Kali Abam Hoq (AH) nak cerita pasal Jadual Kandungan atau lebih mesra disebut Table Of Content (TOC), apa kelebihan Table Of Content dan lain-lain yang bersangkutan.

Haha.. Tetiba pulak kan..?
Puncanya, AH tetiba terasa nak buat entri dengan masukkan table of content sekali. Nak nampakkan kelainan sikit di samping memberi pembaca pengalaman yang lebih mudah untuk membaca blog AH.
So AH pun cari lah plugin apa yang nak pakai. WordPress ni senang. Kalau nak add on function macam ni, cari plugin jer. Tak payah tahu coding bagai tu. Tu sebab kalau tanya AH, platform apa yang bagus untuk blogging, jawapan AH akan bias kepada WordPress.
AH sendiri pun memang belajar dan berguru secara formal tentang WordPress management ni. Sebab tu AH berani open untuk buka kelas buat blog dengan WordPress. Kalau tak ada ilmu formal, idok ler AH berani bukak kelas macam tu.
Apa Itu Table Of Content
Oh ya.. cerita punya cerita, korang tau ke tak apa yang Ah maksudkan dengan TOC ni?

Haaa.. Yaaa.. betul..! Yang tu ler. Yang macam dalam buku tu. Yang ada ringkasan struktur artikel secara keseluruhan tu. Yang macam kat bawah ni:
Biasanya TOC ni akan senaraikan tajuk besar dan juga sub-tajuk yang korang tulis dalam artikel korang. So bila pembaca tengok TOC tu pembaca sebenarnya dah dapat gambaran secara ringkas macamana aliran penceritaan yang disampaikan dalam artikel korang tu nanti.
TOC ni memang akan memudahkan pembaca untuk meneliti artikel kita tu. Ia memudahkan juga untuk pembaca mencari apa info yang diorang nak dalam artikel tersebut tanpa perlu membaca satu persatu dari awal sampai akhir. Kiranya macam shortcut la.
Contohnya, untuk entri/artikel review restoran. Katakan pembaca memang dah tau pasal restoran yang kita review tu. Cuma yang pembaca nak tau hanyalah senarai harga menu sahaja. Jadi dengan adanya TOC, pembaca hanya perlu tekan link harga kat TOC. Kemudian pembaca terus akan di bawa kepada paragraf yang bercerita pasal senarai harga menu.
Nampak tak macamana ia memudahkan pembaca. Bilamana ia memudahan pembaca, mesti pembaca akan rasa nak bertandang lagi ke blog kita untuk cari info.
Kelebihan Table of Content
Ok. AH buat senarailah senang apa kelebihan TOC ni dan kenapa korang perlu masukkan TOC dałam entri blog korang..
Memudahkan Navigasi
Seperti yang AH cakap tadi, TOC ni memberi gambaran secara keseluruhan kandungan artikel kita secara jelas dan teratur pada halaman web/blog kita. Ini akan menjadikannya lebih mudah untuk pengguna membuat navigasi dan mencari bahagian tertentu yang mereka kehendaki.
Meningkatkan Kebolehbacaan (readibility)
Dengan membahagikan entri/artikel yang panjang kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, ia menjadikan artikel lebih mesra untuk dibaca dan dihadam oleh pembaca. Penggunaan TOC akan menjadikan halaman web lebih menarik, ringkas untuk dibaca dan lebih mudah difahami.
Mengoptimumkan enjin carian (SEO)

TOC ataupun Jadual kandungan bukan sahaja membantu pembaca, malah ia akan turut membantu enjin carian untuk lebih memahami struktur dan hierarki kandungan pada halaman web. Ini sudah tentu akan meningkatkan kedudukan halaman web dalam hasil carian. Yang nak artikel mereka ranking di enjin carian, boleh consider untuk menulis dengan menyertakan TOC di dalam artikel.
Meningkatkan pengalaman pengguna (user experience)
TOC boleh meningkatkan pengalaman pengguna dengan memudahkan pengguna mencari perkara yang mereka kehendaki dan dengan menyediakan reka letak yang lebih teratur dan menarik secara visual untuk kandungan tersebut.
Pilihan untuk Customization
Banyak plugin untuk WordPress yang menawarkan pelbagai pilihan penyesuaian (customization), seperti keupayaan untuk menukar stail tulisan (font) dan warna TOC. Ataupun penulis boleh memilih di mana pada artikel, TOC ini sesuai untuk dipaparkan. Ini membolehkan kita menyesuaikan jadual kandungan agar sepadan dengan reka bentuk tapak web ataupun blog anda.
Akhir Kata..
Haaa itulah antara kelebihan Table of Content ataupun Jadual Kandungan ini. Yang pasti, selain daripada ianya menarik dan lain daripada yang lain, ia akan menyenangkan para pembaca untuk membaca, menghadam dan mencari info yang mereka mahukan di artikel kita dengan lebih cepat.
Sebarang perkara pada artikel dan blog kita yang memudahkan pembaca, akan dipandang tinggi oleh Google. Ini akan mengangkat artikel kita di ranking teratas enjin carian. Ya.. user experience seperti ini adalah faktor yang boleh meningkatkan kualiti SEO sesuatu artikel dan blog itu sendiri.
Dengan banyaknya kelebihan Table of Content kepada laman web ataupun blog kita, AH kira sangatlah rugi jika kita tidak mengambil ia sebagai faktor untukmenjadikan blog kita lebih menarik dengan kekuatan SEO yang tersendiri.

Dapat sesuatu..? Boleh kongsi dengan menekan butang share untuk perkongsian di halaman media sosial kalian. Sharing is caring..!
Lepas ni AH akan share plugin TOC WordPress yang mana bagus untuk korang guna pulak.. Stay tune..!