More

    Keluar Duit Di ATM Tapi Duit Tak Keluar

    atm tidak keluar duit

    Pernah tak anda alami kejadian keluar duit di ATM tapi duit tak keluar? Cemas tak? Saya baru sahaja alami kejadian ni pagi  tadi pada pukul 10.50 pagi (mengikut waktu yang tertera pada resit pengeluaran)

    Agak leceh sebenarnya bila ini terjadi. Beberapa langkah harus dibuat. Dan yang paling tragis ia akan mengambil masa yang bukan sekejap. Kalau waktu memang nak guna duit untuk bayar hutang yang dah due, memang parah jugak la.

    Macam saya tadi, lepas masukkan kad dan tekan amaun yang dikehendaki, mesin ATM macam terkedu seketika. Nak kata banyak sangat saya buat keluar tak lah banyak, rm1050 je. Selepas 2 minit saya menunggu barulah ada respons dari mesin ATM. Kad saya dikeluarkan semula seperti biasa. Cuma kalau keadaan biasa selepas kita ambil kad ATM kita semula, ia akan diikuti oleh keluarnya duit. Tapi dalam kes saya ini duit yang ditunggu tak kunjung tiba. Skrin paparan ATM telah kembali ke home screen di mana transaksi seterusnya sudah boleh dibuat. Saya masukkan semula kad ATM saya dan memeriksa bakinya. OMG, rm1050 sudah dipotong. Adessss!!! Bala! Hutang-hutang semua dah sampai masa untuk dibayar ni. Ish.. ish.. ish.. Takkan ATM nak mogok lagi sebab kalah Piala Malaysia tempohari kot. Lagipun saya sokong pasukan ATM pada malam tu. 😆

    Oh ya lupa nak cakap. Kad ATM saya ialah kad ATM Public Bank dan mesin ATM saya gunakan untuk pengeluaran duit di atm tapi duit tak keluar tersebut adalah ATM CIMB Bank.

    Saya lantas dengan pantas mendail nombor telefon tol free yang tertera di belakang resit transaksi tersebut. Selepas bla bla bla mendengar dan mengikut arahan mesin suara, saya dapat bercakap dengan call center. Person inchargedtu cakap saya kena buat aduan dan laporan di Public Bank.

    Di Public Bank Section 15, Shah Alam, saya adukan masalah ini. Bila selesai isi borang semua, saya tanya bila duit tu CIMB Bank akan masukkan balik ke dalam akaun saya. Staf customer servistu cakap paling cepat pun 2 minggu. Lagi satu saya buka buku bank dulu kat Kuantan. So, Public Bank Shah Alam (tempat saya buat aduan) akan hantarkan laporan ke Public Bank Kuantan (servicing branch saya). Kemudian Public Bank Kuantan akan menghantar laporan tersebut ke ibu pejabat CIMB Bank di KL. So prosesnya agak lama.

    So, yang jadi mangsa adalah saya sebagai customer. Sepatutnya bank terutama CIMB Bank kena lah buat sesuatu untuk compensate klien nya, sebabnya ini bukan kesalahan klien. Tiada klien yang nak kejadian keluar duit di atm tapi duit tak keluar ni berlaku.

    Cuba bayangkan, jika pada masa tu klien amat memerlukan duit itu untuk membiayai pembedahan anaknya yang sakit ke, ataupun ataupun klien seorang bisnesman memerlukan duit tu untuk membayar hutang perniagaan yang tertunggak dan sebagainya. Bukan ke ini klien yang menjadi mangsa..? Sekurang-kurangnya bank tadi berurusanlah dengan klien dan cuba menyelesaikan masalah klien yang terjadi bukan disebabkan kesalahannya itu. Antara cara-cara untuk compensate klien ialah menyediakan facility dengan memberi pendahuluan sebanyak duit yang “hilang” tadi. Betul tak?

    Inilah cerita saya pagi tadi yang membuatkan saya pening dan terpaksa membatalkan satu appointment saya di KL.

    Moga anda tidak menjadi mangsa kejadian keluar duit di atm tapi duit tak keluar seperti saya ini.

    Wallahua’lam.

    Latest articles

    Related articles

    165 Comments

    1. hahaha.. terbalik ngan aku. aku kad pbb masuk atm cimbeng.. tp sbb aku servicing branch aku di ktn, dia kena hantar report blk kuantan dulu. pahtu kuantan htr report ke cimbeng hq kl. gi mari, gi mari. what a waste…!

    2. Sohoque,aku dah penah kena..dah la aku nk kuarkan duit dlm 1.5k camtu..gelabah aku..si cimbeng la.aku pakai kad bank rakyat tp cimbeng x kuarkan duit. So aku terus pegi cimbeng report n isi borang. Duit masuk balik dlm seminggu kot.

    3. Cimb still mcm tu ke? Sistem cam ni ex-eon dulu pun dah tak guna. Sistem ni 10 tahun kebelakang dah. Kalau Bill Gates tau mesti dia marah!!! Tiap2 tahun dia perah otak upgrade software dia tp bank kat malaysia cuma pikir untung dan besarkan perut Ceo & Director diaorg je..!! Untung bilion2, nak invest takut!!!!! Tumbang kan kerajaan skrg!!!!! Hahaha… Masuk politik lak…. Hahaha

    4. Hi! Saya terbaca blog awak ni. Saya baru je kena, 24/12/2012. Malam pulak tu 🙁 kad CIMB, cucuk kat Agrobank. Paling sadis bila bank cakap 4 minggu tempohnya. Tapi saya kacau hidup dua-dua bank hampir setiap hari haha. Tak cukup call, sy email hihi. Tapi ni dah seminggu, belum dapat perkhabaran dari CIMB. 🙁

    5. Aku kena pada 15/02/2013. Kad Bank Rakyat gi cucuk Maybank dan CIMB. Mula2 cucuk Maybank (RM1500.00), duit tak keluar. Ingatkan ATM tu jahanam, kali kedua pindah ATM sebelah (RM1000.00). Pun duit tak keluar juga.

      Kali ketiga cucuk di CIMB (RM 1500.00). Tak keluar juga. Punya lah bengang. Lepas tu aku pusing jauh cari Bank Rakyat. Check transaksi, rupanya ketiga2 transaksi telah pun dijalankan (total RM 4003.00). Buat report di Maybank, CIMB dan Bak Rakyat.

      Lepas tu kawan aku dari Hong Leong cakap pergi buat report polis sekali. Jumlah ada 4 report kah kah

      Sampai hari ni 12/3/2013 masih tiada perkhabaran nak ganti balik duit tu. Hari2 aku call. Katanya kena refer dengan pusat ATM lah apa lah. Babi betul.

      • saya pulak buat urusan e-debit menggunakan kad bank rakyat ….msukkan kt mechine Hong Leong….mesin 2 ckp ‘please try again’ tup2..tgk balance dia tolak jugak sedangkan kedai 2 da cek da xde duit masuk mase 2….pg la buat report kt bank rakyat.da tgu proses 2 minggu 2…dtg balik dia kate xde pape jawapan….HANGIN!!!!!!!!!!!!…..skrg ni masih menunggu dan terus menunggu….

    6. hal yg sama pun menimpa saya ,sye nak ambik duit dkt skudai parade nk bayar phone,ambik kt RHB islamic bank,lps masukkn kad saya enter baki,,pastu sambung pengeluaran wang segera sye ambik 1000,,lps beberapa menit ,xde bunyi duit kuar,,mesin atm mcm stresss,tk nk kuarkan duit,tetibe ade chooice perlukan penyata ke x,,,alahaiii dah la duit x kuar,resit pn xde…..poningg pale ni,,siaaallll.

      • sebaik shaje peristiwa tu berlaku,,aku buka GPS,nak cari cawangan bank RHB yg berhampiran,,aku search dkt map,,tjumper cawangan yg berhampiran berada kt ungku aminah,daipde skudai parade tu aku jalan kaki susuri lebuh raya,,puas pnye penat akhirnya aku jumpe RHB bank,,tp malang mmg malang pegawai langsung xde,,security yg ade,dorang tnye ade hal ape,aku crite kn sume yg dh berlaku,,dorng suruh aku buat aduan pd bank aku,,dah la duit x tahu pi mane,,siaaaallllll siiaalll kejadian berlaku hari ni 09 june 2013,,,pkl 2.30….

      • sebaik shaje peristiwa tu berlaku,,aku buka GPS,nak cari cawangan bank RHB yg berhampiran,,aku search dkt map,,tjumper cawangan yg berhampiran berada kt ungku aminah,daipde skudai parade tu aku jalan kaki susuri lebuh raya,,puas pnye penat akhirnya aku jumpe RHB bank,,tp malang mmg malang pegawai langsung xde,,security yg ade,dorang tnye ade hal ape,aku crite kn sume yg dh berlaku,,dorng suruh aku buat aduan pd bank aku,,dah la duit x tahu pi mane,,siaaaallllll siiaalll kejadian berlaku hari ni 09 june 2013,,,pkl 2.30….BSN OOHHHH BSN…

    7. BSN OOHH BSN,,nak amek duit dkt RHB skudai parade,,masalah jua yg menimpa,,nk amek Rm 1000,,lps enter 1000 tu mesin ATM,,dh jd stressss,,diam seribu bahasa,,pelik and terkejut aku cube dongakn,telinga ni aku rapatkn kt atm,tp xde sebarang bunyi pe pun,,pelik,,pastu tbace ade perlukn resit ke x? apelah ni duit x kuar lagi,,1000 beiib,,bagiku t lalu banyak,,nak beli enpone x dapat,,masalah pn x btandang,,, aduhaiii BSN ,,oohh BSN…BSN vs RHB ISLAMIC skudai parade,,langsung x best,,,,,,kejadian tu menimpa ku hari ni 09 jun 2013,,,pkl 2.30..

    8. saya baru terkena tengah hari tadi .mesin atm bank islam…dah call center…dalam tempoh 5 hari waktu bekerja baru duit tu di pulangkan semula…aduii,,duit x de nie…. kes baru 13.5.2014 antara jam1 hingga 2 pm

    9. salam..
      saya ingatkan saya seorang saja yang kena…saya baru je terkena petang tadi di mesin atm ambank di seremban prima…dah call ambank…dia kata dia akan pulangkan semula selepas 2 hari…x pe…saya akan tunggu…kalau x de saya akan buat report di centre ambank……

    10. Alhamdulillah, terima kasih bro kongsi pengalaman. Saya pun baru kena semalam, kad maybank nak keluar duit kat atm CIMB. Kad je keluar tapi duit tak keluar. Melalui info yang saudara beri..memberi idea kepasa saya untuk talipon pihak bank(maybank). Kena tunggu 2 hingga 4 minggu…huhu

    11. aku ni 1st time kena. tak banyak pun. RM 50.00 jee.. tapi aku rasa mcm nak nangis.
      menyesal pun ada sebab tak sabar2 nak keluarkan duit, pegi atm jahat tu!
      dah kol CIMB, tapi mcm biasalah, tinggalkn contact num, kami akan hubungi…
      kalau yg sampai 4k pun tunggu berminggu.. aku ni ,mungkin kna tggu bertahunlah.
      hahahaha

    12. bro aku pun baru terkene.. mmg tak guna la CIMB bank.. kalau kita tgk perkara ni berlaku banyak dkat CIMB bank… aku nk tnye ko la mase ko kene tu bpe minggu dapat balik duit? pehh..dh macam wat loan ngan bank plak..padahal duit tu duit kite…

      • Aku pergi cimb bank.aku guna kad bank rakyat..aku nk check baki xboleh..no pin masuk betul tp tbe2 xbetul no pin..pelik gak aku..second ak try lg xboleh gak..ak ade tekan amaount byk kali dia da tolak ker?aku pegi la bank bsn rhb public smua xbole keluar?kad aku da kne block ke?xkan tbe2..smlm ak keluar duit ok je kt bsn..g cimb hancur..mcm mne?call

    13. saya baru je terkena mlm td,atm RHB …kad saya AMBANK,tggu punya tuggu mesin atm tu terus out of service….mujur kad bank dapat ambil..nie tgh buat report…gerammmmmmmm

          • tu la diorg ni.. nak dpt balik sikit punya lama. cuba imagine kalaulah duit yg tertolak tu banyak amaunnya. dan itu jer duit kita pada masa tu, mana kita nak cari duit utk makan?

            bank kenalah hadirkan cara baru utk selesaikan masalah ni dgn lbh pantas. ataupun boleh bg loan dulu pada mangsa. diorg tak perlu takut kerana diorg boleh tolak er duit kita yang kena telan tu nanti.

            off course la diorg kena pastikan terlebih dahulu memang duit tu ditelan..

            cadangan jer. bukan senang bank nak buat tu.. hehehehe

    14. Hi, sy pun baru terkena pagi tadi T.T sy guna perkhidmatan meps (maybank card) cucuk ATM CIMB, lps tekan pin semua tetiba dia cakap Machine is out of service so pindah ke machine ATM sblah, sama jugak. Then sy terpaksa la pegi Maybank je, skali resit keluar sy terkejut sbb ade rm80+ lagi tinggal. Lepas tu hati tergerak untuk check Maybank2u sebab boleh check withdrawal history kan. punya laaa sy terkejut dah 2x dia potong, RM151x2! ma aiiiii sudah sy ni student x bekerja huhu resit pun dy x bagi. Macam mana tu? :'(

    15. Sy pon dh trkna jugak..nsib baik 270 ja..kad ambank cucuk kt cimb..kna 19.10.14 tp msih x setel lg..time report kte 2mggu..adooii..ptg td p cimb wt report lg skli..mampus…agak2 dpat blik x duit tu??

    16. saya kena 14/9 keluarkan $80.00 kad RHB tapi keluarkan di al rajhi…dah 3 kali tukar report no…dalam 2 3 hari saya follow up since 15/9 saya buat report dekat RHB…hari ni dia ckp al rajhi kata duit tu mmg keluar…kepala hotak dia…saya tgu kat atm machine tu duit xkeluar…saya nk buat report polis…tp dah lama…any idea..apa yg blh saya buat…

    17. Sy bru tekena.kad cimb tp drw dkt bnk islm.mesin duk loadng lmbt sgt.last2 kad kelua tp duit dgn resit xda.sy pg wt aduan di bnk islm je’diorg ckp kna tngu 2mingu.sy nk kna pg cimb wt report x?

    18. thanks bro, for sharing this info….
      huhu…terkena 10/12/2014 di atm maybank setia city mall…. ingatkan mmg dh rejected… sbb org sblm n selepas saya pun xkluar duit jugak… rupanya dh kena deduct. RM1k tuuuu… tergendala semua urusan.
      trus balik rumah n check maybank2u, mmg confirm Rm1k dah withdraw.
      report to Maybank care line…dgn tenangnya dia kata biasa tu… nnt akan dpt duit semula dlm 2 hari…menas jumaat 14/12/2014 siap confirm tarikh lggg utk check akaun.

      tuptup…xda org call, sms pun. duit pun senyap ja. tunggu isnin la kot2 dia nak kira 2 hari bekerja…. tgk xda jugak. bila call careline, dia kata ATM xda report problem pun. nk saya further report utk further check ke? of course lah nak kan?…duit kita, bleh plak dia tya mcm nak order air plak… it will take 14 days ++ to complete the investigation… lama gak tu

      sementara tu dia kata bleh buat report polis utk tgk cctv…hmmm perlu ke?

      masih sabar menanti neh…

      • Oh nasib Malang menimpa diriku juga nk kluar seribu dpt 550 sangkut 450.check balance tolak seribu.call no kt blkng resit..punyalh lama..ckp sminggu tempoh berkerja..duit akn dmsukkn tp call smula after 2 week..cimb ckp tkder access …dan suruh buat report polis..menyushkn..CIMB BANK…aku betul2 kecewa..walau mcm mana pun aku akn dptkn balik..bkn salah aku.hate u .

    19. Kisah saya sama dengan admin. Try nak keluarkan duit kat atm cimb tapi kad saya dari public bank. Sampai sekarang sudah 3 minggu tapi still no response dari pihak public bank. Dah buat report and tengah follow up dengan diaorang setiap hari. Harap dapat balik sebap banyak kot rm500. Sabar je lah.

        • Salam..mcm mne ngn mslah sye..skg talipusam n ari wilayh..org cuti..sy pkai kad bank rakyat kuar duit di cimb..kad sy tdk boleh acces pulak..pin kata nye..smlm sy out money di bsn ok je..xkan sy lupa no pin..cimb mmg la..so sy nak report mne?bank rakyat or cimb?or dua2 sekali..

          • kalau bank lain boleh keluarkan duit pergi ke bank lain jer lah. dan jika tak der melibatkan amaun duit terkurang tak perlu lah buat report. nnti timbul hal lain pulak

            • Saya ni juga terkena…macam mana ni?19.12.2014..sy kuarkn duit dr atm bnk rakyat….tp kad mayabank…duit dan resit tak keluar..dah buat aduan…call tele rkyt pun sudah…tp hampa jwpn…macam2 diorg.minta…..ni mnta statement akaun maybank terkini..ke hulu ke hilir saya..masuk 2 bulan..apa ptt saya buat?

      • sya pun prnh kna…Masukkn Kad Bank Islam ke mesin ATM Maybank..Tekan Rm 1500..resit keluar tunggu punya tunggu duit pun keluar…tp sblm beredar aku kira lh duit tu…..dusssssss!!!!..RM800 jk…msa tu jantung rsa mau gugur.darah panas sudah naik dh…aku check la balik kat mesin tu..nasib duit aku msh ada di tmpt kluar duit tp tidak tersusun..lintang pukang…aku tarik la satu persatu dari tempat duit keluar..akhirnya cukip RM 1500…aku xnk lg pkai mesin atm tu.serik

    20. salam,
      sy bru je tkena kes mcm ni mgu lpas, ambil kat bank RHB, tp bnk sy PUBLIC.suda buat aduan, kata dua minggu.. nak kena call diorg ke? smasa kmu dpt duit, pihak bank call awak or sms?

    21. Mcm bnyk problel ngan atm cimb..tp sy x prnh lak kne mcm nie..myb sb sy kua ikut bank asal..wlu mcamana pn sy akn bk waze n cr gak bnk asal..

    22. Saya punya kes lagi pelik rasanya x tau la ada org pernah kena macam saya atau tak?

      Keluarkan duit pada 21/7, keluarkan rm1000 tapi rm300 sahaja keluar. Report semua dah dibuat bila dah tunggu 1bln pergi ke bank boleh2 bank cakap rekod atm tu x ada duit lebihan rm700..

      Saya tertanya tanya ke mana hilang duit saya.. Adakah iannya tersangkut dan keluar selepas saya atau mcm mana ya?

      Dah pening rasa bila jadi mcm ni, pernah juga kena sblm ni tapi dlm masa 2hari atau seminggu dah settle ni dah 1bln last2 dapat jawapan yang kurang menyenangkan..

    23. Sy pun kena haritu. Pagi buta. Pkul 3 pagi hari sabtu. Kad atm cimb, sy kluarkan kt public bank. Isnin pagi sy terus p cimb buat report. Customer service tu ckp perlu buat report kt dua2 bank terljbat. Jadi slepas tu sy terus ke public bank.

      Sampai di public bank, lepas isi borang terus ke kaunter. Depa mintak resit, tp sy tak dapat resit. So sy just tunjuk transaction history. Masukkan detail2 kejadian mcm waktu, jumlah, tempat bla bla. Alhamdulillah, tak sampai seminggu selepas sy buat report tu dalam akaun bank sy dah dikreditkan balik.

      So kesimpulannya kalau terjadi mcm ni simpan semua resit, kalau takda record masa kejadian. Lepas tu di kaunter buat muka bengis tp berbudi bahasa. Insyaallah takda masalah.

      **alasan kakitangan public bank tu= benda ni mmg selalu terjadi. Sebab sistem meps terganggu.

      • kalau tak boleh keluar tp cek balance tak kurang tak der masalah. kalau duit tak keluar tapi duit kurang memg saudara kena buat report kat bank ATM tu dan juga bank anda jika berlainan

    24. baru jer terjadi hari ni.. suami dpt gaji dr accnt maybank, pastu transfer baki gaji rm1300 kat accnt public bank untuk kgnaan sy. so ptg tadi sy pegi la cek kat atm meps kat petronas brdekatan rmh sy, bila nak withdraw sy try la tekan rm900. tau2 baki x mencukupi cuma tinggal rm32 jer.. sy pun pelik la cepat2 kuarkan kad atm.. pastu call suami mmg dia dah transfer pg tu, siap dpt msg dr mybank lg ckp dah tranfer kat public.. nak report kt bank pun kena tggu esok pg.. skt hati betul.. first time kena mcm ni..

    25. saya kena hari tu kat atm cimb..balance dah tolak..duit tak kluar RM1280..saya guna kad HLB..mlm tu report hlb hotline,,janji 14 hari bekerja..report 8/10..sampai sekarang duit tak masuk masuk..bila call dlm proses,,mmg bengang jugak..last tgh hari tadi saya call bahagian complent,,boleh bagi idea mcm mana nak bagi kes ni cepat tak..perlu ke pergi HLB hq,,

    26. Sye transfer duit dr bank islam ke bank islam tp resit x keluar😞 nak buat camne tu eh? Online shop kena ada resit kan utk bukti pembayaran, duit sye dh masukan dah pon tp masaalahnyer resit ni le

    27. Saya baru kene hari ini. Kad Bank Islam untuk withdraw dari CIMB Bank. Kes saya, baru masuk no pin dah keluar sistem switch tergendala. Tak sempat lagi nak letak nilai berapa banyak duit nak bawak keluar. Kalau kes mcm ni duit pon kene tolak ke?

    28. Assalam..saya ada maslh card atm RHB..mulanya sy pegi nk kluarkn duit di atm cimb bank..sy cuba cek baki tapi..tp tak boleh..2,3 kali jgk sy cuba tp tetap xblh…lepas tu sy cuba pegi cari mesin atm RhB…bila sy cuba cek baki tetap xblh jgk..nk kluarkn duit pn xblh…kes mcm ni dh jadi 2 kali pada sy …kes pertama mcm tu jgk..sy terpaksa buat card baru…adakh ni kes yg sama jgk..

