Kaki Bengkak Tiba-Tiba… Apa Puncanya?

5
1572
bengkak pada tulang kering

Cerita lama… Cerita bulan puasa itu hari…

Kaki aku tetiber bengkak… Di bahagian depan. Betul-betul atas tulang kering. Korang tau kan apa itu tulang kering.. ke korang panggil lain tulang tu?

bengkak pada tulang kering
bengkak pada tulang kering

Alkisahnya ia bengkak tiba-tiba. Agak besar pulak tu. Sengal semacam jer. Sampai suhu kawasan yang bengkak tu dah jadi panas. Risau gak… Takut ada nanah jer. Sebab biasanya kalau bengkak dan suhu sekitar tempat bengkak panas, ada nanah kat dalam.

Terfikir jugak… Aku ada tersepak apa-apa ker? Macam tak boleh recall pulak. Sebabnya kebanyakan masa di buan puasa tempohari aku banyak habiskan masa kat rumah je. Jaga anak yang bongsu tu. Saja tak nak hantar ke rumah pengasuh.

Sebabnya bulan puasa tak banyak pun appointment dan event yang perlu dihadiri. So, menulis dari rumah pun boleh. Jimat sikit bajet bulan tu sebab tak perlu bayar pengasuh. Duit tu boleh gunakan untuk perbelanjaan hari raya.

Aku sebenarnya cuak jugak dengan bengkak ni. Sebab ia betul-betul kat tempat tulang aku yang kena tebuk akibat accident 10 tahun yang lalu. Risau takut puncanya daripada situ.

Sampai satu tahap bengkak tu menyebabkan aku tak boleh solat dengan betul. sebabnya aku tak mampu untuk duduk antara dua sujud. Ini memang mengganggu aku untuk solat Terawih.

Lepas 3 hari aku dah memang tak tahan, aku buat keputusan untuk jumpa doktor. Doktor cek kaki aku. XRay bagai. Jumpa la tanda tulang aku yang ditebuk tu. Dia terus tanya. Bila aku cerita, plot terus jadi lebih suspen.

Doktor buat konklusi:

Bengkak terjadi disebabkan 2 keadaan. Yang pertama ia adalah bengkak biasa yang terjadi akibat kuman yang masuk dalam badan. Yang kedua… yang kedua ni memang aku pun ada agak tapi aku cuba untuk menidakkan sebab memang au tak nak benda tu berlalu.

Sebab yang kedua… Kuman tu memang dah lama duduk dalam tulang aku yang ditebuk dulu. Dan sekarang baru dia keluar untuk ganggu sistem badan dekat situ.

Oleh kerana sebab yang mana satu di antara keduanya itu belum dapat dipastikan, maka doktor ada 3 langkah rawatan:

1. Doktor bagi antibiotik untuk hapuskan kuman tu. Jika berhasil maknanya memang betullah itu kuman biasa yang masuk ke dalam badan.

antibiotik
antibiotik

2. Jika rawatan pertama tadi tidak berjaya, bengkak masih lagi tidak surut selepas seminggu, aku akan dirujuk kepada hospital pakar yang aku pilih. Rawatan di situ nanti akan lebih intensif. Sebab itu dah berkemungkinan besar disebabkan oleh kuman dalam tulang.

3. Jika tidak berhasil juga, aku akan menjalani pembedahan. Tulang yang dijangkiti itu akan dikikis untuk membuang kuman yang bersarang di situ.

Bila sampai option ketiga tu aku dah mula cuak. Parah woo kalau main bedah-bedah ni. Bukan senang nak baik semula lepas tu. Pengalaman aku masa dirawat dek kerana accident dulu dah cukup mengajar aku. Serik dah!!!

Jadi aku dengan suspennya makanlah antibiotik tu. Ambik option pertama dulu. Memang aku doa setiap hari jangan sampai masuk option kedua apatah lagi yang ketiga. Kena pulak bulan puasa… Memang aku gigih berdoa.

Berdoa merupakan salah satu ibadah yang disukai Allah
Berdoa merupakan salah satu ibadah yang disukai Allah

Lepas seminggu, alhamdulillah. Bengkak beransur surut. Ternyata bengkak disebabkan kuman biasa jer. Syukur sangat. Mungkin memang sebab betu ia kuman biasa.. Ataupun mungkin sebab doa dibantu pula doa di malam Lailatul Qadar, itu tak siapa pun tahu. Terima kasih Allah.

Loading

5 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge