Monday, May 29, 2023
HomeFinancial Planning & BisnesPasaran Hartanah Selepas Covid-19 | Adakah Ini Masa Sesuai Untuk Membeli Hartanah?

Pasaran Hartanah Selepas Covid-19 | Adakah Ini Masa Sesuai Untuk Membeli Hartanah?

Pandemik COVID-19 telah memberi kesan yang besar kepada ekonomi dunia termasuklah Malaysia. Semua industri “tercedera” kerana wabak yang berpunca daripada makhluk bersaiz zarah ini. Akibatnya banyak kegiatan ekonomi tidak dapat diteruskan seperti biasa menyebabkan bukan sedikit syarikat yang terpaksa menutup operasi malah ada yang terpaksa memberhentikan pekerja.

Antara yang teruk terkesan akibat wabak ini adalah industri hartanah di Malaysia. Langkah-langkah penutupan dan sekatan perjalanan yang dilaksanakan untuk membendung penularan virus itu telah mengganggu pasaran hartanah dan membawa kepada kelembapan dalam aktiviti rundingan dan jualan hartanah.

Bagaimana Covid-19 menjejaskan industri Hartanah Malaysia

Sekarang mari Kita lihat bagaimana pandemik Covid-19 ini memberi kesan langsung kepada industri hartanah Malaysia. Berikut adalah beberapa cara yang lebih khusus di mana pandemik COVID-19 telah menjejaskan industri hartanah di Malaysia:

Pengurangan dalam permintaan

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, wabak ini telah menyebabkan penurunan permintaan untuk hartanah kediaman dan komersial. Ini disebabkan oleh ketidaktentuan ekonomi dan kehilangan pekerjaan yang dialami ramai orang akibat pandemik itu. Orang ramai mungkin teragak-agak untuk membuat komitmen kewangan utama seperti membeli atau menyewa rumah atau pejabat baharu jika mereka tidak pasti tentang masa depan kewangan mereka.

Penurunan harga hartanah

Penurunan permintaan untuk hartanah telah menyebabkan penurunan harga hartanah di Malaysia. Ini boleh menjadi peluang yang baik untuk pembeli yang ingin memasuki pasaran, tetapi ini juga boleh menjadi cabaran bagi penjual yang mungkin terpaksa menerima harga yang lebih rendah untuk hartanah mereka.

Pengurangan dalam urus niaga

Kelembapan dalam pasaran hartanah juga telah mengakibatkan pengurangan dalam bilangan urus niaga yang berlaku. Ini mungkin disebabkan oleh kesukaran melihat hartanah secara fizikal dan merundingkan tawaran semasa wabak, serta ketidaktentuan ekonomi yang dihadapi ramai orang.

Kelewatan pembinaan

Industri pembinaan juga telah terjejas oleh wabak itu, dengan banyak projek mengalami kelewatan akibat gangguan rantaian bekalan dan cabaran untuk mengekalkan penjarakan sosial di tapak. Ini boleh menyebabkan kelewatan dalam menyiapkan pembangunan baharu dan kelembapan dalam pembinaan rumah dan pejabat baharu.

Covid-19 masih  ada di sekeliling kita

Setelah hamper 3 tahun Covid19 menyerang, manusia mula sedar dan mengubah persepsi terhdap wabak ini. Kita semua sedar bahawa sukar untuk kita menghapuskan secara sepenuhnya virus ini. Jadi kita mesti belajar macamana untuk hidup bersama Covid-19. Lalu pelbagai vaksin telah dicipta untuk menguatkan daya tahan badan terhadap virus ini.

Di antara vaksin yang dibeli oleh kerajaan dan diedarkan secara percuma kepada rakyat Malaysia adalah Pfizer-BioNTech, AstraZeneca, dan Sinovac. Vaksin-vaksin ini juga telah menjadi syarat untuk kebanyakan aktiviti yang dibuat khususnya di dalam bidang pelancongan.

Kelembapan ekonomi dunia berlanjutan

Baru sahaja serangan Covid-19 hampir reda, dunia sekali lagi dilanda oleh masalah ekonomi. Inflasi di Amerika Syarikat melonjak tinggi. Ini sekaligus meningkatkan kos di dalam segala aspek.

Untuk mengelakkan kos daripada berterusan meningkat naik, Bank Antarabangsa Amerika Syarikat, Federal Reserve (Fed) telah membuat keputusan untuk menaikkan OPR (Overnight Policy Rate). Ini akan memperlahankan kegiatan ekonomi yang akan menyebabkan produksi berkurangan berbanding dengan permintaan. Ini akan menekan harga menjadi kembali normal.

Langkah menaikkan OPR ini walaupun ampuh dalam menangani kenaikan harga, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada industri hartanah. Apabila interest rate naik, cost of borrowing akan menjadi tinggi. Bank akan mula menaikkan interest rate pada setiap pinjaman yang dibuat dengan mereka. 

Apabila interest rate naik, bayaran semula pinjaman juga akan menjadi tinggi. Ini sedikit sebanyak menjadi bebanan kepada peminjam. Jadi pembeli akan mula menangguhkan ataupun membatalkan hasrat mereka untuk membeli hartanah.

Untuk mengetahui kos keseluruhan pinjaman termasuk berapa bayaran bulanan, anda boleh rujuk kepada pinjaman ini:

Mortgage Calculator (Kalkulator Pinjaman Rumah)

Konklusi

Secara keseluruhan, ekonomi dunia termasuk Malaysia masih lagi suram. Terlalu banyak petunjuk ekonomi yang memberitahu tentang ini untuk kita menidakkannya. Ura-ura Fed akan menaikkan lagi OPR di tabun 2023 nanti sedang bertiup kencang. Apabila Fed menaikkan OPR, hendak atau tidak, kita terpaksa turut sama tindakan Fed tersebut. Sebabnya ekonomi dunia banyak bergantung kepada ekonomi Amerika Syarikat.

Cuma kita harap dań sama-sama berdoa supaya kelembapan ekonomi ini tidak berlanjutan. Kita harap keraaaan Malaysia yang baru akan cuba sebaik mungkin, merencana supaya rakyat tidak terbeban dengan keadaan suram ekonomi ini.

Untuk yang ingin membeli hartanah, nasihat saya, kalian kena buat revision sedikit kepada perancangan kewangan anda. Tengok sejauh mana baik buruknya membeli hartanah pada masa sekarang. Apa impaknya untuk jangkamasa panjang. 

Jika ada banyak tunai di tangan, mungkin inilah masanya untuk kalian membeli hartanah. Namun, jika sebahagian besar dana pembelian adalah daripada pinjaman daripada pihak bank, ada baiknya kalian teliti dahulu kos keseluruhan pinjaman tersebut. Jika peru diteruskan juga mungkin kalian boleh cuba membuat pinjaman yang mempunyai interest berkadar tetap seperti Islamic Loan dan sebagainya.

Untuk pandangan yang lebih terperinci, anda boleh dapatkan pandangan daripada yang lebih berkelayakan seperti Financial Planner dan sebagainya. Tak mengapa kita membuat study lebih sedikit, janji tidak menyesal di kemudian hari.

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1