Apabila dah cukup bajet, dah dapat waktu cuti, maka mood bercuti pun bermula. Mulalah kita mencari destinasi percutian kita yang seterusnya. Biasanya senarai tempat yang ingin dilawati tu dah ada. Cuma nak decide jer tempat mana nak pergi dahulu bersesuaian dengan bajet yang ada.
Selepas destinasi dimuktamadkan, bermulalah penyediaan ittenary dan research tempat yang akan diziarahi dalam percutian nanti. Jika trip travel ini dirancang secara backpacker berseorangan ataupun dengan group yang kecil, proses merancang ittenary bukanlah perkara yang boleh dilakukan dalam masa yang sekejap.
Ada yang membuat ittenary dan research ini berbulan-bulan sebelum travel. Ada yang bertahun. Segala website, blog, group perkongsian di Facebook dan macam-macam lagi dibaca dan diambil cakna untuk memastikan trip nanti adalah yang terbaik.
Jika korang travel dengan travel agensi, bebenda ni semua mungkin korang boleh skip. Korang ikut jer apa yang telah travel agensi rancangkan untuk korang. Sebabnya kalau korang rancang pun bukan korang boleh buat apa yang korang rancang. Hehehe.
Setakat yang aku perhatikan selama ini, ada satu perkara yang ramai orang pandang ringan semasa merancang trip travel ni. Perkara tersebut adalah Insurans Perjalanan (Travel Insurance).
Aku pun masa pergi New Zealand tahun lepas baru ambil berat pasal ni. Tu pun setelah aku terbaca beberapa artikel tentang kejadian yang tak diingini sewaktu travel. Malang tak berbau. Apa-apa pun boleh jadi semasa kita travel di negara orang.
Punca orang tak ambik kisah benda ni adalah sebab mereka teruja dan hanya fikirkan perkara yang seronok sahaja untuk travel mereka nanti. Perkara yang tak seronok seperti kemalangan dan sakit mereka tak mau fikir. Takut rosakkan mood travel katanya.
Lagipun kalau ambik insurans perjalanan yang komprehensif, ia akan meningkatkan kos travel diorang. Inilah yang mereka cuba elakkan.
Kenapa Insurans Perjalanan yang komprehensif penting..?
1. Kalau jatuh sakit semasa travel
Sakit kadang-kadang datang tanpa memberi tanda. Tiba-tiba kita sakit. Demam contohnya. Demam dan selsema ini biasanya terjadi disebabkan perubahan iklim secara mendadak. Ditambah pulak badan kita yang letih tak cukup tidur kerana perjalanan yang jauh. Ini menjadikan badan kita mudah terkena sakit.
Demam ni kalau tak serius ok jer. Kita mampu lagi tahan dan cuba lupakan dengan melihat keindahan tempat orang. Tapi kalau kuat demamnya bahaya jugak kalau tak diberi rawatan segera.
Rawatan di tempat orang bukan macam tempat kita. Kalau kat tempat kita bayaran hanya RM1 untuk klinik kerajaan, kat tempat orang kosnya mahal. Kat Australia “no insurance no talk..”. Tempat paling mahal bayaran untuk rawatan di hospital ialah di Amerika Syarikat.
Kat sana kalau masuk wad, mesti diorang akan tanya kita pakai insurans apa. Kalau tak der insurans payah diorang nak terima kemasukan kita. Dan insurans pulak diorang nak insurans yang company kita cover. Haaa memang susah kan..
Kat sinilah perlunya insurans. Kebanyakan insurans kat Malaysia ni jenis yang korang kena bayar dulu kos rawatan masa travel, resit original mesti disimpan dan disertakan semasa proses tuntutan semula dengan insurans kat Malaysia nanti.
2. Berlaku musibah sewaktu travel
Banyak tempat yang indah di tempat yang kita lawati tu bukan tempat yang biasa. Contohnya kalau korang ke Gunung Titlis, Switzerland. Gunung yang sentiasa diseliputi salji ni memang cantik pemandangannya.
Tapi awas..! Ada bahaya yang menanti jika kita tak berhati-hati. Terutamanya jika kita turut serta bermain Ski. Jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini di atas gunung seperti terjatuh ke bawah, runtuhan salji dan sebagainya, dan korang terlibat dalam kejadian, di sinilah pentingnya ada insurans.
Baca: Tanah Runtuh di Seri Kembangan
Ini adalah kerana tugas menyelamatkan korang bukan datang secara percuma. Semuanya datang bersama kos. Kos makin bertambah jika korang mengalami kecederaan dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Lagi banyaklah kos yang bakal meningkat.
Antara kos-kos yang terlibat jika musibah sebegini berlaku adalah kos servis kecemasan, kos menyelamat dan perubatan.
Inilah tugas insurans. Kos-kos tu semua akan ditanggung mengikut terma dan syarat seperti yang termaktub di dalam polisi insurans.

3. Membawa pulang jenazah atau pesakit
Ajal dan maut datang tanpa diundang. Di mana-mana sahaja kita boleh bertemu ajal. Samada kerana terlibat dalam kemalangan, sakit maupun mati mengejut.
Jenazah perlu dibawa pulang. yang menjadi masalah ialah kos membawa pulang itu bukannya rendah. Kos membawa pulang jenazah yang meninggal di Indonesia jer pun dah mencecah RM10K.
Di sinilah insurans hadir memberikan pertolongan. Insurans akan cover semua kos ataupun sebahagian kos mengikut terma dan syarat. Jika tidak keluargalah yang akan bertanggungjawab bertungkus lumus sediakan duit untuk kos membawa pulang jenazah.
Sama jugak jika berlaku musibah tetapi tidak meninggal. Dan kita terpaksa dimasukkan ke wad kerana sakit yang agak kritikal. Bila terjadi perkara macam ni, mesti kita nak pulang ke tanahair supaya dapat berdekatan dengan keluarga untuk menjaga kita sewaktu sakit.
Kalau sakit kritikal korang tak dibenarkan menaiki kapal terbang penumpang biasa tu tau. Sebabnya korang memerlukan peralatan sokongan sewaktu pemindahan balik ke Malaysia. Dan kapal terbang penumpang biasa tiada peralatan yang diperlukan. Jadi korang memerlukan kapal terbang khas untuk menghantar korang pulang.
Situasi macam ni korang kena selidik dulu dengan syarikat insurans yang korang berurusan. Tanya diorang tentang penghantaran pulang pesakit ke Malaysia, diorang cover tak?
Jika tak cover, korang jangan risau. Its not the end of the world.. Korang boleh cuba hubungi Medical Repatriation. Diorang memang tawarkan perkhidmatan menghantar pulang pesakit ke negara asal. Siap dengan medical staff untuk mengiringi dan memberikan rawatan jika perlu.
4. Bencana Alam
Kita tak tau bila berlaku bencana alam. Ada negara-negara yang cantik untuk dilawati tetapi sering berlaku bencana alam.
Jepun contohnya. Banyak kejadian gempa bumi, banjir dan sebagainya yang sering terjadi. Begitu juga dengan Indonesia sejak akhir-akhir ini. Gempa bumi yang boleh mengakibatkan Tsunami pasti kan memerangkap kita di sana.
Jika bencana alam buruk, pasti jadual kepulangan kita akan terjejas akibat banyak penerbangan yang tertangguh. Ini akan meningkatkan kos kehidupan kita kat sana yang di luar kawalan kita.
Di sinilah peranan insurans mengambil bahagian di mana kos akibat penerbangan pulang yang tertangguh akibat gempa bumi tersebut dibenarkan untuk dituntut balik daripada syarikat insurans.
Konklusi
Aku bagi 4 perkara jer kali ni untuk korang sedar mengapa korang sangat perlu dilindungi insurans semasa korang dalam travel. Tapi pastikan korang ambik insurans yang komprehensif ya. Ambik insurans yang basic sahaja kadang-kadang tidak mengcukupi perlindungan ditawarkan.
Yang pasti korang boleh baca terma dan syarat serta apa yang diindungi dan apa yang tidak sebelum korang beli polisi travel insurans. Baca dan fahamkan, dan ambil mengikut kesuaian travel korang.
Lain kali, jangan lupa masukkan Insurans ke dalam senarai persediaan travel korang ya..
Selamat merancang kembara anda. Travel itu sesuatu yang menyeronokkan, jika hati kita aman kerana kita dah ada persediaan jika sebarang kejadian yang tidak dingini berlaku semasa travel…!