Hari ni buat kesekian kalinya aku dan Hafiz Rahim (MySynergyCreative.com) mengadakan kelas belajar buat blog. Serius memang aku tak ingat dah berapa kali dah aku buat kelas ni. Berapa ramai dah student aku pun aku lupa jumlah sebenar. Tapi yang pasti ni adalah tahun ke 3 aku dan Hafiz membantu blogger yang ingin belajar blog WordPress dan basic SEO.
Yang ni memang kelemahan aku. Aku lupa nak rekod nama student dan kelas yang mereka hadiri. Tapi mereka ni ada jer dalam group support alumni yang aku buat tu.
Apa yang aku perhatikan sejak 3 tahun lepas, ada 2 kategori besar student yang datang belajar ni:
1. Mereka yang datang belajar sebab memang nak ilmu blogging sebab diorang memang suka menulis. Diorang ni memang jenis suka berkongsi. Apa-apa jer yang mereka rasa bermanfaat yang berlaku dalam kehidupan mereka, mereka akan kongsi.
2. Mereka yang datang sebab nak belajar ilmu blog untuk menghasilkan satu blog yang boleh menjana pendapatan pasif kepada mereka. Pendek kata nak buat blog sebab nak dapat duit.
Kedua-dua objektif ni bagus. Janji mereka suka belajar dan mencari ilmu yang betul dalam berblogging. Barulah seronok dan blogging tanpa rasa syiok sendiri.
Cuma aku tengok kedua-dua kategori objektif ni ada trendnya.
Trend yang nombor satu, objektif belajar sebab memang suka menulis tu akan kekal menulis dalam tempoh jangkamasa yang lama. Sebabnya niat mereka buat blog sebab lebih kepada nak berkongsi. Diorang ni akan tulis macam blog macam tulis diari peribadi.
Objektif untuk dapat duit diorang yang berada di kategori nombor satu ni mereka letak kemudian. Maknanya kalau dapat duit banyak bagus. Tak dapat pun mereka tak kesah sangat sebab merea masih enjoy menulis.
Trend bagi kategori nombor dua pulak iaitu yang nak buat blog sebab nak jana pendapatan aku nampak agak goyah dalam jangkamasa yang panjang. Tambah-tambah lagi objektif mereka tidak mencapai benchmark seperti yang mereka harapkan. Duit yang mereka nampak sebelum ada blog tu tak dapat seperti yang mereka harapkan.
Lama kelamaan semangat mereka semakin luntur. Dan kalau ini berlaruan, mungkin blog mereka akan berkubur.
Sebenarnya nak dapat pendapatan pasif daripada blog ni bukan sesenang yang disangka. Ia memerlukan masa, tenaga dan ilmu yang betul. Jika orang ada ketiga-tiga benda ni, insyaAllah baru korang dapat kecapi duit dalam blogging.
Jadi, korang boleh tengok apa tujuan korang buat blog. Korang pupuklah minat untuk berkongsi melalui penulisan blog untuk mendapatkan passion dan seangat yang tinggi untuk berblog. Dengan ini insyaAllah korang akan kekal lama dalam dunia blogging. Dengan ini branding blog akan lebih dikenali dan secara otomatik akan menjana pendapatan pasif untuk korang.
Macamana cara nak buat duit dengan blogging, aku akan kongsikan apa yang aku dah alami dan dapat dengan korang di lain masa. Now aku nak sambung kelas kejap… Adios babeh…!