    29. sama lh sy pon baru kena semalam 6.1,2016…bank sy m.bank but guna atm rhb bank…hilang rm 300…pagi ni 07.01.2015 baru g wat aduan kat m.bank…
      tu pon kena tunggu pangilan…ahhh sodih…

    30. saya pun baru kena 10.1.2016. saya guna kad maybank, tekan duit kt atm rhb. kad keluar mcm biasa tapi duit xkeluar. rm500 lak tu. duit tu la nak guna bayar yuran sekolah ank2. bila call customer service maybank ckp kna tggu 14 hari bekerja. esknya saya masih xpuas hati, saya pegi rhb, yang panasnya staf dia blh ckp kami xblh tolong sbb akaun dgn maybank, mesin ja mesin kami. diaorg xnak ambk laporan. saya pegi plak maybank, diaorang ckp kna report jga dgn rhb, masalahnya rhb xnak ambil laporan. sudahnya isi borang sekali lagi. siap ckp xboleh janji bila akan dapat balik duit tu..memang sengal betul la.

    31. Sy dh terkena pd 17.12.2015 jam 9.21 n 9.22pm..sy guna mesin atm rhb dlm giant tmn melawati…n kad sy rhb… sy buat pengeluaran 2x…pengeluaran 1…kurang rm50…begitu juga pengeluaran ke 2..lps 1 minit…jugak duit kurang rm50…sy trus col atm hotline rhb…no report sy pon diberikan… depa ckp tunggu dlm 10hr…bila sy col…sedih jwpan dr depa… depa dh cek…xde lebihan atau wang tersangkut dlm mesin…sy pon pi rhb wangsa melawati n buat report sekali lg bila sy nk kuarkan duit sy dn pindah ke bank lain…depa minta isi borang aduan atas kehilangan duit tuu… ptg nie…sy br dpt panggilan dr rhb mengatakan hq dh cek… ada duit rm10 kuar sebanyak 50…sdgkan ms pengeluaran, semua duit baru rm50… sy dh lama menjadi customer rhb…ni kali pertama sy terkena … rupa3nye…kawan3 sy dh terkena…. so apa perlu sy buat… walaupon xbnyak..tapi itu hak sy…

    32. 2hari lepas kena dipublic tekan rm150 xkuar jumlah bukan besar tapi itu titik peluh kita, sudah buat report ia ckp dalam masa seminggu jadi saya xpasti kena tunggu mereka call ke kita check sendiri.

    33. Petang tadi di AMbank Semenyih saya gi cucuk duit sebanyak RM 470.00 nak bayar sewa rumah baki acc saya sebelum tu 538.0000 selepas saya membuat urusan dan menunggu duit keluar tetiba urus niaga dibatalkan oleh atm dan mengeluarkan kat saya .. lalu saya ke maybank berdekatan dana amat terkejut baki saya kurang dari yang sepatutnya lalu saya ke Ambank semula pegawai bank di situ cakap buat report besok sebab bank dah kunci pintu dan saya lihat atm semua off line ………. apa nak buat iskhhhhhhh semak betul laaa

    34. saya baru kena semalam.guna kad hong leong bank..cucuk dekat rhb bank.kes yang sama..dah buat pengeluaran duit tak keluar..resit pun x keluar..tapi jumlah dalam ac dah di potong…ni nka report kt rhb ke hl bank?

    35. Salam tuan blog dan semua.. Masih ada lagi ke thread ni? Hehe.. Tadi saya terkena sama situasi mcm tuan blog, duit tak keluar di atm, tapi dah dipotong duit dari akaun bank.. Kad affin, atm cimb.. Jadi kenalah saya deal dengan dua2 bank ni.. Lepas ni saya beringatlah kot, nak keluar duit cari atm bank sama.. Senang kalau situasi pelik2 mcm ni.. Check balance saya rasa takpe lagi kalau atm bank lain.. Tapi kalau nak buat keluar duit, 2 3 kali fikir gak ni.. Huhu..

        • Sy baru kene td.. kuar kan duit.. rm100.. sekali duit x kuar.. g kat atm sebelah.. baru kuar duit.. cek kat cimb klik balik.. rupenye dia dh tolak yg first td.. katenye kad x dpt diproses..call cimb.. diorg buat report.. amek mase 2 mggu.. nasib la rm100 je..

    36. Salam en. Saya baru kena di atm RHB kad atm bank islam. Total keluar 200 + 100 mula2 try 200 dia mcm hang lame pastu kuar kad tapi duit xkuar. Saya check baki mmg tolak pastu sy try lagi skali 100 sama xkeluar jgk mau menangis sy dekat mall tu. Dah la gaji baru masuk teruja p draw last skali lesap 300. Nk tggu refund mcam wat loan 200k. Sakit btol.

    37. slm. sy pun kena bln 5 hr tu. konon2 nak byr keta guna mesin cimb.. byr rm630 tp tak dapat kena reject. yg buat bengang tu rm100 kena telan. buat laporan bnyk betul songeh.. telan duit tak sampai seminit nak claim sampai sekarang tak dapat2.bengang betoi…

    38. Tarikh kejadian. 12.06.2016
      Report no:1-2639390785
      Tolong la feedback cepat pengeluaran mengguna atm machine CIMB tetapi card maybank..bila check dengan pihak CIMB suruh check dengan pihak maybank…tetapi check dengan maybank mengatakan yg Cimb pending investigation….dh sebulan…kenapa bila call Cimb kata tinggal refund..tapi kenapa sampai skrg pihak maybank tidak dapat lagi refund tu dan record maybank PENDING INVESTIGATION…CIMB please feedback ASAP…..

    39. saya pun baru trkena semlm di mybnk gelang patah…kad kluar tp duit x kluar..resit pun x de…check baki guna ATM lain mmg ada transaction brlaku…esok ingat nak mengamuk kat kaunter lps geram…Dah laa hujung bulan..

    40. Kejadian berlaku bukan nov 2015 saya nak keluarkan rm5000 untuk beli barang,kad atm saya ambank dan nak keluarkan duit di hlb chow kit. 4500 berjaya dikeluarkan tapi yang rm 500 tak keluar tertera dimesin atm jumlah telah melebihi had maksimum rm5000. Bila di cek ambank internet 500 telah keluar. Saya hanya terima rm4500. Report kat ambank,ambank suruh report kat hlb ,report kat hlb,hlb suruh report kat ambank. And last dah 10 bulan duit tak masuk lagi alasan duit rm500 dah keluar. Memang babi pundek ambank dan hlb.

    41. sory sy nak tanya kot2 awk thu masalah ini kenapa . kenapa eh sy nak check amount kt semua mesin meps (kad sy cimb bank) kecuali mesin cimb bank tdi tk, sebab mesin tu screen blank. dah tekan check simpanan terus keluar ‘ teraksi anda tidak disempurnakan ketika ini ‘ adakah sebab cimb bank problem atau kad atm ?

    42. Saya kena tadi..nk cash deposit kt cdm maybank..tiba2 mesim jam..call careline bz2..tak thu nk wat pe..hopefully isnin dpt call n dpt duit..huhuhuhu

    43. i punya kad SC…withdraw kat Bank Islam Shah Alam 26Aug..follow up sana sini sampai meps i kejor..tapi sampai ke harini lum masuk lg..huuu..nak raya haji dah ni..saddissss

    44. Saya br tkena jumaat lps 9/9/16…lg malang atm khabisan resit…acc cimb kuar kat atm muamalat…dh report kt cimb.tp br dpt msg dr cimb ckp report reject sbb xcukup info…adus sedih gile sbb bkm sikit…rm1500 tu…nak byr duit org…ni dh report 2x…mtk2 ada la rezeki sy…nk ty perlu ke sy report bank muamalat jgk?sbb cimb ckp xperlu sbb diorg yg akan brurusan trs dgn muamalat…

    45. kes saya pula lain…

      saya guna kad public bank , tapi keluar duit kat mybank….

      bila saya keluarkan duit…

      duit x keluar , kad dengan resit jer keluar…. resit itu tertulis jumlah wang yg aku kuarkan…. tapi duit x ada, slip jer dapat ngan kad balik….

      dan bila aku pergi ke public bank… guna mesim Atm juga… bila dah masukkan no pin…

      dia kata reject….. aku x pernah chek pun… tapi duit mmg ada kat dalam, aku nak chek balance pun dah x boleh… tu yg risau , esok pula hari sabtu.. terbaca tulisan ni, ni yg aku risau.. sbb aku pikir, bank tak potong juga sbb duit x keluar. jumlah yg aku kuar tu, banyak juga bagi org susah macam aku ni.. aku kuarkan 500… kat slip pun ada tulis, bukan satu mesin aku cuba tapi 2 mesin, cimb dan mybank.. keduanya pun hanya bagi slip jer..siap ngan duit pegeluaran tapi x ada duit kuar.. yg last tu aku ke mesin atm public bank … kena reject…

      tak kena potong ker tu?? esok pula hari sabtu..tutup bank..

    46. saya jadi cmtu juga . saya pakai kad cimb . 31 hb ogos lepas keluar duit dekat atm ambank rm1200 .kad n resit keluar tengah tggu duit keluar tiba2 mesin down out of servis . tggu duit xkeluar . xpe lah cucuk skali lagi keluar kan rm600 pulak . keluar rm600 tu ambik duit ambik resit semua buat xtau jela . pstu tergerak hati nak cek baki duit dekat online . sekali tgok terkejut tgok baki kurang . pegi mana duit rm1200 tu xdaaa ???? 😭😭😭 lepas tu ke esok kannya pegi bank cimb buat report diorg ckp ambik masa 15-30 hari tgguuu laa cukup sebulan duit xmasuk2 then coll diorg cakp case dah close . diorg cek balik report cakap dah settle tapi xda transaksi pun daripada pihak diorg so diorg buat report skali lagi . kene tggu juga 15-30. haishhhh benciiii 😭😭😭😭 xtau nak buat apa .

