Selain daripada rakan-rakan bloggers dan peniaga online yang kenal aku, ada di antara student yang tak pernah jumpa aku pun datang ke kelas belajar buat blog dan SEO aku. Ada juga yang datang datang daripada luar KL.
Bila ditanya macamana diorang ni boleh tahu tentang sesi perkongsian aku ni, rata-rata akan menjawab mereka cari dengan menaip kata kunci “Kelas Belajar Buat blog” kat kotak carian Google. Link result yang keluar tu mereka akan klik dan baca. Info kat dalam tu lah yang membawa mereka ke kelas perkongsian aku ni.
Itulah SEO… Iaitu satu seni bagaimana korang optimisekan blog dan penulisan korang bertepatan dengan kehendak Google untuk membolehkan kata kunci yang korang ingin dijumpai pembaca menduduki tempat teratas di enjin carian google.
Alhamdulillah. 3 muka surat pertama hasil carian Google dengan keyword tersebut di monopoli oleh blog-blog yang tuan punyanya pernah datang ke perkongsian pernah yang aku buat. Setakat entri ni ditulis la ek… In the future resultnya mungkin berubah disebabkan oleh beberapa faktor. Itu cerita lain la pulak.
Bukan aku mendabik dada. Tapi nak bagitau itulah result yang korang akan dapat hasil daripada pengorbanan masa dan wang ringgit korang datang ke kelas santai perkongsian MysCreative kelolaan aku dan sahabat baik aku Hafiz Rahim.
Kelas Belajar Buat Blog dan SEO (WordPress)
Secara ringkasnya, kelas yang diadakan secara santai ini adalah untuk blog yang menggunakan platform WP sahaja. Bukan tak mau buat untuk blog plaform blogger/blogspot. jauh sekali mengatakan blog blogspot tak bagus. Tapi aku belajar ilmu blog dengan blog WP. Aku sendiri pun sedari awal memulakan penulisan blog sejak 8 tahun yang lalu memang bermula daripada blog WP.
Pada masa tu semua aku belajar sendiri. Google adalah teman karib aku. Pendek kata bukak jer laptop mesti browser google terpampang di skrin laptop aku.
Masih aku ingat, semangat punya pasal nak belajar, aku pernah tak tidur malam. Bukan tak nak tidur tapi memang aku tak sedar aku dah habiskan malam aku tanpa tidur sebab asyik duk cuba try and error yang tak menjadi-jadi.
Aku mulakan kerja menggodek blog selepas anak dan isteri aku tidur. Biasanya diorang akan selamat beradu pukul 11 malam. So lepas tu aku mulakanlah kerja aku godek blog. Payah sangat masa tu. Ada jer idea nak mantapkan blog tapi tak tau cara.
Selalu la aku cari cara-cara operate WP ni kat Google. Ada jer jumpa entri pasal apa yang nak diketahui. Tetapi penerangan amat memeningkan kepala. Sudahnya aku cuba sendiri jugak. Dan aku jenis yang tak suka berhenti sehingga aku Berjaya.
Tengah-tengah asyik duk try and error tu lah aku dengar azan subuh berkumandang. Adehhh.. dah subuh rupanya. Baru lah gelabah sebab aku tak tidur semalaman.
Nasib baiklah aku kerja sendiri. Selesai jer urusan hantar anak ke sekolah, aku terus qadha tidur di dalam kereta. Hahaha.
Setelah beberapa tahun terkial-kial sendirian membuat try an error dengan WP serta mengorek ilmu daripada Pakcik Google, aku mengambil keputusan untuk berguru secara proper. Payah juga nak cari sifu pada masa tu.
Setelah itu baru aku paham tentang blog WP ni dan apa itu SEO. Dan setelah tamat tempoh perguruan, memang aku menyesal. Menyesal kerana terfikir kenapalah aku tak belajar tentang WP ni awal-awal lagi. Kenapalah aku tak berusaha mencari guru WP dan SEO ni awal-awal lagi. Membazir masa jer aku belajar sengsorang cuba try an error.
Dari sinilah aku mendapat ilham untuk turut berkongsi ilmu yang aku tau tentang WP ini. Sebabnya masa aku memula nak belajar dulu, susah nak cari guru pada masa tu. So aku harap dengan inisiatif ini aku dapat menolong korang yang memerlukan ilmu WP dan SEO ni.
