Tabung Haji dah isytiharkan agihan keuntungan untuk penyimpannya bagi tahun berakhir 2019.
Alhamdulillah. Dapatlah 3.05%. Ianya lebih baik daripada agihan keuntungan untuk tahun 2018 iaitu hanya 1.25%.
Syukur..! Dengan keadaan ekonomi Malaysia dan dunia yang agak lembab, dan dengan masalah dalaman Tabung Haji yang baru distrukturkan semula, agihan tersebut dikira ok lah.

Lagipun simpanan Tabung Haji ni bukanlah pelaburan yang dijanjikan pulangan yang tinggi. Risiko pelaburannya pun tidaklah tinggi. Jika dilihat dari kaedah pelaburan, tingginya risiko pelaburan bermakna pelabur mempunyai potensi untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi.
Tinggi risiko = tinggi pulangan –> ini sifir pelaburan…!
Jadi amatlah tidak logik, jika kita melabur di tempat yang rendah risiko, tetapi kita mengharapkan pulangan yang tinggi.. Ini tidak mungkin.
Skim cepat kaya bolehlah.. itu pun orang-orang yang dahulu melabur (upline) sahaja yang dapat berkali ganda untung. Yang lewat masuk ni biasanya akan tersontot..! hehehe
Ya.. Kalau nak ikutkan memang agak rendah la pulangan sekitar 3% ni. Pulngan ni dalam range simpanan Fixed Deposit (FD) jer. Malah kalau simpan kat FD, ada FD yang boleh janjikan pulangan lebih banyak.
Pulangan ini dikira rendah sebab rasanya kadar inflasi negara agak tinggi. Ini bermakna jika kadar inflasi melebihi 3% maka pulangan sebenar adalah negatif. Baik simpan duit bawah bantal jer.. Macam tulah gambarannya..
Kadar inflasi setakat Disember tahun 2019 adalah 1%, mengikut apa yang dilaporkan oleh bekas Menteri kewangan Lim Guan Eng (https://www.malaysiakini.com/news/508067). Tak tahulah realistik ke tidak kadar 1% tu kalau nak banding dengan keadaan sebenar yang rata-rata harga meningkat naik daripada tahun sebelumnya.
Ini pengiraan pulangan sebenar (real return)
Kadar pulangan – kadar inflasi = pulangan sebenar
Jadi kalau kadar inflasi 1% maka pulangan sebenar adalah 2.05% sahaja.
3.05 – 1 = 2.05%
Harap-harap Tabung Haji akan menjadi semakin baik selepas penstrukturan semulanya ini nanti. Sebab ada penyimpan di luar sana, memang tak akan keluarkan duit simpanannya. Sebabnya mereka terasa menyimpan di Tabung Haji ni sebagai salah satu tanggungjawab mereka untuk memperkasakan Tabung Haji.
Bayangkan jika semua orang rasa tak bagus menyimpan di Tabung Haji dan semua keluarkan duit simpanan mereka dari sana. Dengan dana yang terhad, apa jer yang Tabung Haji boleh buat untuk memberikan pulangan yang agak selesa kepada penyimpan?
Ini bukan menjadikan Tabung Haji bertambah baik, malah akan bertambah teruk. Dan ini akan memberi kesan kepada bakal haji yang banyak bergantung kepada subsidi Tabung Haji untuk mereka menunaikan fardhu haji apabila giliran mereka sampai kelak.