“Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar.”
(HR Ibnu Majah No: 219) Status: Hadis Sahih
Salam Jumaat. Hadith aku dah tau lama dah. Tapi belum terpanggil untuk dikongsikan di sini. Pelbagai sebab kalau nak dijadikan sebab. So tak payah la bagi sebab. Hahaha.
Hari ni tup-tup hadith ni dikongsi oleh rakan dalam group whatsapp kawan-kawan. Hari ni pulak hari Jumaat, penghulu segala hari. So rasa nak kongsi pulak kat blog ni.
Jika korang baca dan selami hadith di atas, pasti korang sedar betapa mulianya para penuntut ilmu ini. Ia terpakai kepada semua ilmu yang tidak bertentangan dengan syarak.
Subhanallah..!
Kelebihan orang yang menuntut ilmu.
So aku senaraikan kelebihan orang yang menuntut ilmu ni berdasarkan hadith di atas:
- Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Ini terpakai kepada ilmu dunia ataupun ilmu akhirat ya. Selagi ianya tidak bertentangan dengan syariat Islam.
- Malaikat akan sentiasa menaungi orang yang sedang menuntut imu dengan sayapnya.
- Malaikat juga akan sentiasa mendoakan orang yang sedang berada di majlis ilmu agar dicucuri rahmat.
- Orang yang berada di majlis ilmu untuk tujuan menuntut ilmu, nescaya akan didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuk ikan yang ada didalam air.
Dalam hadith ini juga Allah membandingkan keutamaan orang yang berilmu dengan ahli ibadah.
Ia umpama bulan purnama dengan bintang-bintang yang bersinar berkelipan disekelilingnya.
Orang yang berilmu adalah umpama bulan purnama. Ia bukan bersinar cantik malah turut menyinari alam ini. Maksudnya orang berilmu ini bukan sahaja memberi kebaikan untuk dirinya sendiri malah ia memberi manfaat kepada orang lain.
Manakala ahli ibadat diibaratkan bintang-bintang. Amalannya hanyalah untuk dirinya sendiri.
Hadith ini juga menjelaskan yang para ulama (ilmuan) adalah pewaris para Nabi kerana para Nabi mewariskan ilmu bukan harta. Harta boleh habis sedangkan ilmu sentiasa berkembang sampai bila-bila.
Orang yang mencari dan mempelajari ilmu bermakna ia telah mengambil bahagian yang sangat besar daripada harta yang diwariskan oleh para Nabi.
Oleh itu jom kita sama-sama menuntut ilmu. Jangan pernah lelah dalam urusan menuntut ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya meniru orang lain.
Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan mempermudahkan kita jalan ke syurga.
nice sharing!
thanks
Trims atas infonya gan, sangat bermanfaat