Thursday, May 25, 2023
HomeFinancial Planning & BisnesKaum Keluarga dan Sahabat Handai.. Membantukah Mereka Dalam Bisnes Unit Trust Kita?

Kaum Keluarga dan Sahabat Handai.. Membantukah Mereka Dalam Bisnes Unit Trust Kita?

Setiap konsultan perancangan kewangan, baik Takaful maupun Unit Trust (Amanah Saham), pada peringkat awal kerjayanya pasti ada sedikit kesukaran untuk menempatkan diri di dalam industry tersebut.

Kalau tanya Abam Hoq berapa lama berada dalam tempoh tersebut, Abam akan memilih angka 3 tahun untuk konsultan membina asas yang kukuh dalam industry.

Pada masa ini banyak suspek perlu ditapisi. Banyak prospek perlu ditemui untuk penerangan produk kewangan serta perkhidmatan.

Dalam tempoh inilah biasanya konsultan akan memasukkan saudara mara dan sahabat handai dalam senarai orang yang perlu ditemui untuk menawarkan produk mereka. Pada mereka, ‘circle of influence’ ini lebih senang untuk dihampiri kerana telah kenal rapat dengan mereka.

kongsilah info unit trust dengan saudara mara dan rakan dengan teknik yang terbaik

Tindakan ini ada baik dan ada tidak baik. Ia bergantung kepada bagaimana saudara mara dan sahabat handai melihat diri mereka. Kalau tanya Abam, abam tidak memilih untuk menghampiri kaum keluarga dan sahabat handai yang rapat.

Abam tak mau kecewa jika kaum keluarga memilih untuk tidak ‘membantu’ Abam dalam karier Abam yang baru bermula. Abam tidak mau kecewa andainya mereka tidak mau menolong diri mereka sendiri untuk membuat perancangan yang lebih bagus dan bersistematik.

Untuk rakan taulan pula, Abam tak mau persahabatan renggang dek kerana sentimen tidak puas hati jika mereka tidak memilih Abam menjadi konsultan mereka. Abam rela kehilangan prospek daripada kehilangan kawan.

Jadi untuk mereka ini, Abam hanya bagitahu yang Abam adalah UT konsultan. Yang selebihnya Abam hanya biarkan mereka sendiri memilih samada hendak melabur dengan Abam atau tidak.

Tapi dalam pada itu, Abam akan akan cuba sampaikan info yang jelas tentang produk yang Abam tawarkan. Apa kepentingan UT ni pada mereka.

Macamana caranya..? Nanti Abam cerita ni posting besok..

Pada yang mengikuti posting UT Abam selama ini, jika nak bertanya secara personal boleh whatsapp Abam di pautan di bawah:

>> http://www.wasap.my/+601151044626/unittrust <<
>> http://www.wasap.my/+601151044626/unittrust <<
>> http://www.wasap.my/+601151044626/unittrust <<

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1