Yuran Kelas
Ada yuran juga…!? Kata perkongsian…
Ya aku kenakan yuran yang kecil. Memang aku kata perkongsuan tetapi aku tak cakap perkongsian percuma. Ini details kelas Myscreative:
Kelas Belajar Buat blog (WordPress) dan SEO
Yuran: RM400
Time: 9 pagi – 5 Petang
Hari: Sabtu atau Ahad (atas persetujuan bersama)
Tempat: Cafe yang tenang dan ada sambungan wifi yang kuat (ataupun tempat lain yang dipersetujui bersama)
Kenapa aku caj RM300..?!!
- Kelas ini aku buat berdua dengan partner aku. Dan aku buat dibawah syarikat kami: Myscreative. So RM400 tu adalah income syarikat yang mana syarikat kami ni bukanlah ditubuhkan untuk tujuan “charity”. Ia memerlukan sedikit dana untuk berkembang
- caj tu adalah terlalu minimal jika dibandingkan dengan hasil yang bakal korang dapat nanti. Ada yang datang dan amalkan ilmu daripada kelas, tak sampai sebulan dah dapat income untuk cover kos yuran kelas mereka.
- caj tu sebenarnya bukan untuk ilmu WP dan Asas SEO sahaja. Kami juga selitkan ilmu lain seperti lubang-lubang untuk buat duit melalui blog.
- caj tu bukan hanya ilmu WP dan Asas SEO sahaja yang korang akan dapat. Tapi juga bonus theme WP mesra SEO yang bernilai USD69 (hampir RM300) jika korang beli sendiri secara online. Akan diberi selepas habis kelas.
- caj tu bukan hanya belajar ilmu WP dan Asas SEO kemudian habis kat situ jer. Kami adakan group support, lifetime support yang mana korang boleh tanya apa-apa yang korang tak paham semasa kelas kat dalam group tu dan kami akan cuba selesaikan. Kami juga akan update ilmu WP dari masa ke semasa kat dalam group support tu.
- caj tu yang korang bayar tu bukan hanya untuk ilmu WP dan SEO sahaja, tetapi itulah komitmen yang korang cagarkan untuk membakar semangat korang supaya betul-betul belajar untuk hadam ilmu yang mungkin asing bagi korang.
Pendek kata, ia juga adalah jalan untuk kita bersialturrahim. Kerana once korang join kelas ni, kita akan jadi kawan sampai bila-bila. Daripada kita tak kenal antara satu sama lain, kita akan jadi lebih akrab kerana ilmu WP dan Asas SEO ini.
Jom Ke Kelas Belajar Buat Blog dan SEO Kami
So, kalau korang nak belajar, jangan tunggu lelama. hubungi aku dengan segera. Whatsapp no ni:
>> 013-9997755<<
Atau korang boleh emel ke:
Tindakan pantas korang insyaAllah akan membuahkan hasil yang ada di antara korang yang tak nampak. InsyaAllah aku akan sentiasa membuat perkongsian Kelas belajar buat blog untuk WordPress ni semakin baik dari hari ke hari.
P/s: Untuk yang dah ada blog menggunakan platform blogspot, jangan risau jika mau berpindah ke WP. Content blog korang takkan hilang. Kami akan uruskan untuk pindahkan kesemuanya ke blog WP nanti.
Jika korang dah guna domain sendiri (dot com), korang boleh kekalkan domain korang tu. Cuma platform sahaja bertukar kepada WP
Oh ya.. Aku tekankan. Aku bukan sifu… tak perlu bangkitkan isu sifu kat sini. Sebab aku tak isytiharpun aku sifu. Aku tak der lah hebat sangat. Ramai lagi yang lebih hebat di luar sana. Tapi Aku tau apa yang aku buat dengan berbekalkan pengalaman berbelas tahun dalam industri blogging. Dan dah ramai yang berjaya mendapat hasil daripada perkongsian ini.
[…] Kelas belajar buat blog dan SEO […]
[…] Haaa ini blog student WP dan SEO aku ni. Bagus.. Beliau praktikkan ilmu yang beliau sedut daripada Kelas Belajar Buat Blog. Terus dapat bertakhta bukan sahaja di halaman pertama enjin carian Google malah di tempat pertama. […]
[…] ni memang dah lama kak Ti simpan dan sebenarnya dah set pun dengan Bamhoque yang ada ajar kelas buat blog wordpress dan asas SEO di bawah anjuran Myscreative. Dah ramai rakan-rakan KBBA9 yang pernah attend kelas Bamhoque yang mengajar bersama-sama dengan […]
[…] yang dibantu daripada zero to hero. Boleh lawati laman sesawang MYSC untuk butiran lanjut tentang kelas belajar buat blog […]
[…] Kelas Belajar Buat Blog Anjuran Myscreative […]
[…] To cut short the process of searching for a good SEO class, you can read this link and register yourself if you want: Kelas Belajar Buat Blog dan SEO […]