More

    Kenapa ‘Timing Market’ Dalam Unit Trust Tidak Kemana

    “Do not attempt to time the market. It is futile”

    Time the market ni maksudnya kalian cuba untuk mencari masa yang sesuai untuk melabur dalam Unit Trust (UT). Masa yang paling sesuai bagi seorang pelabur UT adalah bila harga berada di tahap paling rendahlah kalau mengikut perkiraan mereka.

    Ada yang berjaya. Namun kebanyakan pelabur menemui kegagalan.

    Jika kalian melabur menggunakan cara lump sum iaitu kalian melabur sejumlah amaun yang besar, lalu kalian biarkan ia bercambah di dalam dana UT tersebut untuk suatu masa yang panjang, mungkin mencari harga yang paling rendah semasa mula melabur tu agak masuk akal. Namun ia bukannya satu kemestian.

    Namun jika kalian melabur menggunakan cara pelaburan berkala (regular top up) yang mana ia adalah cara pelaburan terbaik dalam UT, mencari harga rendah untuk memulakan pelaburan UT memang agak tidak masuk akal (secara amnya).

    Melabur di Unit Trust berbeza dengan melabur di share market

    Melabur dalam UT ni sedikit lain daripada melabur dalam pasaran saham. Walaupun asasnya mungkin ada persamaan.

    .Dalam UT kita mengumpul unit sebanyak yang mungkin dalam tempoh pelaburan kita yang panjang tu. Sebab tu namanya pun unit trust. Jika kita buat pelaburan berkala secara bulanan, unit akan bertambah setiap bulan dengan amaun pelaburan tambahan kita yang sama. Namun unit yang kita kumpul berlainan kerana harga pada masa kita tambah pelaburan (top up) tu berlainan. Unit ini akan bertambah pada setiap bulan selama 12 bulan dalam setahun.

    Jika kita melabur secara lump sum, unit dah banyak seawal dari mula melabur lagi tapi tiada penambahan unit secara bulanan.

    Namun keduanya, melabur secara lump sum ataupun berkala, setahun sekali akan ada penambahan unit daripada agihan unit samada melalui distribution/dividen ataupun unit split

    Dengan penambahan unit inilah akan berlaku pemurataan kos pelaburan (cost averaging). Maksudnya kos peaburan kalian akan jadi lebih rendah dalam jangkamasa panjang.

    Jadi jika kalian melabur secara berkala, tak perlu risau jika kalian mula melabur pada harga apa sekalipun, kerana objektif pelaburan kalian adalah untuk jangkamasa yang panjang. 10 tahun, 20 tahun atau mungkin lebih.

    Sebabnya dalam masa 10 tahun atau lebih itu, setiap bulan harga yang kalian labur, tak sama. Kalau kalian mula melabur pada masa harga agak tinggi, bulan depan mungkin harga dah jatuh. Bulan depan mungkin jatuh lagi. Bulan selepas itu mungkin naik semula. Harga naik turun ni akan berlaku selama 10, 20 tahun dalam masa pelaburan kalian tu.

    Harga unit ni tidak selamanya di atas, dan tidak selamanya di bawah.

    Dalam masa 10 atau 20 tahun tahun jangkamasa pelaburan kalian tu mungkin akan berlaku berlaku beberapa kali recession. Beberapa kali akan berlaku ‘market correction’. Ini pasti. Ia disokong oleh teori ekonomi dalam Surah Yusof. Allah dah buat begitu.

    Kalau kalian melabur guna cara lump sum, akan ada juga pemurataan kos pelaburan kalian. Setahun sekali akan ada pembahagian dividen/distribution ataupun unit split. Ini pun akan merendahkan kos purata pelaburan kalian. Cuma ianya berlaku setahun sekali sahaja la.

    Jadi kalian nampak tak kenapa ‘timing the market is pointless’. Buat penat otak jer cari harga rendah. Buat  stress jer. Padahal orang melabur dalam UT sebab malas fikir benda-benda macam ni. Malas semakkan otak fikir benda-benda macam ni.

    Tunggu punya tunggu bila harga nak rendah, masa berlalu begitu sahaja. Laburnya tidak juga!. Dah rugi masa. Kalau dana pelaburan ni nak guna untuk persaraan kelak, elok-elok dah boleh melabur tahun lepas, tunggu harga rendah punya pasal, dah beralih tahun. Kalau tahun lepas ada 25 tahun lagi untuk menuju umur persaraan, dah berkurang jadi 24 tahun. Dah rugi setahun untuk dapat dividen/distributiion.

    Hah dah panjang lebar dah Abam Hoq tulis. Tak tahu macamana nak kasi kalian faham. Kalau terang benda ni kat restoran mamak Abam dah ketuk-ketuk meja dah sebab semangat lebih. Hahaha.

    Paham ke tak kalian bacalah dulu. Kalau tak faham boleh contact abam untuk penerangan lebih jelas. Link whatsapp ada kat bawah

    http://www.wasap.my/+601151044626/UnitTrust

    Latest articles

    Related articles

    2 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge