1
131

Malunya Aku..! Mudah Benar Bersangka Buruk

Assalamualaikum warahmatullaah..
Assalamualaikum warahmatullaah..

Aku menamatkan solat asar berjemaah. Petang ini giliran aku menjadi imam tanpa dirancang.

 

Seusai membaca dia aku mula bersalaman dengan makmum tadi. Tak ramai. Dalam 8 orang. Tu pun dah penuh surau kecil di Megan Avenue II ni.

Ada seorang makmum. Dari tadi asyik memandang aku dengan wajah sedikit senyum.

Huh.. aku kenal ke dia ni ek..? Getus hati kecilku.

Tiba dihadapan beliau. Aku hulur tangan untuk bersalaman. Dia sambut dengan senyum lebar.

Hurmmm… memang dia suka senyum kot… bagus la macam tu.. bebel hati aku lagi..

Aku keluar surau. Sarung sneakers dan mula untuk beredar. Tup.. tup.. pemuda tadi menahan aku. Bila masa entah dia mendahului aku.

Bang.. minyak motor saya dah nak habis..

 

Belum sempat beliau habiskan kata-katanya fikiran aku dah buat andaian: haaa patut pun tersengih-sengih dari tadi.. nak mintak duit bayar minyak rupanya… berjaya syaitan menyelinap masuk ke fikiran aku…

Astaghfirullahaladzeem… cepat-cepat aku tangkis andaian buruk tu. Kalau betul dia ada masalah nak isi minyak motor apa salahnya. Minyak motor RM5 ringgit dah boleh pergi jauh dah.. alhamdulillah.. ada lagi kebaikan dalam diri aku.

Tangan aku pantas menyeluk poket yang sememangnya ngam-ngam ada RM5 baki minum teh tarik dan karipap serta roti sosej di restoran Hafiza Maju depan surau tadi.

Lantas aku hulur ke arah pemuda itu yg masih malu-malu untuk menuturkan kata-kata selanjutnya..

Bukan bang..! Saya bukan nak mintak duit..! Sangkal beliau dengan pantas.

Saya cuma nak tanya kat mana stesen minyak terdekat bang. Saya ni orang Shah Alam. Saya memang tak tau kawasan ni. Saya takut tak sempat jer minyak motor saya sampai ke stesen minyak tu.

Allahuakbar. Malu aku..! Tu la.. cepat sangat buat andaian. Bersangka buruk…!!

Aku kemudian menjawab persoalan beliau. Siap dengan memberi panduan arah secara terperinci lagi…!

Dalam hati aku malu. Entah-entah duit dia lagi banyak kot.. hurmmm..

Pengajaran hari ini untuk aku… jangan cepat membuat andaian atau berburuk sangka walaupun sekecil-kecil perkara.

Sekian cerita benar aku untuk hari ini. Hahaha…

Show Comments

6 Comments

  1. titan December 5, 2017
  2. Ema December 6, 2017
  3. Ezna December 6, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: