Kiamat Pada 21-12-2012 Dan Proses Meremajakan Anak

Sedang orang lain (orang jahil tu la, bukan yang baca entri ni) sibuk dengan Kiamat pada 21-12-2012 jadi atau tidak, aku pulak sibuk meremajakan anak. Ya.. sibuk hantar anak aku bersunat atau berkhatan di Klinik Iskandar Section 10, Shah Alam.

Yang bersunat adalah Iqbal, anak sulung aku. Yang bestnya budak sekarang tidak seperti budak-budak di zaman aku dulu. Zaman aku dulu sebut perkataan bersunat pun masing-masing dah kecut perut, inikan pula pergi rumah Tok Mudim. Tapi anak aku walaupun dah lama tau aku dah set appoinment dan nak bawa dia ke klinik pagi ini untuk dipotong sebahagian kecil alat “berharga”nya, dia rileks je.

Sebelum pergi kami sempat singgah breakfast dulu. Dan seperti biasa kalau kedai tu ada menyediakan roti telur, memang itu lah yang akan diordernya.

Breakfast roti telur dulu sebelum pergi ke klinik

Breakfast roti telur dulu sebelum pergi ke klinik

 

Mmm.. Berselera semacam je walaupun lepas ni kena "potong"

Mmm.. Berselera semacam je walaupun lepas ni kena “potong”

Kami sampai di klinik tepat pukul 10 pagi seperti yang dijanjikan. Doktor pun telah bersiap sedia. Benda pertama sekali yang doktor suruh buat ialah pergi ke tandas dan buang air kecil  dulu dan cuci “bebird” bersih-bersih.

Lepas itu doktor suruh duduk dan tunggu sambil meredakan fikiran yang kian gemuruh.

Sempat tersenyum walaupun masa ni muka dah nampak pucat sedikit

Sempat tersenyum walaupun masa ni muka dah nampak pucat sedikit

Masuk sahaja bilik doktor iqbal dibaringkan. Dan doktor pun mulalah bertanyakan soalan-soalan supaya Iqbal lupa sedikit tentang apa yang akan berlaku. Dan semoga kurang sedikit nervousnya.

Dibaringkan dalam bilik doktor

Dibaringkan dalam bilik doktor

Sambil borak-borak itu doktor menjalankan tugasnya untuk operasi meremajakan Iqbal ini. Bahagian yang paling sukar dan yang paling sakit bagi Iqbal ialah semasa doktor menyuntuk ubat bius untuk hilangkan rasa sakit. Proses seterusnya adalah mudah kerana Iqbal sudah tidak merasa apa-apa di bahagian yang disuntik itu.

Proses keseluruhan aku rasa mengambil masa selama 30 – 40 minit sahaja. Aku memilih cara normal iaitu potong dan jahit. Ia adalah kerana kosnya yang lebih murah dan efektif. Ada cara lain yang yang biasa juga dipilih orang iaitu clamping dan laser. 2 hari lagi kena datang lagi untuk follow up.

Siap boleh senyum lagi masa doktor nak "potong"

Siap boleh senyum lagi masa doktor nak “potong”

So 2-3 hari ni pergerakannya akan agak terbatas la.Tengok tv dan main PSP je la yang mampu.

Itulah cerita dia. Dalam pada kecoh kiamat pada 21-12-2012, aku pula dah selamat meremajakan anak, Lepas ni bolehlah bawa solat di saf depan (kawasan orang dewasa).

10 Comments

  1. Myra Jay December 22, 2012
  2. cik tom December 22, 2012
  3. titan December 22, 2012
  4. effortlab December 22, 2012
  5. KiD December 23, 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: