Anda suka foto ini?. Kunjungi galeri saya di http://instacanv.as/sohoque. Ada banyak lagi foto kat situ.
Kalau tidak keberatan, sila follow saya sekali kat www.instagram.com/sohoque
Note:
Kerengga adalah makhluk ciptaan Allah yang sangat rajin berkerja. Sama seperti semut cuma saiznya sedikit besar. Biasa terdapat di pohon-pohon kayu. Jika diancam ia akan menggigit dan mengeluarkan sejenis cecair. Gigitannya agak pedih dan cecair yang dikeluarkan agak tidak menyenangkan baunya.
Kerengga ini berguna sebagai penjaga pohon buah-buahan. Ia akan menyerang dan menggigit haiwan yang ingin memakan buah di pohon tersebut. Ini adalah kerana padanya haiwwan tersebut (termasuk manusia) mengganggu gugat habitatnya.
Kerengga ini akan menjadi satu masalah kepada pemilik pokok buah-buahan apabila tiba waktu menuai buah. Proses mengambil ataupun memetik buah akan menjadi bertambah sukar. Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah ini. Ada pemilik kebun yang menggunakan api untuk membakar sarang kerengga terlebih dahulu sebelum memetik buah-buahan. Ada yang membawa bersama racun serangga seperti penyembur Ridsect dan sebagainya.
Namun jasa kerengga terhadap ekosistem kita amat besar, disamping menjadi penjaga pohon buah-buahan. Sungguh hebat ciptaan Allah…!
apa yang penting… kerjaaa sama
Ishak Ismail recently posted..Boikot McDonalds Untuk Hukum Yahudi, Perbuatan Salah?
dah lama xnmpk kerengga..hehe
ingt kecik2 dl kl tersentuh konpem bau busukk..
cik tom recently posted..Buah Hati Baru
susah nak cari kat bandar besar sang kerengga ni. kalau kat kebun rambutan saya kat kampung byk la benda alah ni
sohoque recently posted..My WeChat code. Scan n lets chat – taken from my instagram