Kelebihan Kurma Untuk Kesihatan Kita

0
83

Kurma sangat sinonim dengan kehidupan kita sebagai ummat Islam. Ini adalah kerana memakan kurma itu adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Ini memberi maksud bahawa kita memakan kurma bukan hanya sekadar makan untuk kesihatan badan, malah ianya juga untuk ‘kesihatan’ jiwa.

Ya.. Memakan kurma kerana mengikut sunnah nabi akan diganjari pahala oleh Allah Subhanahu Wataala. Orang yang benar-benar menjaga dan mengikut sunnah nabi akan mendapat syafaat dari baginda nabi di Padang Mahsyar kelak.

Rasulullah juga menyarankan kita berbuka puasa dengan menjamah 3 biji tamar/kurma dahulu sebelum menyumbat perut kita dengan pelbagai juadah lain.

Jadi sesuai dengan kedatangan Ramadhan yang tidak lama lagi, Abam Hoq terpanggil untuk menulis artikel ini.

Kurma dan kelebihannya

Mesti kita tertanya-tanya apa sebenarnya kelebihan pada buah kurma sehingga disarankan oleh baginda nabi untuk kita amalkannya.

Baiklah, di sini Abam Hoq senaraikan beberapa kelebihan yang terdapat pada kurma untuk kesihatan kita:

Kelebihan Kurma Untuk Kesihatan

1. Disebut di dalam hadith (Kurma Ajwa)

Dipercayai ada 1,400 kurma di seluruh dunia. Namun satu-satunya kurma yang disebut secara spesifik di dalam hadith nabi ialah Kurma Ajwa.

مَنْ تَصَبَّحَ بِسَبْعِ تَمَرَاتٍ عَجْوَةً، لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سُمٌّ، وَلَا سِحْرٌ

Maksudnya : “Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma Ajwah (Ajwa) pada waktu pagi, tidak akan memberi mudarat sebarang racun mahupun sihir kepadanya pada hari tersebut.” [HR al-Bukhari (5445) dan Muslim (2047)]

Di sini dapat kita lihat bahawa betapa istimewanya kurma Ajwa ini sehingga ia disebut dalam beberapa hadith secara jelas.

2. Menjadi penawar racun dan sihir (Kurma Ajwa)

Hadith di atas mengatakan Kurma Ajwa dapat menghindari pemakannya daripada racun dan sihir.

Ada ulama’ yang menghuraikan bahawa yang bermaksud Kurma Ajwa di sini ialah Kurma Ajwa yang ditanam di Madinah sahaja.

Namun kesimpulan yang dibuat oleh Pejabat Mufti Wilayah jika tiada Kurma Ajwa lebih-lebih lagi yang ditanam di Madinah, kita boleh beramal dengan apa sahaja jenis kurma dengan mengharapkan mudah-mudahan kita mendapat manfaat yang sama seperti dalam hadith.

Sebagaimana kata Syeikh al-Uthaimin selagi mana nas tersebut muhtamal (ada kemungkinan), sekiranya seseorang itu memakan tujuh biji kurma (tidak kira jenis apa pun) dan ia menepati sebagaimana yang dikehendaki oleh Rasulullah SAW, maka dia memperoleh fadilat tersebut. Dan sekiranya ia tidak menepati apa yang dikehendaki oleh Baginda SAW, perkara tersebut langsung tidak memudaratkannya.

3. Kaya dengan nutrisi

Kajian sains mendapati, kurma sangat kaya dengan kandungan nutrient. Antaranya:

  1. Selenium
    Selenium yang terdapat dalam kurma dapat meningkatkan system imunisasi badan. Ini dapat menghindarkan penyakit yang datang menyerang badan kita.

  2. Agen Antioksida
    Dalam kurma terdapat agen antioksida yang berupaya melawan Radikal Bebas yang boleh menyebabkan penyakit serius seperti Diabetes, penyakit hati dan Kanser. Kurma dari Iran dikatakan terkenal dengan banyaknya agen antioksidan

  3. Flavonoid
    Hasil kajian mendapati kurma Deglet-Noor mengandungi 13 jenis flavonoid. Selain daripada itu, ia juga mengandungi flavonoid sulfat yang jarang dijumpai dalam tumbuhan. 

    Flavonoid juga mempunyai potensi yang baik sebagai antioksida dan baik untuk pencegahan penyakit terutamanya seperti penyakit kanser dan penyakit kardiovaskular.
  4. Kaya dengan Magnesium
    Magnesium yang banyak terdapat dalam kurma terutama Kurma Ajwa adalah mineral yang penting sebagai anti-radang. Kurma ini juga secara spesifiknya mengandungi zat anti-radang yang tertinggi standing dengan ubta-ubatan seperti aspirin dan ibuprofen.

4. Ciri yang unik (Kurma Ajwa)

Kurma Ajwa mempunyai ciri yang unik dengan saiznya yang lebih kecil dan mempunyai warna yang lebih gelap berbanding kurma yang lain.

Isinya juga lebih tebal dan mempunyai rasa yang tidak terlalu manis. Ini membuatkan ramai yang menyukai kurma ajwa

5. Bagus dan berkhasiat untuk ibu mengandung dan menyusukan anak

Kurma sangat sinonim dengan ibu hamil dan menyusu. Ia dikatakan dapat memberi tenaga ibu yang sedang hamil. Banyak resepi yang berasaskan kurma dikongsikan terutama pada bulan puasa seperti resepi Jus Kurma Susu, Kurma Oat, air rendaman kurma dan sebagainya untuk ibu mengandung dan menyusukan anak.

Menurut Journal of Environmental & Analytical Toxicology, ia mendapati bahawa kurma ajwa ini mampu membantu ibu meningkatkan susu badan serta melindungi tubuh mereka daripada penyakit dan jangkitan.

Ia juga menolong ibu-ibu menghindari penyakit anemia kerana kandungan zat besi yang tinggi di dalamnya.

6. Sesuai dimakan oleh pesakit Diabetes (Kurma Ajwa)

Apa yang lebih menjadikan Kurma Ajwa ini unik ialah kandungan gula yang terdapat di dalamnya hanyalah monosakarida, iaitu komposisi gula yang paling ringkas dan tak perlu diuraikan lagi.

Ini membolehkannya sesuai dimakan oleh pesakit diabetes type 2.

7. Melancarkan Penghadaman

Kita sangat disyorkan supaya meminum air yang banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Antara sebabnya ialah untuk membolehkan system penghadaman kita berjalan dengan sempurna.

Namun di bulan Ramadhan, sistem penghadaman kita mungkin sedikit terganggu kerana kekurangan air pada siang hari dan jadual makan kita yang berubah berbanding hari-hari biasa.

Serat yang banyak terdapat dalam Kurma Ajwa didapati amat berkesan dalam melancarkan sistem penghadaman dan menolong usus untuk berfungsi dengan lebih baik.

Itulah 7 kelebihan yang ada pada kurma termasuklah Kurma Ajwa yang menjadikan ia sebagai antara kurma paling mahal di dunia. Di Malaysia, harga Kurma Ajwa adalah sekitar RM100+ sekilo, bergantung kepada gred kualiti.

Jadi, sentiasalah menyimpan stok kurma di rumah kalian walaupun ianya bukan Kurma Ajwa. Ini adalah kerana kurma ini banyak kelebihannya. Kelebihan di atas ada juga pada kurma lain cuma mungkin nutrisinya tidak sekaya yang terdapat pada Kurma Ajwa.

Bagaimana nak mendapatkan Kurma Ajwa dan kurma jenis lain

Bagi yang nak mendapatkan Kurma Ajwa, kalian boleh menghubungi Flyworld Travel. Di ambang Ramadhan ini Flyword membawakan Kurma untuk kalian terus dari Madinah.

Berikut adalah jenis harga promo Kurma Ajwa Flyworld:

Kurma Ajwa Gred A – RM120/KG

Kurma Ajwa Gred B – RM90/KG

Di samping itu, Flyworld juga turut mengimport kurma lain. Antara stok kurma jenis lain yang mereka edarkan ialah:

  1. Medjool – RM100
  2. Mariami – RM55
  3. Mabroom – RM55
  4. Helwa – RM55
  5. Suqai – RM55
  6. Safawi – RM55

Harga adalah berdasarkan 1KG

Untuk penghantaran, ada sedikit kos penghantaran:

Untuk semenanjung

✅1kg = Rm8

✅2kg dan ke atas = postage PERCUMA

Postage sabah / sarawak :-

✅1kg – Rm15

✅2kg – Rm30

✅3kg – Rm45

✅4kg – Rm55

✅5kg – Rm60

Cara pembelian:

1. Onlinekan duit ke akaun Flyworld

(Harga Kurma + postage)

No Akaun: 5126 7932 1050
Bank: Maybank
Nama: Flyworld Travel & Tours Sdn Bhd

2.  whatsappkan resit kepada ‘sales team’:

http://www.wasap.my/+601151044626/KurmaDariMadinah

3. Sertakan sekali butiran nama, alamat penghantaran dan no telefon

Mudahkan..? Yang nak buat tempahan, kalian dinasihatkan bertindak segera. Ini adalah kerana stok-stok kurma tersebut sudah semakin berkurangan.

Ramai yang membuat tempahan sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang 2 minggu sahaja lagi

Boleh kongsikan entri ini untuk manfaat semua..!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge