Orang-orang lama selalu berpesan, jangan berbincang untuk mejual kereta di dalam kereta yang hendak dijual itu tersebut. Nanti kereta itu merajuk.
Betul ke pesan tu?
Aku rasa macam tak nak percaya. Dan aku rasa tak baik percaya benda macam tu kerana semuanya atas kehendak dan perancangan Allah.
Tapi pernah tak anda alami perkara ini? Tengah enak bercakap dan merancang nak jual kereta tiba-tiba kereta meragam. Tiba-tiba kereta rosak. Tiba-tiba kereta terlibat dalam kemalangan.
Baru-baru ini aku memandu kereta aku yang aku beli 4 tahun yang lepas. Tiba-tiba dapat sms dari isteri tersayang mencadangkan untuk menukar kereta yang aku sedang pandu ketika itu dengan kenderaan 7 seaters. Aku pun membalas sms tersebut dengan cadangan-cadangan model-model kereta yang aku berkenan.
Tiba-tiba kereta tersebut terlanggar belakang kereta di hadapan aku. Volkswagen Passat pulak tu. Aku hentikan kereta dan keluar dari kereta untuk melihat keadaan keretanya.
Tuan punya kereta tersebut berketurunan cina keluar. Nasib baik belaknag keretanya tercalar sedikit sahaja. Dan perkara tersebut dapat diselesaikan pada masa itu juga.
Itulah persoalannya. Adakah kemalangan itu berlaku sebab kereta merajuk kerana ia tahu ianya hendak dijual? Pada perkiraan mengikut kepercayaan orang-orang lama, puncanya ialah sebab kita bercakap hendak menjual kereta tersebut lah.
Tapi tidakkah kita terfikir bahawa kejadian tersebut adalah disebabkan kita tidak berhati-hati semasa memandu. Bermain dengan sms adalah perkara serius semasa memandu.
Jadi masihkah kita memegang pendapat dan kepercayaan orang-orang lama tersebut?
Betul Ke Kereta Pun Pandai Merajuk? http://t.co/lIOngfz2nC
Salam semanis madu. =D
Terasa sejuk di serata pantai,
Sekerat pantai hari ke hari;
Kereta merajuk minta di belai,
Ibarat membelai isteri sendiri.
UmmiKami recently posted..Pantun Jika Sayang….
wassalam,
malam hari cuacanya sejuk
tidak bulan lupakan pungguk
lama ummi tidak menjenguk
ingatkan ummi sudah merajuk…
Bumi sejuk helang terapung,
Melagu rawan di hujung pantai;
Ummi merajuk pulang ke kampung,
Menunggu tuan tak kunjung sampai… 😀
UmmiKami recently posted..Pantun Jika Sayang….
ke pulau bidong berkayuh perahu
membawa pukat untuk dibaiki
pulang ke kampung kenapa tak bagitahu
kalau tidak boleh ikut sekali
hehehehe
Kalau takut hilang pelampung,
Biasa-biasanya dibuat kota;
Kalau nak ikut pulang ke kampung,
Rasa-srasanya tak muat kereta… 😀
UmmiKami recently posted..Pantun Jika Sayang….
panjat pokok dahannya patah
jatuh ke bawah terkena duri
tak muat kereta apa susah
saya naik kereta sendiri
huhuhu
hehe…tak percaya ambe…
rasanya sbb kita cuai…hohoho
hafizmd recently posted..Malaysia vs Palestin:Perlawanan Amal Antarabangsa
hahahaha. ambe pon x cayer.
piz, bila free. ambe nop minum ngan deme sekali
Semua itu hanya kebetulan sahaja^^…
tapi kenaper orang dolu2 cakap cam tu.. lagipun ramai aku dgr org cakap diorg pon pernah alami benda mcm ni… hahahah
Bumblebee merajuk! haha
hehehehe. kaannnn!!
kereta pun ada perasaan gak maa..
hehehehe.. yo lah…
Balas SMS tu semasa memandu ya bos? hehehhee..
daddydee recently posted..UPSR Dapat Mini
Hehehehe. Biasa tu bos