Kemahiran Jika Diperam Tak Ada Gunanya… So Bantulah Yang Memerlukan..!

0
165

Hurmmm dah beberapa hari aku tak sempat menulis kat sini. Ada jer menulis tapi kat tempat lain. Aku sekarang dah commit untuk satu projek jaga website dan media sosial travel agensi, Flyworld Travel. Banyak kali juga aku fikir sebelum bersetuju commit dengan diorang.

Tapi bila fikirkan kerja tu adalah kerja yang fleksibel dan tak mengganggu kerja aku, maka aku bersetuju. Sebabnya aku fikir sayang jugak dengan skill yang aku ada ni kalau aku tak gunakan sepenuhnya di ruang perniagaan sebenarnya. So dengan projek ni aku bolehlah menyalurkan ilmu yang aku ada sebaik mungkin untuk menaikkan syarikat ni.

Keputusan aku tu juga sebenarnya adalah disebabkan aku kagum dengan visi dan misi tuan punya Flyworld Travel ni. Beliau memang suka berkongsi. Pada beliau semua orang ada bahagian masing-masing. Dan masing-masing berhak mendapat ganjaran atas apa yang diusahakan.

Aku juga sangat berminat dengan bisnes travel ni. Mungkin sebab aku pun suka travel. Industri travel ni pada aku industri yang susah nak ditelan zaman. Bila-bila pun akan ada orang yang akan travel. Cuma agensi travel kena pandai bersaing jer dengan agensi-agensi yang lain yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan di negara ini.

Ada gaji ke? Ofkos la ada gaji. Macam yang aku cakap tadi, tuan punya agensi travel ni memang suka berkongsi. Pada pandangan beliau semua orang patut diganjari seiring dengan usaha mereka. Dan ada upah untuk aku mengendalikan semua ini.

Plitvice Lake ni kat Croatia. Kalau korang ikut trip ke Balkan korang akan sampai sini. Tempat yang sangat indah dan damai.. Best dapat pengalaman datang sini

Disamping itu aku juga dapat peluang untuk memberi lebih sumbangan kepada agensi ini melalui review-review pakej pelancongan yang ditawarkan oleh mereka. Sebelum ini pun aku pernah berkolaborasi dengan agensi travel ni untuk review pakej ke Eropah dan Balkan. Memang servis mereka adalah yang terbaik sepanjang aku ikuti kembara Eropah dan Balkan Tersebut. Sebab tu aku sangat yakin agensi travel ni mampu bersaing dan pergi jauh.

Kena pulak dengan pengalaman tuan punya agensi travel ni yang dah berbelas tahun dalam agensi travel. Lagi lah aku yakin. Tengok beliau mencongak segala perancangan dalam kepala pun aku dah tau yang beliau berada dalam kelasnya yang tersendiri dalam industri ini.

Akhir November ni insyaAllah jika tiada aral melintang, aku akan travel lagi ke luar negara untuk review pakej pelancongan diorang. Kali ini aku akan ke Istanbul Turki selama 10 hari. Jika sebelum ini aku sudah membuat yang terbaik dengan peralatan yang aku ada, kali ni insyaAllah aku akan berikan yang lebih baik dengan peralatan aku yang semakin bertambah.

Oh ya, aku juga dah jadi ejen kepada agensi travel ni tau. Aku dah boleh cari pelanggan aku sendiri yang berminat untuk melancong keluar negara dengan travel agensi ni. So kalau kalau korang tengah mengusha pakej ke luar negara boleh hubungi aku. Aku akan uruskan penempahan tempat korang ke tempat yang ingin dituju. Bab duit jangan risau. Korang boleh terus bayar kat agensi travel tu. Aku malas nak kutip dan pegang duit banyak-banyak.

So nanti free-free korang boleh la melawat dan Follow & LIKE website, page dan Instagram kami ni ya:

Website: Flyworld Travel
Facebook : Flyworld Travel
Instagram: Flyworld Travel

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here