Jika korang mengikuti perkembangan ekonomi semasa, pasti korang akan sedar bahawa ekonomi sekarang dalam keadaan yang sedikit kurang memberangsangkan. Banyak laporan daripada pakar-pakar ekonomi yang membincangkan tentang perkara ini yang Abam Hoq tidak akan sentuh di sini.
Perkembangan ekonomi yang agak perlahan ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah ini adalah masalah dunia. Mahu ataupun tidak Malaysia yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa pasti terpalit sama. Ini adalah masalah di luar kawalan kita.
Keadaan ekonomi ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada banyak industri di negara kita. Antaranya yang terkesan adalah sektor hartanah. Projek-projek perumahan dilihat sedikit perlahan. Begitu juga dengan penjualan Hartanah terutama projek perumahan baru siap dibina.
Di sinilah kita akan tengok macamana Pemaju Hartanah akan membuat sesuatu untuk mengatasi masalah ini. Mereka akan lebih kreatif mencipta kempen dan tawaran menarik untuk menarik minat pembeli.
Salah satu pemaju hartanah yang memberikan nilai tambah kepada pakej hartanah mereka adalah HCK Group. Pemaju hartanah yang sedang mempromosikan 3 projek terbaru mereka ni berjaya mengajak orang ramai untuk melihat sendiri pakej-pakej dan promosi daripada mereka dengan inisiatif yang tersendiri.
Kempen “Buy Your Dream Property & Win A Car”

Kempen terbaru ini bukan sahaja memberikan tawaran kewangan menarik untuk memudahkan proses pembelian hartanah, malah ia menyediakan 41 hadiah cabutan bertuah untuk dimenangi. Semuanya bernilai lebih daripada RM450,000 termasuk sebuah BMW318i.
Kempen ini adalah untuk 3 projeknya iaitu edusentral @ Setia Alam, edusphere @ Cyberjaya and edumetro @ Subang Jaya.
X’TRA FINANCING PROGRAMME
Manakala untuk pembeli edusentral @ Setia Alam and edusphere @ Cyberjaya (tidak termasuk edumetro @ Subang Jaya, mereka akan mendapat kemudahan bantuan kewangan yang unik yang dinamakan X’TRA FINANCING PROGRAMME.
Program ini adalah hasil kerjasama HCK Group dengan pihak ketiga untuk mengurangkan jurang kewangan antara pembeli dan pihak bank.
Sesiapa yang menandatangani ‘Sale and Purchase Agreement (SPA) dan ‘Loan Agreement’ dalam jangkamasa 1 September hingga 30 November 2019, layak untuk menyertai kempen menarik yang ditawarkan ini (termasuk hadiah utama BMW).
Cepat ya. Ada masa lebih kurang sebulan setengah lagi.
Jadi sesiapa yang hendak membeli rumah, eloklah merebut peluang keemasan ini kerana ianya akan membantu memudahkan urusan pembelian rumah itu nanti.
Seminar Hartanah Percuma

Bersempena dengan kempen ini juga, satu seminar hartanah percuma akan diadakan seperti berikut:
Tajuk : “Property or poverty? Opportunity of Threat? Time to find out”Tarikh : 12 Oktober 2019
Masa : 3 – 5 pm
Lokasi : edumetro Sales Gallery @ USJ 1
Penceramah : Charles Tan, pengasas dan editor kopiandproperty.com
Seminar ini akan memberi anda banyak maklumat tentang industry hartanah. Macamana keadaan sektor hartanah sekarang. Adakah sesuai untuk membuat pembelian hartanah sekarang dan pelbagai isu lagi yang akan dikupas.
Yang bagusnya Charles Tan ini bukan mewakili pemaju hartanah. Beliau juga bukan ejen hartanah dan beliau tiada kaitan dengan bank-bank yang memberikan pinjaman perumahan.
Jadi yang nak dapatkan info tentang keadaan pasaran hartanah sekarang ataupun nak tanya bermacam soalan tentang industry hartanah, boleh datang ke seminar ini.
Hubungi: +6012-2998511
Cepat ya.. Tempat adalah terhad
Maklumat ringkas projek:
edusentral @ Setia Alam
Secara ringkasnya, edusentral adalah pembangunan bandar pendidikan bersepadu di Setia Alam yang terdiri daripada enam menara kediaman, pejabat kecil, pejabat gaya hidup (SoLo) dan kedai runcit yang mengelilingi Sekolah Antarabangsa Australia yang berprestij.
Didirikan di atas 12 ekar tanah di tengah-tengah Setia Alam, pembangunan ini adalah kombinasi pejabat, kediaman dan komponen runcit yang bakal menjana trafik perniagaan sepanjang masa.

Edusentral menawarkan pelbagai pilihan tempat kediaman serta unit runcit strategik yang mendapat faedah dari populasi sekitar, pelajar akademik, pekerja dan penduduk setempat yang ia akan memastikan permintaan yang sentiasa ada.
Berikutan kejayaan fasa kediaman sebelum ini, kediaman terkini di edusentral adalah Cornell Suites, yang terletak dalam jarak antara 502 kaki persegi dan 836 kaki persegi, berharga RM 360,000 dan ke atas. Sementara itu, unit Signature + SoLo Suites dan Runcit di antara 1,151 kaki persegi dan 1,657 kaki persegi berharga RM 622,000 dan ke atas.
edusphere @ Cyberjaya
Menawarkan persekitaran komuniti “Stay, Shop and Study” yang unik, tawaran terbaru di edusphere ialah Northwood Suites.
Berikutan kejayaan melancarkan dua blok kediaman perkhidmatan 18 tingkat yang dinamakan Covington dan Foster Suites, Northwood Suites mempunyai unit berhawa dingin sepenuhnya dengan kawasan pantry yang siap dipasang.

Kemudahan lain di sini termasuklah gimnasium, kolam renang, gelanggang sukan pelbagai guna dan taman-taman berlanskap.
Northwood Suites mempunyai pilihan sama ada unit studio dengan 450 kaki persegi atau unit dwi-utama dengan kaki 790sq. Ia berharga dari RM314,000 dan ke atas.
Kedua-dua edusentral dan edusphere ini layak untuk mendapatkan pakej X’TRA FINANCING di mana pembeli mempunyai pilihan untuk menyelesaikan bayaran balik rumah tersebut dengan skim ansuran bebas faedah pihak ketiga yang berkerjasama dengan pemaju, HCK Group. Ini akan memudahkan lagi urusan pembelian.
edumetro @ Subang Jaya
Selaras dengan fokus HCK pada pusat pendidikan, edumetro merupakan pembangunan bersepadu yang dimajukan di 3.76 ekar di lokasi USJ 1 Subang Jaya, yang bersempadan dengan komuniti kolej dan universiti di Bandar Sunway.

Dengan kemudahan pendidikan sendiri, edumetro terdiri daripada lima menara suite gaya hidup yang terletak di atas podium 3-tingkat. Sebahagian daripada podium adalah diduduki sekolah antarabangsa yang mempunyai zon drop-off sendiri untuk memastikan keselamatan para pelajarnya dan aliran lalu lintas yang tidak mengganggu komponen kediaman.
Di samping itu, kedai-kedai runcit di podium menyediakan akses segera kepada kemudahan harian, manakala bahagian lain podium akan menyediakan ruang kerja untuk untuk usahawan moden.
Untuk pertanyaan dan tempahan tempat seminar:
Sekali lagi, yang berminat dengan kempen dan pembelian rumah, maupun yang berminat untuk menyertai seminar, anda boleh hubungi nombor ini:
>> +60122998511 <<