More

    Kereta Hyundai Matrix Kemalangan Lagi

    Aduuuh. Malang tidak berbau. Aku punya kereta Hyundai Matrix kemalangan lagi. Tahun 2012 ku ditutup dengan musibah kereta Hyundai kemalangan.

    Kereta Hyundai Matrix ini isteri aku yang pandu untuk ke tempat kerja sebenarnya. Dia dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta Proton Wira.

    Yang pasti itu bukan salah isteri ku. Sebaliknya pemandu Wira yang tidak mengikut papan tanda tidak boleh membelok ke kanan.

    Syukur alhamdulillah. Tiada kerosakan ketara kepada kereta tersebut. Mengikut foto-foto yang diWhatsappkan kepada aku pagi tadi, hanya cat yang tercalar teruk. Tiada kemek yang teruk.

    Hanya cat yang tercalar
    Hanya cat yang tercalar

    Jadi, aku telah menelefon pemandu Wira tersebut dan berbincang macamana nak selesaikan. Adakah buat tuntutan insurans atau bagaimana. Pemandu tersebut hendak selesaikan tanpa tuntutan insurans. Mengikut janji dia akan membayar jumlah kerugian aku.

    Cuma aku mengambil langkah selamat untuk berjumpa dan mendapatkan duit tersebut sebelum malam ini. Ini adalah untuk mengelakkan daripada ditipu. Sebabnya jika duit tersebut tidak diterima pada malam ini aku masih ada masa untuk membuat laporan polis untuk tujuan tuntutan insurans.

    Untuk makluman semua, untuk tuntutan insurans akibat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan, laporan polis haruslah dibuat dalam masa 24 jam selepas kemalangan berlaku.

    Aku sebenarnya amat berpuashati dengan keperkasaan body Hyundai Matrix ini. Pertengahan tahun yang lalu, ia pernah dirempuh oleh sebuah mercedes juga dari belakang. Kejadian berlaku di lebuhraya NKVE. Mercedes yang dipandu laju tidak sempat membrek bila arus kenderaan perlahan secara tiba-tiba akibat jalan yang sesak.

    Kereta Mercedes tersebut rosak agak teruk di bahagian depan di mana water coolant container pecah dan terpaksa ditunda kerana tidak dapat dihidupkan enjinnya selepas kemalangan itu.

    Isteri aku pula dengan selambanya pandu dan bawa balik ke rumah kereta Hyundai Matrix ku yang kemalangan itu. Kemek juga la. Tapi tidak teruk. Hantar ke bengkel pun sehari sudah siap. Claim insurans Mercedes la… apa lagi. Hehehe.

    Ini yang aku puas hati dengan kereta Hyundai Matrix aku ni. Bodynya keras. Sepanjang 7 tahun aku pakai kereta ni tiada banyak masalah darinya. Hanya servis tukar minyak hitam sahaja disamping servis wajib yang lain. Malah, jika nak dibandingkan dengan Honda Civic yang aku pakai ini pun, kereta Hyundai Matrix tu kurang ragamnya.

    Beberapa  bulan sahaja lagi kereta itu menjadi milik (sebahagian) bersama dengan bank. Pinjamannya tinggal beberapa ribu sahaja lagi. Lepas ni akan menjadi milik penuh aku.

    Walaubagaimanapun nilai jualan semula kereta Hyundai Matrix ni amatlah rendah. Sesiapa yang beli untuk pakai sehingga habis bayar pinjaman bank ok la. Kalau ada rancangan nak jual semula dalam masa 3-4 tahun aku nasihatkan jangan beli kereta korea ni. Baik Hyundai maupun KIA. Ini adalah kerana masalah nilai jual semula yang rendah. Silap-silap kita pula yang kena tambah bayar kepada bank dek kerana harga jual lebih rendah daripada baki pinjaman.

    Namun jika bayaran muka agak besar, mungkin masalah nilai jual semula lebih rendah daripada baki pinjaman boleh dielakkan.

    Tak tahulah kot-kot keluaran terbaru Hyundai yang cantik rekabentuknya dan mendapat sambutan seperti Hyundai Elantra, Sonata, Tucson dan Starex tinggi nilai jualan semula.

    Untuk maklumat tentag showroom, model-model terbaru Hyundai, anda boleh ke SINI. Laman webnya sungguh best. Sangat menarik.

    Latest articles

    Related articles

    6 Comments

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge