Kelas buat Blog WordPress dan SEO pertama Tahun 2022

0
42
Kelas buat Blog Wordpress - first class 2022

Kelas buat blog WordPress dan SEO pertama tahun 2022. Alhamdulillah… Tahun 2022 bermula dengan vibe yang positif. Segala perancangan di awal tahun dah pun dirancang. Tinggal nak buat dan monitor je nanti. Namun kita hanya mampu merancang, tapi segalanya Allah yang tentukan. Semoga Allah permudahkan.

Untuk kelas blog, awal-awal tahun dah ada orang booking untuk coaching kelas blog wordpress dan SEO.

2 Januari bebaru ni kami dah berjaya adakan satu kelas coaching kelas blog wordpress dan SEO di Bandar Kinrara. Student kami kali ni adalah tuan punya Butik NUZ dan tuan punya café TnL di Bandar Kinrara.

Alhamdulillah.. Segala ilmu yang kami ada dah kami kongsikan. Tinggal diorang jer la nak praktikkan. Kalau rajin tulis blog dan praktikkan apa yang diajar, insyaAllah objektif yang ingin dicapai akan terhasil.

Menulis blog ni yang paling utama pada aku adalah minat. Kalau ada minat insyaAllah blog akan sentiasa hidup dan ber”update”.

Kalau tulis blog sebab nakkan duit, biasanya ramai yang akan kandas di pertengahan jalan. Sebabnya objektif (duit) yang diingini, biasanya tiada akan tercapai dalam masa yang singkat.

Blog biasanya akan mengambil masa bukan sekejap untuk stabil. Maksudnya ia memerlukan masa untuk orang kenal blog kita dan untuk trafik/pembaca datang ke blog kita. Barulah blog kita tu menjadi “mesra Google”.

Masa yang bukan sekejap ini juga adalah untuk kita kumpul artikel yang banyak untuk dmuatkan ke dalam blog supaya blog kita menjadi lebih berinformatif dan wujud pautan-pautan yang diperlukan dalam SEO.

Sudah beribu yang datang belajar dengan kami. Tapi tak ramai yang betul-betul aktif dan sabar dalam berblogging. Ada yang sempat setahun jer berblogging, tahun depan dah tak aktif. Domain pun dah tak renew.

Ada juga yang lepas kelas langsung tak update blog. Hahaha. Kadang-kadang aku terfikir juga, buat apa diorang ni datang ke kelas blog kalau dah tak nak update blog.

Yang ni aku tak ada jawapan. Segalanya bergantung kepada individu. Tugas aku dah selesai. Aku ajar ilmu apa yang aku ada. Dari segi kerajinan aku tak ada kuasa nak mengawalnya.. hahaha

Ok lah.. entri ni sekadar membebel di tahun baru.

Untuk yang nak belajar buat blog wordpress dan SEO, boleh hubungi aku. Ataupun boleh ke entri Kelas Belajar Buat Blog dan SEO. Kat sini ada penerangan sikit termasuk kos belajar dan sebagainya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge