Blog kena HACKED!!! Banyak blog yang kena hari ni. Daripada alumni MYSC antara yang kena adalah Lan Careno, Pencari Makan, Zarin, Shiqeen Sattar. Blogger lain yang aku tau terkena gak ialah Norfanil.
Mesej yang keluar adalah:
Hacked by AnonimousFox
Free Palestine | Free Islam
Death to Zionist
Random Hacked… Sorry… we are here to deliver mesej… not for acts of sabotage… Thanks for understanding
Punca? Aku pun tak tau. Tapi hosting provider GB Network pun kena. Mungkin juga ini sebabnya. Blog-blog di bawah GB Network kebanyakannya kena. Wallahualam.
Blog-blog aku Alhamdulillah. aku ada 3 hosting berbayar dengan 7 domain. Kalau kena “jeng greng” gak tu.

Aku pernah terkena sekali 6 tahun lepas. Masa tu baru jer guna platform WordPress. Memang banyak lagi yang aku tak tau tentang wordpress. Yang aku tau hanya tulis dan publish entri.
Seminggu jugak aku kena. Tak der siapa aku nak mengadu. Hanya submit tiket kepada hosting provider jer. 2-3 kali jugaklah diorang godek blog sohoque.com masa tu sebelum blog pulih.
Nasib baik la tak banyak content yang hilang. So lepas tu aku boleh berblog seperti biasa.
Trafik memang merudum giller. Masa trafik dalam sekitar 300 UV sehari. Lepas seminggu kena hacked, teruk juga nak bagi trafik banyak semula seperti sebelum kena.
Sebab tu bila student alumni MYSC duk kecoh dan takut tentang hal ini aku boleh gelak dan rileks. Pada aku ok jugak kalau kena. At least boleh experience sendiri macamana feel bila kena hacked. Boleh jadi murung wooo.. Hahahaha.
Yang penting siapa yang kena, banyak benda yang dia boleh belajar pasal sekuriti blog sendiri. Dan bila dah pulih dia akan lebih sayang pada blognya.
Cara cegah (preventive maintenance) blog daripada kena hacked atau disuntik dengan malware ataupun virus:
1. sentiasa backed up fail-fail blog korang. Masuk CPanel dan backup
2. Pastikan segera update plugin, theme ataupun wordpress sendiri bila dapat email notification suruh update.
3. sentiasa cek plugin sebelum install. Kalau plugin tak diupdate sekian lama oleh provider dia, lebih baik tak payah instal plugin tu. Jika tarikh update terakhir lebih daripada setahun, tak payah lah guna plugin tu.
4. hati-hati jika nak guna theme yang percuma. cek dulu tarikh akhir theme tu diupdate (sama macam plugin).
5. sentiasa berhubung dengan hosting provider melalui penghantaran tiket ataupun emel supaya mereka kenal kita dan mudah berurusan bila perkara begini terjadi.
6. Install plugin yang boleh hindarkan perkara macam ni. Aku cadang korang boleh guna plugin sucuri. Sebabnya dia punya tapis spam agak ketat dan banyak function.
Haaa tu jer preventive maintenance setakat yang terlintas dalam kepala aku sekarang. Nanti kalau ada tambahan aku tambah jer kat list tadi.
Moga bermanfaat…!
Fuhhh ngeri jugak kalau kena hacked ni kan, nak² pulak banyak entri hilang.
tu sebab kena selalu back up. tp biasanya hosting provider sentiasa back up. kalau nak makesure, kita sendiri kena ambik langkah proaktif backup sendiri
Tq bamhoq.. nice sharing…
Tq bam
blog newbies tk kena kan..huhuhuhu
Blog hok ado [dot] wordpress blkg x kena. X yah nak gelenyar
Tulah, baru paham perasaan org yang blognya kena hack..macam orang tersayang tengah sakit tenat lak.. thankz 4 advice.
hahaha tau tak per
Alamak.. siapa punya kerja pulak kali ni..
Hebatnya orang tu.. boleh hack blog orang sesuka hati..
anuar recently posted..Sifu FBAds Student Irfan Khairi yang sangat cemerlang
Alamak, ada yg kena hack rupanya..
bahaya hacker smakin pandai nk ceroboh…
huhu..
dah penat kena hack.
so..guna hosting yang bagus sikit.
guliroket recently posted..Malaysia menang lawan Korea Selatan – Piala Sudirman 2015
Hahaha lu dah otai… kena hacked tak jejas
tak po,kena hack cari abe hoq yang ensem je ,pasti di tolong hahahha
Hahaha bab2 keno hack keno cari Bampis sue… hahaha
paling teruk pernah kena, semua database ilang..huhuhu..gile tak backup punya pasal
reezluv recently posted..Belajar Memanah Di Ipoh
hahaha aku nasib baik tak kena
Banyak yang kena bikin balik bila kena hack….
Panduan Malaysia recently posted..Permohonan Program Asasi Sains UMK MARA 2017
Blog-blog otai biasanya yang kena ni
Khairul Zamri recently posted..Glory Beach Resort – Resort Terunggul di Port Dickson
Saya berdoa semoga website saya selamat selamanya. Hehe.
Aameen