Kempen New Normal Same Cancer
Apakah Kempen New Normal Same Cancer?
Pandemic Covid-19 ini menyebabkan segalanya berubah 360 darjah. Kita terpaksa hidup dalam norma baharu dengan segala SOP yang telah ditetapkan.
Segala tumpuan terpaksa diberikan kepada usaha mengekang dan menangani pandemic yang telah meragut jutaan nyawa di seluruh dunia. Pernah satu ketika baru-baru ini hospital-hospital di negara kita hampir lumpuh akibat ramainya yang telah didapati positif Covid-19.
Keadaan ini telah menyebabkan kita lupa akan satu lagi penyakit yang sejak sekian lama menjadi antara pembunuh utama di negara kita, iaitu penyakit Kanser.
Kalau tidak lupa sekali pun kita memang menghadapi masalah untuk menumpukan kembali kepada penyakit ini dengan dengan peralatan, tempat, tenaga mahir yang tidak mengcukupi akibat bahana Covid-19. Ini menyebabkan peningkatan risiko kanser peringkat lanjut yang lagi sukar untuk dirawat. Perlu diingat, serangan Kanser tidak terhenti walaupun di kala COVID-19 sedang menggila.

Kanser antara pembunuh utama
Kini setelah keadaan sedikit reda, dan kita semua telah terbiasa dengan norma baharu, pihak berwajib telah menumpukan semula kepada usaha untuk menyedarkan orang ramai akan bahaya kanser dan betapa perlu pemeriksaan dibuat seawal mungkin.
Atas sebab ini, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Persatuan Jaringan Kanser Paru-Paru Malaysia (LCNM) telah bekerjasama untuk melancarkan kempen ‘New Normal, Same Cancer’ dengan sokongan AstraZeneca Malaysia untuk menangani kesan berterusan akibat pandemik COVID-19 mengenai penjagaan kanser sambil menggalakkan orang ramai untuk bertindak awal lalu menjalankan pemeriksaan penjagaan kesihatan yang sesuai.
Kempen dilancarkan bersempena bulan kesedaran kanser payudara, paru-paru dan prostat.
Untuk makluman, Kanser merupakan punca kematian kedua utama di dunia dan di Malaysia. Menurut penyelidikan yang diterbitkan baru-baru ini, Covid-19 Impact on Cancer Care oleh IQVIA, terdapat penurunan drastik sebanyak 74% dalam diagnosis kanser sejak dunia diserang pandemik. Ramai doktor telah berkongsi bahawa mereka mengalami kelewatan dalam susulan untuk pengesanan, pemeriksaan, dan rawatan untuk pesakit kanser dan kumpulan berisiko tinggi.

Dengan penurunan mendadak dalam kadar diagnosis dan kadar saringan para pesakit, ketiga-tiga organisasi ini telah bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran di kalangan populasi pesakit yang belum lagi didiagnosis atau dirawat.
Untuk menggalakkan para pesakit kembali menerima rawatan pada waktu norma baharu ini, kempen ini menyediakan baucar saringan dan konsultasi bagi kanser payudara, paru-paru dan prostat di hospital di seluruh negara yang mengambil bahagian dalam kempen ini.
Di samping itu, pendidikan mengenai penjagaan kanser yang betul melalui media sosial dan laman mikro kempen sedang giat diteruskan.
Matlamat Kempen New Normal Same Cancer
Kempen bersama LCNM yang disokong oleh AstraZeneca ini bertujuan untuk mencapai tiga matlamat: meningkatkan kesedaran kanser di kalangan orang ramai, menyerlahkan kepentingan pengesanan awal, dan menggalakkan orang ramai untuk menjalani saringan.

Dengan kesedaran dan saringan awal, kanser ini biasanya masih boleh dicegah dan dirawat. Namun jika kanser sudah berada di tahap 3 atau 4, kemungkinan untuk sembuh menjadi agak tipis.
Besarlah harapan agar kempen ini dapat meningkatkan kesedaran bahawa walaupun kita masih belum bebas daripada pandemic Covid-19, namun saringan kanser paru-paru untuk individu yang berisiko boleh dilakukan dengan selamat dengan mengambil langkah berjaga-jaga mengikut SOP yang sepatutnya.
Baucar Saringan
Untuk menggalakkan pesakit dan orang ramai meneruskan rawatan berjadual dan saringan awal, baucar saringan boleh dimuat turun dari laman mikro kempen seperti di bawah.


Untuk kemudahan tambahan, tempahan untuk saringan boleh dilakukan dengan 18 hospital yang mengambil bahagian di pelbagai wilayah di Malaysia.
Kanser tidak menunggu, anda pun jangan tertunggu-tunggu. Bertindak sekarang. Hubungi doktor anda. Dapatkan pemeriksaan.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ‘New Normal, Same Cancer’ dan baucar saringan, sila rujuk: www.newnormalsamecancer.org
Senarai hospital yang mengambil bahagian:
Bagan Specialist Centre
Beacon Hospital
Borneo Medical Centre
Darul Makmur Medical Centre
Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
KPJ Puteri Specialist Hospital
Mahkota Medical Centre
National Cancer Society Malaysia Cancer & Health Screening Clinic
Nilai Medical Centre
Pantai Hospital Ayer Keroh
Pantai Hospital Kuala Lumpur
Penang Adventist Hospital
Putra Medical Centre Alor Setar
Putra Specialist Hospital Melaka
SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu
Sri Kota Specialist Medical Centre
Subang Jaya Medical CentreSunway Medical Centre