    47. Trajedi oktober katanya…
      Tarikh:23/10/2016
      Masa:8.40am
      Lokasi:bandar kecil di perak
      Nak kongsi
      Allahurabb..baru balik dr ATM at petron (maybank)
      Saya dah perasan ade sorg safegurd dok tepi atm tu..tegerak
      Hati kata duit nk habis kot..xpe la dia ade je kat situ..
      ALLAH nakduga,saa kuarkan duit guna mesin tu..dah cantik tekn pengelur a n rm1500.nk bayr duit kereta..bil…beli brng umh..tggu punya tggu kad keluar tapi bunyi duit dalam atm masa nk kuar tu lain..sy dah agak…lampu kat tempat duit nk kuar tu bertukar merah..gbra la…pusing2 que panjng…sy pun minta maaf ngn semu yg tggu tu…sy tye kt pihk petron depa kata safeguard tu dah balik dan xde no fon dia..saya muka dh petak ber segi2 la…huhu
      Nk call suami jauh kat tengh laut,mampu dail cust.servis je..
      Sy nangis atas moto ondaway balik umah….dah call cust servis tu dah buat report semua.dia bg no report 8digit…katanya pasni akan diproses..dan kene tggu 3-7hari waktu bekerja…huuu bertabahlah tggu duit tu..
      Payment yg perlu dibayar tu sy tangguh dulu…sbb duit yg ada nk hntar kat family.adik lg bljar kat u…
      Mampu berdoa dan berharap pihak maybank dapat proses segera mungkin..
      B/P pun boleh naik klu bende ni jd selalu.dah kt tempt sy ni cawangan maybnk dan cimb besar dah tutup….klu nk p wat urusan kat kaunter tu…nun jauh nk p…klau naik moto boleh kebas muka n kaki…
      Sekian….masih menunggu sbb harini public holiday…
      Allah nk uji,…

    48. Alhamdulillah ..sujud syukur..
      Saya dah dapat pulangan semula duit dalam masa 5 hari waktu bekrja.
      Tarikh kejadian 23/10/2016-28/10/16(lebih kurang 6 hari pihak maybank proses report saya..😊

    49. Saya baru terkena petang tadi cucuk duit di atm maybank kudat, sabah.bila masukkan kad, tekan no pin dan pengeluaran segera rm500 terus keluar slip dan kad.tapi duit x keluar. Check pada slip ada pengeluaran. Lepas tu masukkan balik kad check baki terkejut giler sbb baki dh ditolak. Gabra punya pasal terus jumpa kerani maybank dan pegawai. Pegawai tu check dia kata mmg ada berlaku pengeluaran so dia suruh isi borang. Kata pegawai tu lg insyaalah esok klu xde apa2 masalah duit dpt refund balik.cuma rasa cuak sgt2 sbb tak pernah terjadi sblm ni.klu esok x masuk,akan repeat balik jumpa pegawai.

    50. Saya baru kena pagi td boss, keluar duit dRi atm bsn, di skrin ckp urusniaga tidak berjaya, resit pun xda keluar, last2 check online hilang 300.call public bank suruh buat report hari isnin ni, sedihnya

    51. Saya baru kena 1 syawal sebelum solat hari raya. Cancel program raya. Sedihnya. Sampai hari ni blum refund lagi. Call centre buat endah tak endah. Suruh tunggu 14 hari. Semalam dapat bercakap dgn officer yang incharge. Officer suruh check akaun hari ni.
      Officer bank tu pesan lain kali kalau guna machine lain (meps atau bank lain) , check baki akaun dulu untuk pastikan line ok. Kalau tak dapat check baki, jangan teruskan transaksi. Kemungkinan berlaku duit tak keluar. Sekian, harap bermanfaat.

    52. Saya kena rm400
      ni dah masuk 3 hari masih xdapat refund.
      Kad maybank..
      cucuk pun kat atm maybank di bank maybank.
      Cucuk kad,masuk pin,tekan lain2 amount,kad terus kena tendang.
      Check acc on9..400 hilang
      Haisshh geram je
      Berap lama lg kena tunggu pun xtahu..
      Susah sgt ke nk pulangkan balik on the spot..
      Atleast hari yg sama dapat balik duit pun ok la..ni tidak

    Leave a Reply to Ishak Ismail Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge