Kedai Spek Murah Tak Masuk Akal Di Tengah Bandaraya KL !

0
1152
cof

Spek murah? Di tengah KL? Wujud ke? Baca lanjut kalau nak tahu..!

Aku sebenarnya tak der masalah sangat dengan mata ni… Cuma satu jer masalah aku. Aku silau malam. Kalau drive kereta memalam memang aku agak failed. Tambah-tambah lagi kalau drive malam dalam cuaca hujan. Memang tak tahan silaunya..!

Rabun dekat dan rabun jauh memang aku rasa tak der lagi sebab elok jer aku tengok pemandangan dan membaca buku. Tengok awek ok jer nampak lawa… (Ini aku rasa sebelum ni la..)

Sehinggalah aku menemani wife aku untuk cek mata dan buat spek. Beliau dah ada rabun jauh dan dekat. Dan hari tu beliau buat lah spek baru. Kosnya RM1500 lebih. Buat spek Rabun jauh dan dekat sekali siap dengan boleh tukar jadi gelap bila kena cahaya matahari yang terang.

RM1500.. Hurm mahal jugak kos untuk buat spek ni rupanya. Tapi pada masa tu aku tak der pulak buat research ataupun cari kedai spek murah di KL ni..

Oh ya.. Kami ke sebuah kedai cermin mata yang beroperasi di salah sebuah lot di dalam pasaraya Giants untuk buat spek tu. Spek wife aku tu tak dapat terus tau.. Seminggu lepas tu baru dapat.

Aku nak buat jugak spek untuk cover silau pada mulanya. Tapi bila tanya kos, diorang cakap kena RM400 lebih.. So aku tangguh dulu. Sebabnya aku rasa ianya bukan betul-betul jadi keperluan aku lagi buat masa ni.

Eye Smart Vision

cof

Bebaru ni aku dengar ada kedai spek murah di KL. Kat Sungei Wang dengarnya. Dengar pun daripada geng blogger la jugak. Dah ramai geng-geng blogger Kelab Blogger Ben Ashaari yang datang dan tempah spek kat sini.

Nama kedai yang aku maksudkan adalah Eye Smart Vision yang terletak di Lot G070. Setelah aku confirmkan alamat kedai tersebut di blog Ben Ashaari, 2 minggu lepas aku pun pergilah ke sana.

Sungei Wang ni tempat aku lepak dan tengok wayang masa belajar kat Universiti dulu. So aku arif sangat pasal Sungei Wang ni. Cuma dah bertahun dah aku tak ke sana. Tapi yang aku pasti, nak pergi ke sana memang kena tempoh jammed. Tu yang tak larat tu..

So aku pergi naik MRT jer. Aku bernasib baik, MRT ada stesen perhentian kat Sungei Wang. So, akhirnya sampai la jugak aku kat kedai spek ni.

Eye Smart Vision ni kedai besar rupanya. Kat level tu sahaja ada beberapa kedai yang bernaung di bawah jenama Eye Smart Vision ni. Kedai-kedai tu adalah Eye Vision Concept yang terletaj di lot G079 dan Eye Pro Vision di lot G111. 

Kedai ni dah menawan hati aku di pandangan pertama aku. Apa tidaknya, banyak giller spek kat sini. Dari jauh dah kelihatan spek-spek yang tersusun rapi untuk dipilih pelanggan di dalam cermin pameran.

pelbagai pilihan cermin mata di Eye Smart Vision
pelbagai pilihan frame untuk cermin mata di Eye Smart Vision

Menurut salah seorang owner dia, William, ada 10,000 jenis frame spek kat sini. Perghhhh… tak habis survey beb kalau banyak macam ni..!

3 Tahniah yang aku dapat

So selepas melihat secara sekali lalu spek-spek yang dipamerkan, aku terus ke niat sebenar aku datang ke situ. Ya aku nak buat spek anti silau. 

William sendiri yang memberi aku konsultansi. Aku yang buta pasal spek ni memang kagum giler ar dengan penerangan si William ni. Mungkin sebab pengalaman luasnya dalam industri spek ini.

Cara penerangan William sangat aku suka. Penerangan dia simple tapi jelas. Tak meleret-leret. Siap dengan demo. Jadi walaupun aku ni tak pernah pakai spek, penerangan William yang simple dan straight to the point tu membuatkan aku paham tentang perihal spek dan Rabun ni.

mendapat penjelasan yang tererinci sementara menunggu cermin mata siap..!

Sebelum aku proceed, diorang cek mata aku dulu nak tengok sejauh mana silau aku. Selesai periksa mata aku semua, William datang seraya mengucapkan 3 kali tahniah…

Tahniah pertama yang aku dapat adalah sebab rabun silau aku agak kuat.. Tahniah kedua sebab aku pun dah ada rabun dekat. Dan tahniah yang ke tiga adalah aku pun ada rabun jauh. Hahaha… Demmm…!

Terkejut jugak aku bila dapati aku ada rabun jauh dan dekat tu. Sebabnya aku rasa macam biasa jer. Tapi bila fikir faktor usia aku, aku tak boleh cakap apa-apa lah.. Dah melangkau usia 40-an, mata aku sudah pasti tidak seperti mata orang-orang muda.  Tambahan pula aku memang sentiasa hadap laptop dan smartphone.. 

Huh.. Cepat giller siap..

Selepas berfikir sejenak, aku bersetuju untuk buat spek untuk ketiga-tiga masalah rabun aku tadi. Untuk menjimatkan kos, aku buat 2 spek. 1 spek untuk rabun jauh sekali dengan anti silau. Spek kedua adalah untuk aku membuat kerja-kerja menggunakan laptop dan membaca ataupun untuk masalah rabun dekat.

Aku diberitahu untuk menunggu seketika kerana spek tersebut akan siap dalam masa 30 minit.. 

Huh..! Biar betik..!!! Spek wife aku hari tu seminggu kot baru siap. Macam tak caya jer nih..!

Harga tak masuk akal..!

Korang tau tak kos spek mata aku tu berapa?

Hahaha.. Mesti korang tak tau kan… Dan kalau aku suruh korang teka pun mesti korang tak terfikir harganya macam tu..

Ya memang tak masuk akal..! Spek rabun jauh sekali dengan anti silau tu harga dia hanya RM120. Harga spek rabun dekat aku pulak RM65 jer..!!! Harga siap sekali dengan frame tau.. Demm..! Macam tak caya jer.

Menurut William harga serendah itu diorang boleh bagi sebab diorang memang supplier besar lens dan frame. So diorang memang kurangkan margin keuntungan supaya pelanggan mereka dapat membuat spek yang mereka ingini dengan harga yang mampu milik.

Mereka percaya walaupun margin keuntungan rendah, tapi dengan servis dan harga yang terbaik, mereka akan dapat menarik ramai pelanggan setia ke kedai mereka. Jadi secara tidak langung mereka dapat membantu orang ramai disamping dapat mengekalkan keuntungan dengan cara menambahkan volume pelanggan mereka.

Bijak..! Memang sangat bijak strategy ni…!

Lensa Alpha Blue 40

Sementara menunggu tu William sempat terangkan dengan lebih lanjut tentang jenama terkenal lens mereka, alpha blue 40 lens. Jenama ini mereka dah patentkan dan tak ada kedai lain yang boleh gunakan nama ni. Kalau ada pun kedai lain guna, itu adalah yang fake..

Apa keistimewaaan Alpha Blue Lens 40 ni..?

Untuk makluman, lens Alpha Blue 420 ini selain daripada berkemampuan untuk tahan calar, anti silau dan juga kalis air, ianya juga berfungsi sebagai penghalang UV420. Dimana istilah UV420 itu sendiri bermakna pancaran spektrum 420 nanometer yang terhasil daripada gadget-gadget seperti monitor LCD, smartphone, tablet dsb.. dan dari aspek kesihatan ia mampu memberi kesan buruk kepada mata sekiranya mata kerap terdedah kepada UV420 itu.

Rasmilah aku sebagai jejaka berkaca mata.. 

So selepas 30 minit, siaplah spek aku. Waaaah macam tak caya jer aku dah jadi jejaka berkaca mata. Hehehe.. Tapi bila tengok kat cermin aku pakai spek ni. Memang ada jugak manisnya.. Keh keh keh.. Nampak macam educated pulak..!

keh keh keh.. bajet educated sikit..

So korang kalau nak buat spek untuk korang ke.. Ataupun untuk anak-anak korang ke, aku memang syorkan korang datang ke kedai ni. Selain daripada harganya yang murah tak masuk akal, servis dan penerangan yang diberikan adalah yang terbaik. Boleh pulak siap dalam masa 30 minit..

Cuba korang cakap, apa lagi sebab yang menghalang korang daripada datang kedai spek murah KL ni? 

Dengan harga semurah itu, korang boleh jer buat 2-3 spek yang berlainan design dalam masa setahun. Ya la.. RM65 jer kot..!

Ni haa address dan contact no William :

Alamat: 070 Grd Flr, Sungei Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Emel: eyesmartvision@hotmail.com

Telefon: 016- 377 1304 (William – General Manager)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here