
Ramadhan datang lagi
Ramadhan hampir menjelma lagi. Bulan pesta pahala ini memang dinanti-nantikan oleh seluruh ummat Islam. Bulan yang penuh dengan keberkatan yang mana segala amal kebaikan akan digandakan pahalanya di bulan ini. Di bulan inilah ummat Islam berlumba-lumba membuat ibadah untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala. Di dalam bulan ini juga ada satu malam yang jika ummat Islam beribadat di malam itu, pahalanya bersamaan dengan 1 ribu bulan.
Antara amalan yang biasa dibuat di bulan ini ialah sedeqah. Sedeqah adalah antara amalan yang besar pahalanya dan senang untuk dilakukan. Sebab ia bukannya ibadat khusus. Maka tak perlu ambik wudhuk, bersih daripada hadas dan sebagainya. Hanya perlu beri je apa yang kita ada. Ia boleh dilakukan dalam bentuk pemberian wang ringgit, tenaga, masa dalah senyum pun dikira sedeqah.

Kadang-kadang sambil membeli pun kita boleh bersedeqah. Barang pun kita dapat, pahala sedeqah pun kita dapat. Biasanya ada je yang akan buat kempen membeli sambil beramal ni. Contoh yang paling ketara ialah syarikat air minuman yang amat sinonim dengan rakyat malaysia, YEO’S.
Majlis Pelancaran Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua (YCRBBB)
Saban tahun Yeo’s akan mengadakan program mesra Ramadhan yang begitu dekat dengan amalan memberi ini. Tahun ini Yeo’s tampil lagi dengan Kempen Yeo’s Ceria Beramala Bersama Bintang dan Menang Duit Raya musim kedua. Ia adalah kesinambungan musim pertama kempen ini yang diadakan pada bulan Ramadhan tahun lepas.
Â
Ia dibuat sebagai menyokong agar amalan baik (memberi ataupun bersedeqah) sentiasa menjadi tradisi mulia…
~ Mr Ong Chay Seng, Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia.
Mr Ong berucap di Majlis Pelancaran program tersebut yang aku turut hadiri untuk memberi sokongan kepada Yeo’s. Turut hadir ke majlis tersebut adalah Mr Vincent Chui, Naib Presiden Pertama Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia, Mr Tan Kai Hong, Naib Presiden Kumpulan Jualan Yeo’s dan bintang-bintang terkenal yang turut menjayakan program tersebut seperti: Shukri Yahya, Kaka Azraff, AG, Heliza Helmi, Faiz Dickie dan Feeya Iskandar.

Bintang-bintang yang terlibat dibahagikan secara kumpulan. 2 orang satu kumpulan. Setiap bintang akan mewakili produk minuman Yeo’s dan sebuah rumah kebajikan yang terpilih.
Pasukan 1
1. Shukri Yahaya – mewakili Yeo’s Yeogurt dan Pusat Jagaan Rumah Kesayangan (RUKESA), PJ
2. Kaka Azraff – Mewakili Yeo’s Yeogurt dan Rumah Nurul Hasanah, KL
Pasukan 2
1. AG – mewakili Yeo’s Laici dan Rumah Titian Kaseh, Titiwangsa
2. Heliza Helmi – Mewakili Yeo’s Soya dan Teratak Nur Barakah, Shah Alam
Pasukan 3
1. Faizdickie – mewakili Yeo’s Teh Kundur dan Rumah Bakti Nur Syaheera, Cheras
2. Feeya Iskandar – Mewakili Yeo’s Krisantimum dan Rumah Kasih Harmoni, KL
Kempen Yeo’s Ceria Ria Beramal Bersama Bintang & Menang Duit Raya Musim Kedua
Masa Kempen: 1 Mei – 25 Jun 2016
Ia terbuka kepada semua lapisan masyarakat yang mana mereka boleh memberikan sumbangan memlalui pembelian produk Yeo’s. Setiap nilai derma dikira apabila sumbangan disalurkan melalui akaun rasmi WeChat Yeo’s Malaysia. Penerimaan sumbangan dikira melalui penyertaan sebarang rangkaian minuman dan makanan Yeo’s bersamaan dengan satu nilai derma.
Jika kumpulan bintang berjaya mengumpul mata sebanyak 20,000 mata derma, bermakna kumpulan tersebut berjaya mengumpul RM3,000. Jika mata derma 80,000, RM4,000 telah berjaya dikumpulkan. Manakala 150,000 mata derma akan melayakkan mendapat RM8,000 untuk disumbangkan kepada rumah kebajikan yang diwakili oleh bintang masing-masing.
Untuk menggalakkan lebih banyak sumbangan derma, Yeo’s akan menambah RM10,000 untuk pasukan bintang yang paling banyak kutipan nilai derma.
Menang duit raya
Bukan rumah kebajikan saja yang dapat duit raya tau… Anda sebagai pembeli juga berpeluang dapat duit. Ada banyak hadiah untuk penyumbang nilai derma berpeluang untuk menangi:
Hadiah Pertama: RM10,000
Hadiah Kedua: RM5,000
Hadiah Ketiga: RM3,000
Hadiah Mingguan: RM500 (untuk 10 pemenang mingguan)
Jom memberi!!!
Senangnya untuk bersedeqah. Dengan membeli barang keperluan yang memang kita akan juga walaupun diluar waktu kempen ini, kita secara automatik boleh menderma. Hanya hantar nilai sumbangan ke WeChat Yeo’s, kita sebenarnya sudah pun menyumbang.

Jom kita gandakan pahala di bulan yang mulia nanti. InsyaAllah dengan hati yang ikhlas mengharapkan keredhaan Allah, pahala untuk kita akan berlipat kali ganda. Moga kita akan mendapat yang lebih lagi dengan amalan sedeqah ini.
Bestnya boleh beraktiviti dengan faizdickie… Nak yogurt sekotak plissss… Hahahaha
Jom join program ni nanti rajee
berbuka puasa mesti ada minuman yeos atas meja. Anak-anak pun suka, so tahun ni wajib ada juga hehe
Kaaan… Memang yeos ni sinonim dengan rakyat Malaysia
Wah bestnya! Rasa nak joinlah! Tq sharing 🙂
Jom join… Rasa nak join gak je tahun ni