Kalaulah Aku Tau Tonton Perlawanan Bolasepak Kat GSC Best Macam Ni…

0
1738

Piala Dunia 2018 dah pun berakhir. Kena tunggu 4 tahun lagi untuk Piala Dunia yang seterusnya. So senyaplah seketika peminat bolasepak. Bolasepak liga Inggeris pun belum mula lagi. So macam krik-krik. Tak tahu nak buat apa.

Kalau masa Piala Dunia bebaru ni, paling tidak yang main Fantasy Worldcup akan sibuk susun pemain yang dipilih. Dengan harapan pemain yang dipilih perform. Dengan harapan pemain pertahanan tidak bolos, dengan harapan pemain tengah banyak assist, dengan harapan pemain penyerang jaringkan gol. Seronok..! Main dengan kawan-kawan rapat. Siapa di kelompok 3 terbawah kena belanja semua. Hahaha.

Nasib baik aku yang seringkali menghuni tempat tercorot dapat buat comeback. 3 pemain aku jaringkan gol pada malam tu. Sekaligus melonjakkan aku keluar daripada zon 3 terbawah. Hahaha. Best..!

Menonton Perlawanan Akhir Piala Dunia Dalam Panggung Wayang

Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018 kali ni agak istimewa bagi aku. Pertamanya sebab aku dapat tengok siaran langsung bersama rakan-rakan di skrin besar Golden Screen Cinema (GSC). Ya tempat korang pergi tengok wayang tu…

Tapi untuk perlawanan akhir Piala Dunia 2018 ni, GSC dengan kerjasama Coca Cola khaskan beberapa cinema untuk tayangan siaran langsung Piala Dunia. Best weyh.. Screen besar…! Tempat duduk best…! Ada makan dan minum.. Toilet pun dekat..!

Haaa aku memang rasa untung sangat. Sebabnya kalau tak, confirm aku akan layan kat restoran mamak. So tau la kan.. mesti keadaan kat mamak berlawanan daripada kat GSC ni.

Sebenarnya pada malam tu, peminat bola yang datang untuk layan final kat sini, GSC ada tawarkan tiket khas untuk diorang sebagai sebahagian kolaborasinya bersama salah satu penaja Piala Dunia 2018, Coca Cola. Tiket yang dinamakan Footbal Bundles ini membolehkan peminat menonton di skrin besar di dlam panggung wayang GSC.

Football Bundles juga didatangkan dengan makanan ringan, pom-pom, dan barangan piala dunia edisi terhad seperti T-Shirt dan ikon Coca Cola yang eksklusif tin Matryoshka yang dibuat khas melambangkan negara Russia, hos piala dunia 2018.

Oh ya bukan GSC One Utama jer yang tayangkan Perlawanan Akhir Piala Dunia ni. GSC Mid Valley Gardens dan GSC Pavilion KL juga ada event ni.

Memang best tengok perlawanan akhir kat GSC ni. Rasa macam tengok kat stadium jer. Gambar terang, sistem bunyi yang jelas, dan penonton yang bersorak ramai-ramai tu menambahkan lagi feel tengok bola. Next time kalau ada perlawanan bola penting macam ni, memang aku akan tengok kat GSC ni lagi.

Tuah T-Shirt France 1998

Aku daripada awal sokong pasukan Belgium. Tapi Belgium kandas di separuh akhir. Jadi aku terpaksa beralih ke pasukan kedua aku, iaitu France.

Jersey France 1998 sewaktu France menjuarai edisi Piala Dunia masa tu masih elok di dalam simpanan aku. Ya.. 20 tahun berlalu, jersey tu msih boleh dipakai. Lama kan?

Jersey tu aku beli hasil hasil gaji aku buat praktikal training masa tu. Masa tu tahun ke 3 aku di UIAM. MAsih aku ingat hanya 3 orang jer yang sokong France pada masa tu. kawan-kawan yang lain semua penyokong kuat Brazil.

France menang 3-0. Korang bayangkan betapa seronoknya kami golongan minoriti penyokong France ni. Hahaha. Sukar untuk diceritakan.

Jersey yang sama aku pakai di perlawanan akhir Piala Dunia 2018. Dan France menang lagi. Macam sesuatu jer. Memang ia menggamit kenangan masa belajar dulu. Tahniah France.

Pameran bergerak Coca Cola

Sebenarnya sebelum perlawanan akhir, Coca Cola menyemarakkan lagi semangat Piala Dunia dengan mengadakan pameran bergerak di Pavilion KL dari 6 hingga 7 Julai 2018 yang lalu. Macam-macam aktiviti untuk peminat di pameran tersebut. Dan macam-macam hadiah barangan coke edisi terhad diberikan kepada peminat yang mengambil bahagian.

Pengalaman pertama kali menonton bolasepak di GSC ni memang best. Puas hati sungguh…! Lepas ni aku plan nak tengok perlawanan bolasepak liga perdana Inggeris pulak. Sudah tentu aku tunggu perlawanan Liverpool. Aku kan die hard fan Liverpool (mesti berbulu geng Man Utd baca statement ni.. keh keh keh). Tahun ni semangat Liverpool lain macam. Banyak The Reds invest player baru yang ada nama. Harap dapat la juara BPL season ni. Hehehe…

Loading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge