518

Kelebihan Hari Rabu.. Baru Ku Tau

Tiba-tiba hari Rabu menjadi sebutan ramai. Hari Rabu seperti menjadi hari yang amat istimewa bagi sesetengah orang. Manakala sesetengah lagi menjadi hari yang mendebarkan. Malah mungkin menjadi hari yang menakutkan.

Ini terjadi setelah hari mengundi pilihanraya ke 14 (PRU14) telah diisytihar dan ditetapkan ditengah minggu iaitu pada hari Rabu 09/05/2018.

Bagi sesetengah parti ini mungkin satu kelebihan bagi mereka. Manakala penyokong parti lain pula merasakan ini mungkin taktik untuk sabotaj penyokong parti mereka yang kebanyakannya berada diluar kawasan memgundi untuk balik mengundi.

Sebenarnya hari Rabu ini ada kisahnya yang tersendiri di dalam Islam.

Ni ada sedikit kisah hari Rabu dalam Islam yang aku cedok daripada group whatsapp. Sayang jika kisah dan fakta serta sejarah ini tidak direkod. Lalu aku salin kat blog ni.

Kelebihan Hari Rabu Dalam Islam

Mengikut pendapat sesetengah Ulama’, maka barang siapa yang hendak sembuh dari penyakit, hendaklah ia mengamalkan meminum ubat pada Hari Rabu.

Berikut adalah sejarah ataupun perkara-perkara Yang Berlaku Pada Hari Rabu:

1.Auj bin Unuq dibinasakan dengan Burung Hud Hud.

2. Allah s.w.t. menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan kekayaannya ke dalam perut bumi.

3. Fir’aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam Sungai Nil.

4. Allah s.w.t. menghancurkan Raja Namrud bin Kan’an dengan memasukkan serangga kedalam telinganya. .

5. Allah s.w.t menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.

6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail a.s.

7. Allah s.w.t. menghancurkan kaum Nabi Hud a.s. dengan menghembuskan angin yang kuat.

Zikir Hari Rabu Yang Boleh Diamalkan:

Astaghfirullah Hil Azim.

Zikir ini boleh di amalkan semasa menunggang motorsikal, memandu kereta, menunggu bas, sedang berjalan atau semasa rehat dan sebagainya.

Doa Hari Rabu:

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, sampaikanlah selawat dan salam kepada Rasulullah dan Keluarganya.

Segala Puji bagi Allah, yang menjadikan malam sebagai pakaian, tidur sebagai peristirihatan dan siang sebagai saat bertebaran.

Segala puji bagi Mu, Kau bangkitkan aku dari tidurku. Kalau Kau kehendaki, Kau jadikan tidurku tidur yang abadi.

Ya Allah bagi Mu segala puji, di atas singahsana Mu Kau bertakhta, di atas Kerajaan Mu Kau berkuasa.

Kusampaikan pada Mu doa orang yang lemah tenaganya, yang putus kekuatannya, yang dekat ajalnya, yang mendunia hasratnya, yang berat keperluannya akan rahmat Mu, yang besar deritanya kerana doasa-dosanya, yang banyak jatuh dan gelincirnya,

Hanya pada Mu sahaja permohonan taubatnya.

Sampaikanlah salam dan selawat kepada Nabi Muhamad s.a.w. Keluarga dan Sahabat-sahabat Baginda.

Curahkanlah pada ku safaat Nabi Muhamad s.a.w. dan janganlah Kau jauhkan persahabatan antara kami.

Ya Allah, Engkaulah yang Terkasih dari segala yang Mengasihi.

Ya Allah, Tetapkanlah bagi ku pada hari Rabu:

Jadikanlah kekuatanku untuk taat kepada Mu,

Kerajinan ku untuk beribadah kepada Mu,

Keinginan ku untuk mendapatkan ganjaran Mu dan Jauhkanlah aku dari kepedihan seksa Neraka dan seksa Kubur Mu Ya Allah.

Sesungguhnya Engkaulah pemberi kurnia kepada orang yang Engkau kehendaki.

Doa ini adalah doa Imam Ali Zainal Abidin s.a. salah seorang cucu Nabi Muhamad s.a.w.

( Rujuk Kitab Mafatihul Jinan – kunci kunci syurga, bab 1 pasal 3).

Wallahu ‘alam.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

CommentLuv badge