More

    Kerja Bertemankan Anak…

    Salam…

    Hurmmmm… Hari ni aku kerja kat KL. Hantar isteri ke tempat kerja terus masuk ofis aku (Starbucks). Hehehehe.

    lepak kat starbucks

    Memang hari ni aku fokus pada kerja blogging. Ada beberapa perkara nak setelkan. Entri yang masih terhutang pun banyak. Blog baru untuk projek buat duit dengan blog pun tengah set up ni.

    Tak der kerja Unit Trust Consultant hari ni. Meaning tak der jumpa prospek atau klien unit trust hari ni macam hari-hari sebelum ini.

    Sebab tu aku bawak anak sekali teman aku kerja hari ni. Ifza, yang masih di bawah jagaan aku sejak bulan puasa yang lalu, aku masih konfius nak hantar kemana.

    Hajat di hati nak dedahkan dia dengan suasana persekolahan sebab dia pun dah umur 5 tahun. Dah boleh belajar dah. Ok jer kot carikan taska tengah-tengah tahun macam ni. Kakak dia, Iffah dulu pun aku masukkan tengah-tengah tahun macam ni. Pikap jer dia belajar.

    happy la budak ni dapat ikut aku pergi kerja

    Cuma nak cari taska tu yang problem sikit. Aku dan isteri keluar awal untuk pergi kerja. 6.30 pagi kami dah keluar dari rumah. Sebabnya kami hantar Iffah ke sekolah dulu. Dia pengawas sekolah. Nak kena sampai ke sekolah tak lebih daripada pukul 7.20 pagi.

    Kalau aku keluar lambat daripada 6.30 pagi kereta dah mula banyak berkeliaran. Memang confirm akan sampai ke sekolah Iffah lebih daripada pukul 7.30 pagi. Memang jenuh la Iffah kena marah nanti. Pengawas datang lambat. Apa hal.. Haa gitu…!

    Kalau ikutkan saranan doktor masa aku pergi follow Ifza hari Isnin lepas, doktor cakap tak perlu hantar ke sekolah lagi pun tak per. Sebab nak jaga keadaan ekzema dia. Kat sekolah/taska nanti karang tak der siapa nak jaga letak lotion bagai tu setiap setengah sekali nanti.

    antara lotion-lotion yang bawak sekali untuk lembabkan kulitnya…

    Ini akan mendorong kulit dia jadi kering. Bila keing menggaru. Bila menggaru kulit melecet. Bila kulit melecet masuk kuman. Bila masuk kuman/bakteria… daaaah jadi satu masalah lain pulak. Hahahah. Korang nampak tak kompleksnya hubungan antara masalah-masalah tu…? Hahaha.

    Tapi kalau aku tak hantar ke sekolah/taska aku kena tinggalkan Ifza kat rumah pengasuh. Ini pun masalah. Pengasuh ni agak gagal dalam mengawal keadaan persekitaran Ifza yang banyak alahan ni. Ifza alah kepada debu hama yang melekat pada sofa berkain dan juga karpet. Ifza alah pada bulu kucing. Kulit Ifza kena lembabkan selalu dengan cream QVnya.

    Pengasuh ni pulak kat rumahnya ada sofa berkain dan kapet yang menjadi salah satu punca punca kulitnya gatal. Rumah pengasuh ni pulak ada kucing yang aku tengok tidak berapa terjaga. Bukannya kucing peliharaan dalam rumah pun.

    Kucing ni selamba jer masuk rumah dan gesel-gesel kat Ifza. Ada satu ketika tu masa aku ambik Ifza kat rumah tu, aku tengok releks jer kucing tu baring atas comforter Ifza yang aku bawak khas untuk dia baring. Aduuiiii…!

    So akibatnya kulit Ifza sentiasa gatal sebab alahan dengan benda-benda kat rumah pengasuh tu.

    So sampai sekarang aku masih buntu nak buat macamana dengan Ifza ni. Sekali dua kali time aku tak der event dan meeting blogger atau unit trust boleh la aku bawak sekali lepak-lepak Starbucks macam ni. Dah kalau aku ada meeting, events ataupun appointment payah gak nak bawak dia sekali.

    Hurmmmm. Aku masih tak der solusi lagi ni. Korang ada cadangan tak? Kalau ada cadangan bernas boleh tak kongsi kat ruangan komen untuk aku fikirkan. Mana tau sesuai untuk aku apply…

    Latest articles

    Related articles

    18 Comments

    1. my little boy antar taska seawal 3tahun , sebab lebih ada kawan la. kalau tinggal kat rumah memang tkde orang jga. sian pula tengok dia men dengan ipad je hari2 .
      Alhamdulillah taska tu bersih nak masuk sekolah pun kena sterilkan tangan dlu, and bawa dtg pkul 8 (ussually kalau ada hal bawa dtg lmbt 8.30 or 9 or pernah kul 10 hahaha ) balik pkul 5.30 , tiap bulan dalam rm520 gitu .

    2. Ifza sudah 5 tahun…sebaya dengan abg Qi tau. Dari segi konsep tadika taska juju bagi cadangan ke tadika dan taska Pasti…sebab abg Qi mmg full time setempat…tadika di situ, taska pun situ…harga dalam range 400 ke bawah sebulan sekali iqra tau bamhoq…carilah cawangan sekitar kawasan bamhoq mesti ada punya 2 in 1 tu…dari segi konsep kebersihan sbb ifza ada ekzema boleh bincang dgn guru dan pengasuhnya elok2…selalunya mereka yang biasa part asuhan mmg peka bab jaga habuk semua…apa2 semua kena mention black & white pada guru…baru cikgu take seriusly action.

      All the best bamhoq…best opis dia starbuck je. Heaven!

    3. Moga dipermudahkan urusan bamhoq ya..anak ekzema mmg kena penjagaan yang rapi. Rasanya skrg ni ada taska yang boleh jaga anak yang sensitif kulitnya.Cuma masa 1st hantar tu explain betul2 dan tanya sanggup tak nak jaga. Kena tengok juga environment taska.

    4. oh pakai QV ya… Anak saya pakai aqua cream. Pasal antar anak ke skolah tu, anak saya pegi ke kiddy since dia umur 1tahun.oklah,just nak dia bersosial dgn rakan2 sebaya je..

    5. Kalau dapat jaga anak sendiri lebih baik. Boleh elak masalah kucing dekat anak, baring atas comforter, sediakan persekitaran bersih untuk anak yang ada alahan. Susah juga ya sebab sibuk bekerja. Semoga dipermudahkan..

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge