More

    Kenapa Seluar Pelikat HeyDotMy Jadi Pilihanku

    Ada yang panggil seluar pelikat. Ada yang panggil pelikat pant. Bendanya sama saja iaitu seluar yang diperbuat ataupun dijahit daripada kain pelikat.

    Seluar pelikat ini dah jadi macam trend sekarang. Ramai yang mula menggayakannya termasuklah artis. Yang aku perasan artis Afdlin Shauki selalu tampil dengan seluar pelikat jenis ini.

    Mungkin kerana potongan seluarnya yang besar menjadikannya selesa untuk pemakainya bergerak. Dan ia sesuai untuk digayakan di mana-mana sahaja.

    Oh ya, aku ada juga sehelai seluar pelikat ini. Aku dapat daripada HeyDotMy. Sekali pakai sahaja aku sudah jatuh cinta dengan seluar ini. Selama ini aku ada juga meninjau seluar pelikat jenis ini. Tapi semua yang aku jumpa itu memang tidak berjaya menawan hati aku.

    seluar peikat best
    Seluar pelikat HeyDotMy

    Mengapa aku jatuh cinta pandang pertama dengan seluar pelikat HeyDotMy ini. Ataupun dengan struktur soalan yang lain, kenapa seluar pelikat ini jadi pilihanku? Aku senaraikan jawapannya di sini:

    Potongannya yang tidak terlalu besar.

    Seluar pelikat yang aku tengok sebelum ini kebanyakannya mempunyai potongan yang besar dan bercawat labuh. Aku pernah cuba seluar ini. Memang nampak kelakar untuk orang mempunyai potongan badan seperti aku. Aku yang sudah sedia rendah ini nampak lagi rendah dengan cutting sebegitu.

    potongan kakinya tidak terlalu besar
    potongan kakinya tidak terlalu besar

    Berlainan dengan seluar pelikat yang diedarkan oleh HeyDotMy ini. Potongannya yang sedang elok berjaya membuatkan hati aku terdetik dengan perasan: ” hensem jugak aku pakai seluar ni “.

    Mudah Untuk Diubah ukuran panjang kakinya

    Seluar pelikat daripada HeyDotMy dibuat dengan panjang mengikut saiz biasa. Oleh kerana aku tergolong dalam rare species, walaupun saiz pinggang sudah ngam, kaki seluar mesti terlebih.

    Kalau seluar lain kita aku terpaksa potong kaki seluar dan jahit semula untuk sesuaikan dengan ketinggian aku, seluar pelikat ini aku hanya lipat kedalam dan jahit. Kemudian aku seterikan tempat lipat tadi. Terus jadi macam biasa. Sebabnya kainnya yang lembut dan tidak terlalu tebal mengizinkan aku berbuat demikian.

    jersey liverpool
    YNWA!!!

    Yang bestnya urusan alter kaki seluar itu aku buat sendiri tanpa bantuan isteri tercinta pun.

    Saiz Pinggang yang fleksibel

    Sekali lagi seluar pelikat ni menepati citarasa orang seperti aku. Ini adalah kerana aku tak perlu risau sangat tentang saiz pinggangnya. Ia adalah fleksibel. Cuma pilih saiz S, M, atau XL. Setiap satu kategori saiz itu ada range saiz dia. Contohnya untuk saiz XL, ukuran pinggang antara 35 – 40 inci.

    gambar tag seluar
    saiz seluar pelikat yang fleksibel

    Ini juga bermakna seluar ini boleh dipakai untuk jangkamasa yang lama. Walaupun saiz pinggang sudah bertambah. Hehehe

    Coraknya yang pelbagai

    Corak pelikatnya ada pelbagai. Boleh pilih mengikut kesukaan kita. Ada yang gelap dan ada yang cerah. Ada yang petak sempit, ada yang petak besar. Pilihlah satu untuk digayakan.

    gambar seluar pelikat
    corak kain seluar pelikat

    Kainnya yang bermutu

    Kainnya bukan kain yang senang rosak atau yang senang berbulu. Kainnya lembut dan terasa sejuk apabila dipakai. Ditambah pula dengan potongannya yang membolehkan angin bebas masuk, memakai seluar ini memang terasa nyaman.

    gambar jersey perancis
    Jersey ini dibeli pada tahun 1998. Masih tiada cacat celanya lagi (eh apehal aku cerita jersey pulak ni)

    Itulah keistimewaan seluar ini. Memang aku syorkan kepada sesiapa yang nak merasai keistimewaan yang aku bagitau tadi. Aku rekemen bukan sebab pengedarnya kawan Ejam Othman, tapi sebab kualiti yang bagus yang ada pada seluar ini.

    Kepada sesiapa yang ingin mencuba seluar ini boleh melawat instagram HeyDotMy. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi beliau secara terus. Nombor untuk dihubungi ada tertera di dalam akaun instagram tersebut.

    Latest articles

    Related articles

    34 Comments

    Leave a Reply to Denaihati Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge