Kenapa Aku Pilih Germany Untuk Menjuarai Euro 2012

Euro kali ni aku sokong Germany. Dan aku rasa Germany akan pergi final.

Sebelum aku membebel dengan lebih jauh lagi jom kita tengok siapa players dalam team Germany:

Kalau kita tengok senarai nama di atas, semuanya hebat-hebat belaka. Kebanyakkannya bermain di kelab-kelab ternama dunia dan menjadi buruan kelab-kelab kaya.

Jika kita perhatikan purata umur mereka adalah masih muda iaitu 24 tahun. Dengan umur yang masih muda ini sudah tentu stamina mereka masih kuat. Dibantu oleh pengalaman bermain dikelab ternama dunia mereka pastinya pencabar juara.

Seperti juga Spain, skuad Germany ini amat kuat di bahagian tengah. Hampir semua pemain di bahagian ini adalah top players pada masa kini. Begitu juga dengan 3 orang forwardnya. Pertahanan juga agak mantap walaupun aku rasa bahagian ini adalah bahagian yang paling lemah dalam skuad ini. Penjaga gol adalah antara penjaga gol terbaik dunia. Pada pandangan aku dengan barisan pemain-pemain ini, pasukan lawan yang dapat mengalahkan Germany akan ke final dan pastinya akan menjuarai kejohanan ini.

Coachnya Joachim Low adalah coach yang dihormati di dalam arena bolasepak dengan pengalaman dan taktik yang bijak dan hebat.

Berikut adalah penjaring terbanyak pasukan ini sepanjang pusingan kelayakan:

Tugas menjaringkan gol dalam pasukan ini jika dilihat daripada senarai penjaring terbanyak di atas bukan sahaja digalas oleh pemain penyerang sahaja, malah turut disumbangkan oleh pemain tengah seperti Ozil dan Schurrie.

Ini pula ialah rekod pencapaian pasukan Germany dalam kejohanan ini:

Dan ini pula trofi yang telah dimenangi:

Jika dilihat semasa perlawanan Germany menentang Portugal yang dianggap sebagai perlawanan terhebat pusingan pertama, Germany tidak lagi bermain dengan corak menyerang dengan pantas seperti yang diamalkan di kejohanan Piala Dunia yang lalu. Bola banyak dan kerap di hantar di sekitar bahagian tengah padang. Mereka menunggu peluang pihak lawan di bahagian pertahanan maju ke depan lalu mewujudkan ruang untuk mereka masuk menyerang.

Pertukaran taktik ini adalah sesuatu yang amat bijak yang diterapkan oleh Joachim Low kerana lawan yang dihadapi sekarang bukan seperti yang dihadapi semasa Piala Dunia dahulu. Pada Piala Dunia 2010, lawan mereka di peringkat kumpulan adalah Ghana, Australia dan Serbia. Lawan-lawan ini mempunyai barisan serangan yang kurang mantap. Lawan sekarang seperti Portugal, Holland dan Denmark mempunyai barisan serangan yang agak mantap. Jadi bermain dengan terlalu menyerang agak membahayakan pasukan kerana ia memberi peluang kepada pihak lawan membuat counter attack. Bagi peminat cara bermain sebegini mungkin agak membosankan berbanding dengan corak menyerang pantas seperti di Piala Dunia, namun ia terpaksa dibuat untuk menyesuaikan dengan keadaan pertandingan.

Aku rasa taktik yang sama akan digunakan semasa menentang Holland Rabu ini (hari ini). Yang penting 3 mata penuh mesti di kutip.

Joachim Low sudah mengambil pengajaran semasa kalah kepada Spain di semi final Piala Dunia 2010. Kekuatan bahagian tengah adalah amat penting buat sesuatu pasukan. Lihat sahaja Spain dan Barcelona. Kedua-dua pasukan ini mempunyai barisan pemain tengah yang amat mantap. Sebab itu lah mereka juara.

Kemenangan ke atas Portugal dibantu oleh kekalahan mengejut Holland kepada Denmark telah membuka jalan untuk Germany menjuarai Kumpulan B dengan syarat mereka menang keatas Holland. Jika yang demikian berlaku keadaan akan menjadi semakin mudah apabila di peringkat seterusnya mereka akan bertemu dengan naib juara kumpulan A dimana pemerhati bolasepak menjangkakan ianya diantara Czech Republic, Greece ataupun Poland. Jadi sekurang-kurangnya Germany akan mara ke pusingan separuh akhir.

Di separuh akhir, mereka akan menghadapi pasukan-pasukan yang agak kuat seperti Spain, England ataupun France.

Jika bertemu Spain, Germany boleh melakukan misi balas dendam untuk kekalahan mereka di separuh akhir Piala Dunia. Spain kali ini datang tanpa 2 orang penting mereka iaitu David Villa dan Carles Puyol. Aksi Fernando Torres juga kurang meyakinkan setelah melalui musim yang agak mengecewakan di EPL walaupun chelsea menjuarai Champion League.

Pasukan yang boleh memberi ancaman kepada Germany sebenarnya adalah France. Laurent Blanc sebenarnya mempunyai sejumlah besar pemain muda yang berbakat besar yang boleh diketengahkan dan memberi ancaman kepada pasukan lawan.

Seperti yang dikatakan tadi, sebarang pasukan yang dapat menewaskan Germany pasti menjuarai kejohanan kali ini.

 

p/s: posting ni juga sebagai entry untuk contest kat blog Denaihati.

5 comments

Leave a reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: