhh..untunglah diorang kannn..

titan recently posted..Ini sebabnya saya suka benar tulis blog.
memang untung.. tp untuk aweks yang berumur 30 tahun ke bawah la.. kalau yang umur lbh 30 tahun syarikat penerbangan dah tak nak ambik kerja
tapi peluang kerjaya wanita sebagai juruterbang susah sikit berbanding lelaki. malaysia airlines tak terima juruterbang wanita. rata-rata yang saya kenal majority tak dapat kerja lagi. 🙂

izzati recently posted..SEWA MOTOSIKAL MURAH DI KRABI
ya betul.. MAS setakat ini tak ambik juruterbang wanita..
tpi kenapa ?why?why?why?
Setakat ini bawa kapal terbang didalam Play Station sahaja. 🙂

akubiomed recently posted..Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014
kalau bro nak rasa pengalaman bawak kapal terbang, bawak yg simulator punya pon ok..
Dulu ada mimpi bawa jet pejuang kononnya kendian singgah rumah awek kejap buat surprised dah jadi pilot.

Rumah awek masa tu dekat tepi padang sekolah aja.Jadi parking jet kat padang aja..
Mimpi aja..
Sekarang kerja gomen aja bro
Alhamdulillah 😉
Mohd Azrin bin Abu Bakar recently posted..AKU MESTI PERGI ke #SBB2014 #SBBYEOS2014
waaahhhh.. sangat klasik mimpi bro… hehehehe
Bestnya dapat jadi Juruterbang… Teringin nak pandu kapal terbang, tapi gayat.. hehehe

Anuar recently posted..Debaran Kejohanan Catur Sukan IPT (SUKIPT 2014) Semakin Dirasai
hehehehe.. dah biasa tak gayat la bro…
aku ingat nak jadi juruterbang pulak la lepas ni…haha

Jamian Sarif recently posted..CRAEZ CAFE MENJANJIKAN MAKANAN TERBAIK.
hahaha.. bro nak ambik lesen lps.. tp bro nak keje susah sikit sbb mas, airasia, malindo tak nak pilot umur lebih 30 thn. kalau aku ok la sbb muda lagi
kena bagitau awek-awek kat pejabat ni..

guliroket recently posted..Nasib baik PKNS menang malam tadi.
fokus kat aweks 30 thn kebawah bro. aweks berstatus makcik dah kurang demand
dulu teringin jugak nk jadi pilot…

apakan nasib…
Manan Qayyim recently posted..Jawapan Jakim : Isu Halal Starbucks & Coffee Bean
sempat lagi bro.. belum terlambat
Gadis dan wanita yang jadi pilot mesti jarang ada masa nak bersosial….

hazman aka species1980 recently posted..HAZMAN vs FOOD – Durian Lagenda LOT 10 HUTONG
ya la.. betul gak tu.. bro jgn pilih pilot sbg peneman hidup tau.. nnti kesepian.. hehehe
[…] pesawat berpuluh ribu jam sepanjang karier beliau, aku akan terus terkenang sewaktu aku melawat Malaysian Flying Academy di Melaka sedikit waktu […]
nak tanya..kalau aliran sastera still bole apply course ni tak? sye umur 18 thun plus..syarat ketinggian minimum brape ye?
aliran sastera rasanya tak boleh dik.. sbbnya kat sini nnti akan belajar Fizik. jika adik nak tahu dgn lbh lanjut adik boleh la menghubungi nombor telefon yang tertera dalam entri tu
saya 17 tahun, dlm aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subject add science, add math & science biasa.. agak2 dua subjek science tu membantu x utk saya masuk MFA?
umur saya skarang 17 tahun.. cita2 nk jadi pilot mmg ada sjk azali lagi.. Tp, saya skarang ni dlm aliran perakaunan, tp ada subjek add science dan add math.. try mintak aliran sains, Tp skolah kejam sgt x bagi tukar.. agak2 dgn subjek add science tu membantu x?
boleh je kalau adik aina belajar add maths, BI dan Fizik. apa2 pun kalau nak info lanjut adik blh contact nama yang ada dlm entri tu…
saya skarang ni 17 tahun. cita2 nk jadi pilot tu mmg wujud sjk azali lagi.. Tapi, saya dlm aliran perakaunan.. Plus, saya juga ada subjek add science & science biasa.. mintak tukar ke aliran sains ekstrem, skolah kejam Sgt x bagi tukar.. so agak2, dua subjek science biasa & add science tu membantu x?
saya 17 tahun, aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subjek add science, add math, science biasa.. agak2 subjek add science dan science tu membantu x untuk saya masuk MFA?
saya 17 tahun, dlm aliran perakaunan.. Tp saya juga ada subjek add science, add math, science biasa.. agak2 subjek add science dan science tu membantu x untuk saya masuk MFA?
Nak tanya, berapa lama ambil masa utk belajar jadi pilot ni ? Dan syarikat apa yg tawarkn pilot wanita ?
masa yang diambil lebih kurang 2 tahun. ttg syarikat tu kena tanya MFA. hubungi no telefon di dalam entri ni
Kalau aliran sastera, boleh tak apply jadi pilot? Saya 17 baru nak ambik spm tahun ni. Sbb saya tak ambik add math & sains tulen. Saya cuma ada sains je, boleh ke?
Kalau aliran sains biase boleh x..sebab arwah ayah saya dlu pilot tentera kapten rosli kadir…saya minat pilot…kalau arwah masih ada blh la dia tlong…
alira sains ok kot. cuba call no kat dlm artikel saya tu. tanyakan sendiri. mana tau kot2 diorg blh tlg..
cbe la risik2
ketingggian minimun untuk juruterbang berapa ya ? ketinggian saya kurang dari 5 kaki 4 inci . boleh jadi pilot or not ?

hazirahsobli recently posted..Pernah Fobia??
sebaiknya untuk kepastian boleh hubungi nama dan no hubungan yg saya bg dlm entri sy tu..
saya bercita2 besar dalam bidang ni. tapi base perniagaan pula tapi bolehkan belajar sains dan berkaitan masa kat dalam nanti