Thursday, March 16, 2023
HomeUncategorizedKekal Fokus Dan Jangan Berputus Asa

Kekal Fokus Dan Jangan Berputus Asa

Jangan putus asa…

Sebenarnya video ini dah lama aku tengok. Pertama kali aku tengok ialah semasa menghadiri kursus motivasi yang disediakan oleh syarikat tempat aku bernaung. Tetapi pada masa itu, aku belum berkecimpung di dalam arena penulisan blog lagi. Jadi proses perkongsian menjadi agak terhad.

Sehinggalah pada minggu lepas ada seorang sahabat yang menghantar link video ini kepada aku.

Video ini mengisahkan tentang Brock Kelley, seorang pemain Bolasepak Amerika (American Football) yang paling berpengaruh di dalam pasukannya. Ia dipanggil oleh jurulatihnya untuk merangkak sambil membawa seorang rakan seberat 160kg di atas belakangnya. Beliau pada mulanya hanya sanggup merangkak dengan keadaan begitu untuk 50 meter tanpa membawa orang di atas belakangnya. Namun apabila dicabar oleh jurulatih untuk membawa sahabatnya Jeremy dengan merangkak sejauh 50 meter, beliau dengan berat hati menerima cabaran dengan janji akan membuat yang terbaik.

Saksikan video ini dahulu:

Pengajaran yang aku perolehi daripada video pendek ini:

Buat yang terbaik

Apabila Brock sudah berjanji untuk memberikan satu usaha yang terbaik untuk sampai ke titik penamat sejauh 50 meter, dia memberikan 150% usaha terbaik dalam dirinya

Jangan putus asa

Jika semasa Brock merasa tangannya sakit yang teramat akibat membawa Jeremy dengan merangkak sebegitu jauh itu mengambil keputusan untuk berhenti dan berputus asa maka kejayaannya itu tidak akan dicapai. Namun dia tekadkan azam dan terus merangkak sehingga ke garisan penamat.

Fokus

Brock amat fokus dengan usaha yang dilakukan. Dia tidak berfikir perkara lain selain daripada sasarannya untuk sampai ke destinasi. Dia juga tidak perlu melihat sekeliling. Dia tetap sampai walaupun dengan mata yang tertutup.

Ikut arahan ketua

Jika Brock tidak mendengar kata-kata semangat daripada jurulatihnya untuk berterusan merangkak sehingga destinasinya, maka Brock akan gagal.

Sekali sudah membuat keputusan, teruskan dan jangan berpatah balik

Sedari Brock membuat keputusan menerima cabaran jurulatihnya, dia tidak pernah terfikir untuk berpatah balik sehingga sampai ke destinasi.

Siapa tahu klip video di atas disunting daripada movie apa?

Video di atas sebenarnya amat berkesan untuk menaikkan semangat orang yang berkerja seperti aku iaitu sebagai financial consultant. Kerja seperti aku adalah kerja freelance. Tiada masa kerja yang tetap seperti orang yang berkerja makan gaji.

Menceburi bidang ini memberi peluang kepada kita untuk memperolehi pendapatan yang tak mungkin akan kita dapat jika kita berkerja makan gaji. Pendapatan adalah tanpa had. Kita sendiri yang menetapkan sasaran pendapatan kita dan merangka strategy untuk mencapai sasaran.

Namun untuk memberi kita bekal ke arah sasaran kita itu, kita perlulah mempunyai elemen jiwa di atas. Buat yang terbaik,  Ikut cakap ketua, Kekal Fokus Dan Jangan Berputus Asa.

Loading

RELATED ARTICLES

14 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1