Wednesday, May 10, 2023
HomeUncategorizedKalau Aku Kaya

Kalau Aku Kaya

Kalau aku kaya… Apa nak buat ya kalau aku kaya?

kalau aku kaya - wang banyak.jpg
Kalau aku kaya dan banyak wang…

Aku sebenarnya dipersimpangan dilemma. Mampukah aku menjadi kaya? Bukan aku negatif mengatakan yang aku tidak boleh menjadi kaya. Tetapi apa yang aku fikirkan mampukah aku menerima ujian sewaktu aku menjadi kaya nanti.

Ujian dalam bentuk kekayaan aku rasa lebih bahaya kalau nak dibandingkan dengan ujian kemiskinan. Kalau kita susah, tidak cukup duit misalnya, kita bisa ingat kepada Pencipta kita. Tapi kalau kita banyak duit, belum tentu kita bersyukur kepada Allah.

Itu yang aku takut. Sebab dalam Al Quran Allah jelas memberi amaran:

Sekiranya kamu bersyukur, pasti Aku akan menambah (pemberian-Ku) kepada kamu, tetapi sekiranya kamu kufur sesungguhnya azab-Ku amatlah pedih” – Surah Ibrahim, Ayat 7

 

Namun ujian kemiskinan juga tidak kurang hebatnya. Jika tidak masakan ada hadith (ada yang mengatakan hadith ini dhoif) yang mengatakan yang kefakiran itu menghampiri kepada kekufuran.

Kalau aku kaya… Aku ingin menjadi orang kaya yang dermawan. Itulah doa yang seringkali aku titipkan di setiap munajat aku kepada Allah. Malah itulah doa yang selalu aku kirimkan kepada kawan-kawan yang ke Mekah untuk didoakan di depan Kaabah. Sekurang-kurangnya aku boleh juga membawa tagline “Hidupkan Untuk Memberi“.

Mentor aku pernah memberi tips dan petua supaya memberi tahu hasrat kita kepada ibubapa dan minta mereka doakan untuk kita di setiap masa. Sesungguhnya doa ibubapa amat makbul sekali. Redha mereka adalah redha Allah. Namun sayang sekali ibubapa aku telah pergi dahulu sebelum aku. Tidak sempat aku minta mereka doakan supaya aku jadi seorang kaya yang dermawan.

Kalau aku kaya aku ingin menjadi seperti Saiyyidina Uthman Ibn Affan yang memberi banyak harta kearah kemajuan Islam. Aku ingin mencontohi Saiyyidina Abu Bakar As-Siddiq yang menyedeqahkan seluruh harta beliau untuk Islam. Pada suatu waktu beliau menyedeqahkan semua hartanya yang ada kecuali jubah yang dipakainya.

Tuhan juga telah berjanji bahawa tidak akan kurang harta seseorang itu dengan sedeqah. Malah hartanya akan bertambah lagi dengan amalan tersebut. Rezeki akan menjadi murah dengan sedeqah.

Ummat Islam di serata dunia memerlukan bantuan kewangan kita. Di Palestin, di Syria, Mesir, Myanmar, Kemboja dan lain-lain, malah di Malaysia sendiri, ramai yang memerlukan bantuan kewangan daripada kita. Jika kita tidak kaya, bagaimana mungkin kita hendak bantu mereka yang memerlukan ini.

Kalau aku kaya, aku akan wujudkan satu yayasan sendiri. Fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal yang mengalami kesempitan hidup akan aku salurkan bantuan kewangan melalui yayasan tersebut.

Dan yang paling penting, kalau aku kaya aku akan majukan lagi agency perancangan kewangan aku, Synergy Khalifs Advisor.

Aktiviti rekrutment iaitu mencari consultant yang baru untuk aku didik dan kongsikan pengalaman aku supaya menjadi financial consultant yng berjaya akan aku giatkan.

kalau aku kaya - gambar financial consultant.jpg
Financial Consultant yang baru sertai bidang ini perlu ilmu yang mencukupi untuk mereka berkongsi dengan orang ramai

Seminar-seminar taklimat tentang kerjaya sebagai financial consultant dan juga taklimat tentang perancangan kewangan  akan diperbanyakkan. Ini untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang peri pentingnya perancangan kewangan dalam kehidupan terutama perancangan kewangan Islam.

Untuk consultant baru, masalah utama yang mereka hadapi ialah untuk mencari pendapatan di awal pembabitan kerjaya sebagai financial consultant. Aku pun pernah mengalami masalah ini sewaktu mula-mula menceburi bidang ini 10 tahun yang lalu.

kalau aku kaya, satu dana akan aku wujudkan untuk memberi bantuan berupa biasiswa kepada para consultant yang baru membina tapak di bidang ini. Mereka ini akan aku didik degan sistem agensi aku supaya menjadi consultant yang cemerlang di dunia dan akhirat. Aku mau mereka menjadi jutawan Unit Trust dan takaful.

kalau aku kaya - financial consultant.jpg
Dengan Unit Trust kita mampu jadi jutawan

Kalau aku kaya aku ingin menjadi seorang yang memberi pancing kepada orang lain. Aku tidak mahu memberi ikan. Dengan pancing tadi, dan dengan tunjuk ajar yang betul aku berharap yang diberi pancing tadi dapat memancing sebanyak mana ikan untuk selama-lamanya.

Ada banyak istilah kaya sebenarnya. Yang aku bicarakan di atas adalah kaya dari sudut material sahaja iaitu kaya dari sudut wang ringgit. Selain daripada kaya wang ringgit, kaya akhlak, kaya budi bahasa, serta kaya ilmu duniawi dan ukhrawi juga penting.

kalau aku kaya, aku amat berharap sedeqah dan amal jariah yang aku buat tadi, akan terus memberi aku pahala untuk selama-lamanya, walaupun jasadku sudah dimamah bumi. Pahala ini ku harap dapat menyejukkan dan menerangi aku sewaktu berada di alam kubur yang panas dan gelap nanti.

Ku sedar hanya sedeqah amal jariah (dengan pembinaan yayasan), ilmu yang bermanfaat (dengan menyalurkan kepada financial consultant baru dan lama di dalam agensi aku) dan doa anak yang soleh sahaja yang mampu menyalurkan pahala untuk untuk selamanya.

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:

“Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Kalau aku kaya… Kalaulah aku kaya… tidak mustahil untuk itu. Ameen ra rabbal ‘aalameen.

Loading

RELATED ARTICLES

22 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1